Sunday, January 29, 2012

RG2011... SATU LAGI ASET KERAJAAN DIJUAL

 

GEMPAR!! LAGI ASET KERAJAAN SELANGOR DI JUAL PAKATAN. UMNO JUGAK YANG SALAH!

 Kes penjualan salah satu aset terbesar kerajaan Selangor, Selangor Fruit Valley, masih dalam bayang-bayang . Tetapi berdasarkan dari risikan dalaman, Selangor telah menjual Selangor Fruit Valley kepada company kroni nya dengan alasan supaya projek ini tidak akan menjadi gajah putih lagi dan menjadi liabiliti Kerajaan Selangor.

Duit hasil penjualan tanah seluas 20,000 ekar tidak dapat dikesan kerana perkara ini disenyapkan oleh pihak tertentu. Teresa Cock, ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh yang bertanggungjawab ke atas pengurusan tanah tersebut terus mendiamkan diri tanpa penjelasan.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang mempunyai bermacam-macam anak syarikat yang bernaung dibawahnya juga senyap tanpa bicara. Serendah International Orchad yang berkeluasan 300hektar ditutup tanpa sebab. MAIS Food Insdustries yang dahulu membekalkan beribu-ribu kilogram ikan keli salai juga ditutup. PKPS Landscaping Services yang menguruskan tender-tender dari kerajaan Selangor juga ditutup. Semua syarikat yang bernaung dibawah PKPS telah ditutup semenjak pengambilalihan pentadbiran Selangor dan telah digantikan dengan syarikat-syarikat kroni yang mana mereka (exco-exco) mempunyai kepentingan di dalamnya.

Rakyat Selangor cuma mahu tahu kemana duit penjualan tanah pergi? Dan apa telah terjadi kepada syarikat-syarikat dibawah PKPS?

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment