Konsert Elton John: Respons kepada komentar RPK
Nik Nasri Nik Malek |
Saya ingin memberikan respons balas saya terhadap komentar Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang konsert Elton John yang mesti dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dan menjadikannya sebagai polemik pula. Cukuplah kerakusan dan kebobrokan pihak pemerintah untuk difokuskan kembali. Namun ada beberapa perkara yang saya rasa penting untuk dijelaskan. Isu yang kebetulannya keluar dalam harakahdaily yang saya ulas ialah tentang konsert Elton John itu. Tapi bukanlah hanya isu seks yang Islam, PAS atau saya sebagai salah seorang ahli PAS fokuskan. Saudara RPK boleh merujuk portal saya di bawah tajuk 'ta'liq siasi (komen politik) dan saudara akan dapati saya memberikan pandangan saya kepada pelbagai isu melibatkan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa, korupsi, pembunuhan dan lain-lain. Maka ia menolak apa yang dikomen oleh saudara seperti di bawah: Is sex the only thing we should be concerned with? Is this all that there is to Islam? What about corruption, abuse of power, robbing the rakyat, election rigging, persecution, discrimination, murder, ethnic cleansing, and a host of other crimes against the citizens and crimes against humanity? Why is PAS not also foaming at the mouth and up in arms about this? Bahkan bukan sahaja dalam tulisan dalam portal saya, sesekali keluar juga di tranungkite.net atau jarang-jarang di harakah. Saya juga 'khutbah Jumaat'kan, 'kuliah dan tazkirahkan isu-isu di atas, samada secara langsung atau secara tersirat. First of all, morals are relative. In some societies, it is immoral to abort a baby you are carrying (in fact, it is regarded as murder by some) while in other societies it is mandatory to abort the baby if you already have one child. Mengenai moral bahawa ia relatif, saya tidak bercadang menjadikan tulisan ini sebagai kuliah subjek Moral di IPT bagi bukan Islam dan subjek Pengajian Islam bagi pelajar Islam. Tapi kita sedang bercakap tentang Malaysia. Saya sebutkan agama persekutuan adalah Islam. Majoriti rakyat adalah Islam. Budaya yang diterima oleh orang Melayu, India dan Cina termasuk orang Asli adalah budaya dari fitrah manusia iaitu dengan berkahwin lelaki dan perempuan. Saya belum bercakap tentang moral dan immoral menurut prinsip hidup saya sebagai orang Islam tetapi saya baharu menyebut tentang budaya 3 bangsa utama di Malaysia dan nilai-nilai Timur. Apalah yang diharap dari Elton John untuk menghormati nilai-nilai Timur ini? Saya tidak berhasrat melanjutkan perbincangan dalam perkara yang tidak berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan. Kalau bercakap tentang relatif, maka ia akan mengheret kepada pelbagai perkara. Mengenai ayat ini: "..And is it also not so that those who are foaming at the mouth asking that Elton John be banned from Malaysia are looking at things from their perception of values?" Memang benar, saya memberikan pandangan tentunya dengan nilai yang saya pegang. Tapi nilai yang saya pegang ini pun sebenarnya bukanlah nilai yang dipegang oleh Islam sahaja. Ada agama lain yang membenarkan kahwin sejenis? Dan tentunya mereka yang menyokong 'sangat-sangat' kehidupan songsang akan memberikan pandangan menurut persepsi dan nilai yang mereka pegang juga. Anyway, Elton John has been on the scene for more than 40 years now. Two or three generations of Malaysians have been listening to Elton John since the 1960s. Nik Nasri Nik Malek is almost 50 years too late in trying to save the souls of Malaysian youths. Would banning Elton John from entering Malaysia do any good now? Are you also going to ban Elton John songs from the airwaves? Are you going to get MCMC to block all websites that feature Elton John songs? You will have to close down the entire Internet to do that. What stupidity! Jangan cepat membodohkan orang lain hanya kerana anda memang meminati Elton John dan orang lain membenci perbuatan gaynya itu. Ketika saya awal remaja, saya juga pernah mendengar lagu Elton John, tapi saya tak perasan ketika itu bahawa beliau berkahwin dengan seorang lelaki. Umur beliau sekarang 60an, baharu dengar cerita tentang 'perkahwinannya' dengan lelaki. Saya belum berumur 50 tahun, jadi saya rasa saya belum terlambat untuk menyatakan prihatin saya terhadap kesan buruk dari perangai seorang yang keji. Saya kata BATALKAN konsert. Dengan erti jangan bawa beliau masuk. Kalau beliau tak masuk ke Malaysiapun, tidak ada apa-apa yang mengurangkan kehidupan saudara. Saya tahu banyak perkara lain yang saudara perlu fokuskan un tuk kehidupan peribadi yang lebih penting, termasuk mahu fokuskan kepada isu-isu politik, kerakusan pemimpin, kegelojohan mengaut hasil negara buat isteri, kroni dan lain-lain. Saya tak kata jangan dengar lagunya kerana saya tahu saya tak dapat menahan orang lain dari mendengarnya. Saya juga tak mampu menahan keinginan saudara untuk mendengar lagunya. Tapi paling kurang sikap perlu dijelaskan terhadap sesuatu kebimbangan. Bila kata BATAL, bermakna ada sesuatu yang tak kena pada dirinya yang menjadi sekatan kepada orang lain untuk terus meminatinya. Pilihan untuk mendengar lagu lain pun masih ada. Di dunia ini bukan hanya Elton John sahaja yang ada dan sedap menyanyi. Sometimes I just can't see where these people put their priorities. The country is going down the drain. Corruption and abuse of power is the order of the day. Persecution and racism is government-sponsored. And we worry about Elton John singing in Malaysia? Sebagai manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah, konsep al-amr bil makruf wannahy an-almunkar (suruh yang baik dan larang dari yang keji) meliputi segala aspek: politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Artikel saya mengenai korupsi, penyalahgunaan kuasa, rasuah, merompak harta negara boleh dibaca sebagaimana yang saya sebutkan. Isu Elton John bukan singing in Malaysia tetapi kesan buruk jangka panjang, tidak mudah mengubatinya yang akan meruntuhkan segala nilai. Saya telah menyatakan pandangan. Saya telah menyatakan sikap, dalam keadaan para mufti dan agamawan arrasmiyyin yang lain mendiamkan diri. Sekali lagi, saya tak berhasrat memanjang dan mempolemikkan isu ini. Full stop. Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu. |
--
Kedai online : Halawah shop
Laman web : Susu kambing hi goat
Berminat untuk jadi ahli : Daftar ahli
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment