1. Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini melainkan kepada dua orang, seorang yang mengerjakan
beberapa dosa lantas diiringi dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan
kebaikan.
2. Tiga Perkara Merbahaya
Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara :-
a) Memikul sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
b) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
c) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik
3. Akal Tumbuh Seperti Tanaman
Akal tumbuh seperti tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu
dan pengalaman
4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
Sesungguhnya kebenaran itu berat (sukar) tetapi baik kesudahannya. Sesungguhnya
kebatilan itu ringan dan buruk kesudahannya
5. Jangan Lupa Tanggung jawab Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu sibuk menghabiskan masa untuk urusan keluarga dan anakmu
(sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah ), kerana jika mereka itu adalah
kekasih Allah swt , maka sesungguhnya Allah swt tidak akan mensia-siakan kekasihNya,
tetapi jika mereka itu musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala
usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?
6. Tiada Kebaikan Pada Hati....
Sebagaimana tiada kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan (melindungi)
sesuatu di dalamnya, begitulah juga tidak ada kebaikan pada hati yang tidak dapat menyimpan
(menyembunyikan) rahsia.
7. Menyembah @ disembah Harta
Orang yang pemurah itu disembah harta sementara orang yang kikir itu menyembah harta.
8. Tiap-Tiap Perkataan....
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak
berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap
pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia
9. Sejahat Manusia
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat
kejahatan
10. Malulah Kepada....
Malulah dari mencela orang yang kalau dia hadir, nescaya engakau berlebih-lebihan
memujinya dan malulah dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir, nescaya engkau
cepat-cepat mencelanya.
11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....
Janganlah engkau jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat ramai dan
menjadi temannya di tempat sunyi.
12. Hati Adalah Ladang
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari
tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya
hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak
tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar
Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-
batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus
daripada sutera.
14. Bandingan Keadilan
Keadilan itu benteng yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat
dihangusi oleh api dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.
15. Kelebihan Orang Berakal
Orang berakal itu mempunyai dua kelebihan; akal yang ia dapat mengambil faedah
(dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah (dengannya)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment