Sunday, January 29, 2012

Re: RG2011... Fw: Saya Tidak Akan Mengundi BN

aduh prof.... kalo nk komen tu biarlah logik sikit.. mana2 parti pun akan berlaku jugak situasi ni... kita kan selalu je dengar pasal kedai mamak yg kononnya muslim tp hindu. ada yg berak dalam kari bg tujuan pelaris.. org melayu makan di kedai cina pun berlambak,cuma ada tulis service no pork. ayam yg diguna belum tentu disembelih dgn betul.. hotel pun blom 100% halal... member saya yg jadi chef di hotel berbintang2 pun resign sebab dapur, periuk belanga utk sajian halal pun diguna oleh chef lain utk masak benda yg x halal.alasannya, terlalu banyak tempahan, x cukup tempat.kita takkan tau dia samak x lepas guna tu.. cheese cake yg sedap di hotel belum tentu bebas dari penggunaan red wine. tempat saya sendiri di pahang pun pernah ada isu pasar babi ni dulu..kesimpulannya, baik parti manapun memerintah, benda ni pasti berlaku sebab mana2 penyokong pahaman politik adalah sama, iaitu MANUSIA.bukan kambing, bukan ayam.. sorryla, saya x sebelah mana2 parti pun.(biar diri sendiri je tau sape yg nak dipangkah). kalo ada yg terasa, saya minta maaf...
 
JO 9 D

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, January 26, 2012 10:26 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Saya Tidak Akan Mengundi BN

     Kalau kita pilih pembangkang, penjualan babi pun terbuka dan tidak terlarang. Beda-benda yang sensitif akan menjadi tak sensitif.  Penjualan babi tidak akan terasing lagi seperti di Singapura. kedai minum dekat dengan kedai penjualan makan babi yang sepatutnya sensitif tetapi bila pembangkang memerintah, merka akan soal kenapa orang islam leceh sangat dan fussy. Tidak hairan kalau makan tidak halal dihidangkan bersama tetamu yang sepatutnya makan makanan halal seperti dalam tuntutan agama. Selepas memotong daging babi pisau yang sama akan digunakan untuk memotong makanan untuk orang Islam. Babi tiada tapi bekas nya boleh. Itu fahaman pembangkang dan penyokong pembangkang kelak
rhirowati - rhirowati

From: KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 25, 2012 2:49 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Saya Tidak Akan Mengundi BN

Di Selangor ni dah MUAK, MUAL, LOYA dengan pembukaan kedai jual araak, kedai berjudi, rumah urut merata rata bersepah sepah sampai ke kawasan kampong melayu pun ..... ada ertinya nak undi sape pun BN ke PR ke PAs ke ????? SAMA AJE.....

From: Nadzri Mohd <nadz4827@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 24 January 2012 3:28 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Saya Tidak Akan Mengundi BN

Tp di Selangor  lagi teruk gajala negatif ni....

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, January 21, 2012 7:59 AM
Subject: RG2011... Fw: Saya Tidak Akan Mengundi BN

 
----- Original Message -----

Saya Tidak Akan Mengundi BN
 
selatanonline
Blog Mazidul Akmal

16 Januari."Saya tidak akan mengundi BN (Barisan Nasional). Kalau kedai judi depan mata pihak berkuas a tidak nampak dan tidak ambil tindakan"

Itu antara kenyataan peniaga di pekan SLIM VILLAGE, Perak.

Barangkali ramai terfikir apakah hubungkait di antara Barisan Nasional, BN, dengan premis perjudian diceritakan di bawah.

Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kemudian tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada BN. Sebagai rakyat, orang ramai melihat, pemerintah berhak mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan perjudian masih beroperasi sehingga ke saat entri ini ditulis.

"Premis itu dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV. Hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk. Kini pintu belakang ditutup. Kebanyakkan pelanggan golongan tua berbangsa Melayu. Masyarakat setempat sebenarnya berasa gusar jika anak remaja mereka terjebak dengan gejala judi. Setiap hari selepas jam 5 petang, premis beroperasi 24 jam itu akan penuh dikunjungi pelanggan," ujar source saya.

Di kalangan pegawai dan anggota polis, terma 'source' bermaksud pemberi maklumat.

Jam 1.39 tengahari tadi saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, MDTM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip.


'Salam Tuan. Premis judi onlne telah beroperasi di SLIM VILLAGE sejak setahun lalu. Gambar dan laporan di http://mazidulakmal.com. Adakah MDTM tahu kegiatan itu? Terima kasih'.

Berikut balasan SMS saya terima 14 minit kemudian.

'Semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman termasuk polis juga memantau, sebagai makluman'

Saya kemudian mengajukan soalan seterusnya kepada beliau, juga menerusi SMS.

'MDTM tidak ada kuasa untuk menutup operasi, Tuan?'

Berikut respon diterima pada jam 2.27 petang tadi.

'Itu perjudian di bawah kuasa polis. Kami (MDTM) jika premis berlesen dengan MDTM, operasi perlu bersepadu dengan polis'.

Saya tidak berkhidmat dengan MDTM atau polis tetapi berikutan maklumat disalurkan, sebagai blogger saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala merugikan masyarakat itu.

Jika pemerintah dan pihak berkuasa mengikut saranan 1Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pastinya banyak telah membuka mata sekaligus bersama menangani kes ini dengan kadar segera.

Ingat, kuasa memilih pemerintah terletak di tangan rakyat dan Pilihanraya Umum Ke 13 bakal menjelang tiba.

Justeru, dengar keluhan rakyat dan laksanakan tanggungjawab dipikul.

Nukilan Mazidul Akmal Sidik
 
Posted by aya
 
 
 

SOS! TOLONG SAYA! SOS!

 
Saya tidak dilahirkan di bandar atau kotaraya.

Sewaktu berusia 7 tahun, saya menuntut di Sekolah Kebangsaan SLIM VILLAGE, Perak. SLIM VILLAGE, pekan terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung saya. Di pekan itu hanya ada beberapa kedai menjual makanan dan kedai runcit. SLIM VILLAGE boleh dianggap sebagai pekan koboi.

Namun keunikan pekan itu terserlah. Majoriti pengunjung saling kenal mengenali antara satu sama lain. Mereka minum, makan dan bersembang di restoran sama hampir setiap hari.

Pekan lebih besar terdekat dari SLIM VILLAGE, Slim River dan Tanjung Malim.

Penduduk kampung di sekitar bukan sahaja pelanggan tetapi rakan kepada peniaga kedai runcit di SLIM VILLAGE.

"Nanti tolong belikan kentang di Kedai Ramu," kata isteri.

Suami kepada wanita itu tidak perlu gusar mencari kedai terbabit kerana hanya terdapat SATU Kedai Ramu di pekan sama.

Satu pasar dan hanya seorang peniaga bernama Ismail, mula menjual 'mi kering' sejak saya masih lagi hingusan. Mi dijual oleh Ismail dikenali sebagai 'Mi Mae'.

Sewaktu bersekolah di SLIM VILLAGE di antara tahun 1974 dan 1982, Mi Mae, makanan ruji dijual dengan harga murah, di antara 20 dan 50 sen sepinggan. Murah dan mengenyangkan. 

Ketika itu pelajar sedarjah saya mengenali setiap pemilik kedai di SLIM VILLAGE. Biarpun majoriti mereka berbangsa Cina, tiada jurang pemisah dengan pelanggan berbangsa Melayu. 

Pengunjung pekan sentiasa berasa selamat kerana Balai Polis SLIM VILLAGE terletak lebih kurang 200 meter dari 2 deretan kedai di pekan itu.

Berikut gambar satu daripada 2 deretan kedai lama di SLIM VILLAGE dihantarkan kepada saya oleh pembaca prihatin blog ini.


Deretan kedai lama kelihatan sunyi sepi tetapi usah diingat air tenang tidak berbuaya. Perhatikan pula kedai dengan pintu ditutup dirakamkan dari luar.


Gambar di dalam kedai sama dirakamkan oleh pembaca petang tadi.


Difahamkan premis disyakki menjalankan kegiatan perjudian berkomputer di atas dijaga oleh lelaki berusia pertengahan 20 an dan beroperasi sejak kira-kira setahun lalu.

Siapakah mengeluarkan lesen untuk premis itu beroperasi?

Saya yakin premis itu BUKAN internet cafe berikutan hanya pintu belakang kedai sahaja dibuka untuk pelanggan keluar masuk.

Sewaktu saya bersama 999, kru kerap kali menyertai pegawai serta anggota pasukan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7, menjalankan operasi membanteras kegiatan perjudian berkomputer secara online di seluruh negara.

Kegiatan itu ternyata memporak-porandakan kehidupan ramai kaki judi pelbagai bangsa.

Paling serius, kes wang sepatutnya digunakan untuk membeli susu bayi di rumah diperjudikan oleh bapa di premis seperti di atas.

Majoriti pelanggan, sebangsa dengan saya dan kebanyakkan pembaca, MELAYU. 

Untuk rekod, penduduk di beberapa kampung berhampiran SLIM VILLAGE bukan golongan hidup mewah. 

Ramai mereka bekerja sebagai petani dan penoreh getah.

Kewujudan premis perjudian berkomputer juga masalah di bandar besar biarpun diserbu berulang kali oleh D7.

Saya berasa amat sedih kerana gejala sama kini melanda pekan saya kunjungi sejak mengetahui kenikmatan roti canai dan teh ais, kira-kira 40 tahun lalu.

BANTU SAYA UNTUK MENYELAMATKAN PENDUDUK DI SEKITAR SLIM VILLAGE, SILA SEBARKAN ENTRI INI MELALUI FACEBOOK, SEMOGA PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN WAJAR MEMBERHENTIKAN KEGIATAN BAKAL MERUGIKAN MELAYU ITU DENGAN KADAR SEGERA.


Nukilan Mazidul Akmal Sidik
 
 

komen:

Pn. Liza Mahmood berkata...
Air yang tenang jgn disangka tiada buaya.

Di sebalik plywood sekeping, Ringgit & syiling berdenting-denting.
susumanis berkata...
mmg benda ni menjadi jadi kat mana mana..kalau gila judi..bole mati ooo..adoiii
MRD berkata...
En. Mazidul kan banyak connection kat 'atas' tu... kasi serbu satu kali. Misi menyelamatkan wang ringgit penduduk slim village. Atau boleh juga dinamakan misi tapau tokeh cyber cafe haram.
Mazidul Akmal Sidik berkata...
Saya percaya suara pembaca blog ini lebih berkesan.

Sebarkan fakta ini dan dengan izin Allah maklumat ini akan dibaca oleh mereka berhati2 mulia, tulus dan berani bertindak kerana ingin menegakkan undang undang.
hisham berkata...
saya harap pihak berkuasa "berani" bertindak mengikut undang2 yang sedia ada.
Pekan sekecil itu dan penduduknya tak sampai pulohan ribu bagaimana polis di pekan kecil ini tak tahu ujudnya premis judi ini....Nonsene...
encik mazidul....dalam tshun tahun 70an(1972)saya pernah mencari rezeki di kawasan slim village bekerja sebagai penebang pokok kayu getah yg mana kayunya dihantar kekilang kayu arang dikampong Sungai Dara.
setiap petang jam 5petang kami akan singgah dikedai menjual tuak yg baru diturunkan dari pokok kelapa(fresh dan tak mabok bolih menyegarkan badan selepas penat bekerja)yg banyak disekitar slim village.
dari behrang ulu,sg dara,kg sg bil,sg jurong,kg lintah(ada bomoh santau disitu)kg rasau,ulu slim,kg penderas dan beberapa buah kampong termasuk estet dikawasan slim river jika pemilik kebun getah hendak buat tanaman semula maka kami akan melakukan penebangan pokok2 tua.
banyak kenangan pahit manis yg tak dapat dilupakan..
dani berkata...
SMTI
lynnepu3gp berkata...
smti..
Papa-Itam berkata...
Tempat-tempat macam tu dah tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan.nak kata balai polis tak ada..mustahil...kadang kala berdekatan saja...tak tau kat mana silapnya...
Papa-Itam berkata...
En.mazidul harap-harap lepas ni boleh buat liputan di rawang pulak.mana lah kalau ada cerita yang sama atau lebih lagi.
hma berkata...
'mee mail' dan 'laksa mail'..masih adakah menu itu dijual di sana..nostalgia betul...jika dulu kedai judi..dalamnya cuma ada meja mahjong dan dikunjungi oleh kebanyakan kaum cina,tapi sekarang telah dilengkapi dgn kemudahan yang lebih canggih..aduh..telah berlaku transformasi rupanya tempat saya dibesarkan dan menimba ilmu ini..tapi malang struktur bangunan tidak byk berubah yg berubah hanya aktiviti di dalam bangunan itu shj..kepada pihak yang berkaitan tolong jalankan tanggungjawab anda demi kemakmuran masyarakat setempat..jangan pandang sebelah mata dengan keluhan ini...
Adam Vai berkata...
Akan disebarkan.
azam berkata...
aduhai.....ruginya, mesti kalah banyak ni......

kalau tak untung orang tak bikin pusat judi ni. Fikir²kan








No comments:

Post a Comment