Sunday, January 29, 2012

RG2011... Tangisan iringi doa DHA.

 

 

HIMPUN DI SHAH ALAM ISNIN INI.. DATANG BERAMAI-RAMAI.

Hasan Ali Tekad Perang Erdogan Anwarista Dalam PAS

January 27, 2012   ·   By DukeofMontecristo
anwar sivaji

Nampaknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr. Hasan Ali memang tekad untuk memerangi golongan "erdogan Anwarista" di dalam PAS. Setelah memulakan ceramah "perang parasit" di Meru minggu lalu, Hasan Ali akan menyerang di kawasan musuh ketatnya, Khalid Samad, di Shah Alam, pada 30 Januari ini.

Rata-rata, sokongan yang diberikan rakyat kepada Hasan Ali memang hebat. Bukan ratusan, malah ribuan umat Islam, khususnya para penyokong PAS yang menyedari kewujudan golongan parasit tersebut di dalam PAS sejak sekian lama.

Sebenarnya, sebagai saudara seagama, para blogger pro-UMNO, malah kolumnis di MyKMU.net sendiri pernah mengingatkan kepimpinan PAS bahawa wujudnya gerakan "Anwarista" yang dipercayai adalah "golongan parasit" yang dimaksudkan Hasan Ali itu.

Namun, sebagaimana sikap PAS yang enggan menerima nasihat dan peringatan dari saudara seagamanya, mereka menuduh kami cemburu. Malah para "alim ulama" yang kononnya mengamalkan akhlak Islam yang sempurna itu menista pula kami dengan pelbagai kata-kata kesat.

Sudah saya katakan dulu bahawa Anwar telah meletakkan ramai "pawn-pawn" yang telah memberikan "bai'ah" kepadanya sejak dia berada di dalam ABIM lagi. Ketika itu, ramai 'askar-askar" Anwar ini yang terpengaruh dengan gerakan "memperdana menterikan" Anwar.

"Askar-askar" ini ramai yang dilepaskan ke dalam PAS ketika itu memandangkan Anwar merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa. Mereka-mereka ini dipromosikan sehingga berjaya menjawat beberapa jawatan yang strategik di dalam PAS.

Anwar sendiri kemudiannya masuk ke dalam UMNO. Alasannya mudah, dia mahu "membersihkan" UMNO. Ramai juga "pawn-pawn" yang dibawa masuk ke dalam UMNO bersamanya untuk membantu melobi menaikkan namanya. Selain itu, Anwar berjaya berlakon memikat hati Tun Dr. Mahathir ketika itu yang turut tertipu…

Namun, setelah agenda Anwar itu "kantoi", ditambah pula dengan tabiatnya yang gemarkan seks luar tabii yang tidak mengenal jantan betina, akhirnya dia dipecat dari terus mengotorkan UMNO dengan rasuah politik dan pink form. Maka, terbantutlah 'gerakan memperdana menterikan' Anwar buat seketika.

Kegagalan Anwar itu telah menjadikan "pawn-pawn" Anwar yang disusup masuk di dalam PAS bagaikan "cacing kepanasan". Itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segala sumber kewangan yang dipercayai diperolehi dari Anwar untuk menewaskan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Kemudian, Anwar tubuhkan pula PKR. Dengan bantuan "endogan Anwarista" di dalam PAS yang semakin menguasai parti itu, PAS akhirnya bersetuju bergabung dengan PKR dan DAP. Meskipun DAP khususnya, pernah dilabelkan sebagai 'syaitan', kerana tahaluf siyasi puak "erdogan Anwarista" yang menghasut Nik Aziz, ianya berjaya dihalalkan!

Golongan inilah yang menyebabkan perubahan ketara yang melanda PAS sehingga menggadaikan prinsip perjuangan asal parti itu.

Berjayakah Hasan Ali melakukan transformasi di dalam PAS kembali? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang yang pernah berada di dalam PAS, saya rasa agak mustahil untuk berjaya selagi PAS bersama Pakatan Haram!

Terbaik, PAS mesti putuskan hubungan dengan "syaitan-syaitan" itu. Titik.

 

TERKINI - HADI AWANG UMUM BERUNDUR.. "SAYA SOKONG HASAN ALI.."




Kena tipu. Hasrat Presiden PAS merasa takhta Pemimpin No. 1 Negara berkecai setelah Anwar didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan Mahkamah berkenaan soal liwatnya.

Sukar Hadi Awang menerima keputusan tersebut kerana beliau sendiri tahu akan tabiat rendah moral Diktator Pakatan tersebut.





Akhirnya, melalui laporan Malaysian Insider, Hadi Awang mengumumkan hasrat untuk berunndur daripada bertanding pada PRU13 seterusnya mengakui ini adalah penggal terakhirnya memegang jawatan Presiden PAS.

Hadi Awang rebah setelah dipukau janji2 kosong MAT Sabu agar bersama barisan Parasit meninggalkan usaha Kerajaan Perpaduannya. Membiarkan Ustaz Nasha rebah seorang diri. Semua ini kerana janji jawatan Perdana Menteri.

Satu demi satu dosa yang dikorbankan dan ditanggung Ulama PAS ini. Subahat Video Seks Anwar, Isu arak dan judi, Pusat Hiburan, Kisah Murtad dan akhir sekali pemecatan individu yang sangat beliau dan rakan2 Ulama' PAS kasihi bernama Hasan Ali.



Gambar pertemuan terakhir sebelum Hasan Ali dipecat beberapa hari selepas itu.


Mungkin kemuncak pengumuman dari mulutnya tentang pemecatan Hassan paling perit pernah beliau lalui. Rasa khianat sahabat2 Pro Ulama' dengan pengumuman yang keluar dari bibit mulutnya itu.

Walhal belum sampai seminggu musyawarah diadakan dan Hadi Awang sendiri memuji tindakan murni Hasan Ali mempertahankan Islam yang pada pandangan beliau dan sahabat2 Pro Ulama' seorang Pewaris Akar Umbi Jihad PAS.

Maka tidak sanggup lagi bersubahat dengan dosa2 parasit yang semakin kental bersama Anwar di dalam PAS.

Akan tetapi, ada pihak dalam PAS mendakwa ini adalah percubaan Hadi Awang buat kali pertama bagi melihat kejujuran Pemimpin2 Pro Erdogan di keliling beliau melalui respons pengumuman beliau tersebut.

Artikel ini pernah dikeluarkan Blog Gelombang Rakyat pada bulan Oktober 2011 yang mengiyakan tekanan maksimum Hadi Awang dipaksa oleh Anwar memecat Pemimpin2 Pro Ulama' termasuklah Hassan Ali. Klik pada tajuk di ini..  ANWAR UGUT HADI AWANG PECAT HASAN ALI!!


 

HADI AWANG 'DIPECAT' - TANGISAN IRINGI DOA RIBUAN AHLI PAS PENANG SOKONG HASAN ALI!!





 Biarpun semakin dihalang, disekat dan disabotaj Kerajaan Negeri Selangor, semakin kental sokongan Umat Islam bangkit mendokong Jihad Hasan Ali mempertahankan akidah yang sedang dipesongkan. Gema Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) : Selamatkan Akidah di Selangor kini disambut dengan laungan takbir di Pulau Pinang.



 



Menurut laporan beberapa Media yang membuat liputan di Program tersebut, ribuan umat Islam yang hadir ke Sessi Jelajah HIMPUN Peringkat Pulau Pinang yang telahpun berlangsung malam tadi merupakan anggota PAS sendiri terdiri daripada jentera Parti Peringkat Negeri. Malah kelihatan juga beberapa Pimpinan PAS Kawasan hadir memberi sokongan terhadap usaha murni Hasan Ali itu.





Kehadiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ke Pulau Pinang disambut ribuan Umat Islam bagi mendengar sendiri penjelasan beliau teguh mempertahankan prinsipnya sehingga sanggup dibuang tanpa rela dari Parti Islam itu. 



Realitinya keretakan Politik PAS yang kemaruk dahagakan kuasa semata2 telah membawa padah apabila beberapa individu yang dianggap rakan parti sendiri secara halus telah memulakan 'dakwah' memesongkan akidah umat Islam di Negara ini yang membawa Murtad.





Kesemua yang hadir tekun mendengar penjelasan Hasan Ali dan berkongsi isu yang semakin parah yang sewajarnya mendapat sokongan padu dari PAS. Malah PAS semestinya turut menyumbang tenaga bagi merealisasi jihad menentang Murtad ini.


 


Akan tetapi agak janggal akan tetapi itulah realiti yang kini berlaku. Beliau dipecat PAS kerana berjuang ke arah itu. Bukan itu sahaja, beliau dipecat kerana tidak mahu berjuang menyokong Diktator Pakatan Anwar. Kerana itu sahaja, Hasan disepak terajang dan dicerca parasit2 PAS.

Apa yang pasti, ikrar Hasan Ali membangkitkan semangat hadirin memulakan jihad menentang Murtad disambut dengan Takbir.




Malah doa yang dibacakan Hasan diiringi tangisan hampir kesemua pendukung kuat PAS Negeri yang hadir. Sebak dan rasa insaf. 


 


Sedih dengan perjuangan parti yang mereka pertahankan telah kian terpesong akibat anasir2 Parasit. Ke mana arah tuju mereka? 


 


Adakah terpaksa melihat sendiri percaturan politik kotor yang semakin rancak merebak di dalam PAS? Sehinggakan sanggup mencantas mana2 usaha Pro Ulama' PAS yang bangkit mengembalikan perjuangan mempertahankan Akidah ummah yang semakin parah hanya kerana aspirasi menguasai Putrajaya secara rakus?

Rata2 ari kalangan mereka bersyukur HIMPUN menjadi alternatif buat mereka meneruskan perjuangan. Ikrar tekad mereka yang hadir untuk sebar, sokong dan bersama perjuangan Hasan Ali.





Menyokong Mat Sabu jauh sama sekali. Kerana beliau dalang merancang idea kepada Guan Eng memperbodohkan umat Islam di Penang dengan pelbagai sogokan wang ringgit dan bantuan luar biasa sebagai senjata.

Senjata pelan jangka panjang agar misi utama DAP Sistem Perundangan dan Enakmen Undang2 Islam dihakis sedikit demi sedikit sehingga lenyap tanpa sebarang bantahan.


 


Lebih perit melihat percaturan semakin kotor yang dibawa Mat Sabu menghampiri kejayaan menggengam jawatan Presiden PAS semakin hampir. Dek kerana pengumuman mengejut Hadi Awang semalam yang mendakwa akan berundur dari meneruskan perjuangan PAS dan tidak mahu bertanding pada PRU13. BUKTI Penjelasan Hadi Awang? KLIK DI SINI. 


 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment