Malah Setiausaha Kewangan MTUC, Alias Awang berkata, kesatuan itu juga sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik yang menyokong mereka bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan aktatersebut.
"Kita tidak akan bertolak ansur lagi. Kami menuntut keadilan kepada pekerja.
"Kalau pindaan itu diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang," katanya pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-8 di sini, Ahad.
Beliau berucap sebagai perwakilan khas mewakili MTUC ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden.
Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistemkontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.
MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Oktober.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan Di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.
Posted by aya
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment