Kes Dirang: Bekas Suami Pesan Suruh Jaga Hafis Dengan Baik
Pasir Gudang - "Jaga Hafis baik-baik, jangan sesekali tinggalkan dia sendirian," demikianlah pesan Handry Yongot, 30-an, bapa kandung mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, kepada bekas isterinya agar menjaga anak lelaki mereka, Mohamad Hafis, 6, dengan baik.Menurut ibu Nurul Nadirah, Roselyn Alan, 25, amanat itu disampaikan sebanyak dua kali oleh Handry sewaktu kali terakhir dia bertemu bekas suaminya itu di Tanah Perkuburan Pekan Masai sewaktu upacara pengebumian Allahyarham Nurul Nadirah yang turut dikenali dengan nama manja, Dirang, Rabu lepas.
"Handry juga pesan pada suami saya supaya bawa Hafis ke mana sahaja kami pergi kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya.
Kata Roselyn, hubungan bekas suaminya dengan Hafis dan Dirang sangat rapat kerana sewaktu tinggal di Kuala Lumpur, dia kerap bertemu dengan anak-anaknya itu.
"Jika benar Handry akan diusir pulang ke Filipina, saya merayu agar dia dan Hafis dapat ditemukan walaupun seketika agar mereka dapat mengubat kerinduan masing-masing," ujarnya.
Dalam pada itu, Roselyn juga merayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusir bekas suaminya yang juga bapa kandung mangsa ke Filipina.
Katanya, Handry yang mula dikenali sekitar tahun 1995 memang berasal dari Sabah dan mempunyai keluarga di sana.
"Handry tidak mempunyai pengenalan diri kerana dibesarkan oleh keluarga ibu saudaranya selepas ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih bayi.
"Saya rayu pihak bertanggungjawab agar tidak mengusirnya ke Filipina kerana bakal menimbulkan masalah kerana dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai keluarga di sana.
"Lagipun dia baru kehilangan anak kesayangannya, dan macam mana nanti dia hendak bertemu lagi dengan anak tunggalnya di sini sekiranya diusir ke Filipina," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, Handry memang dikenali sebagai suami dan bapa yang sabar dan penyayang, tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila perkahwinan yang dibina sepanjang lima tahun berakhir dengan perceraian.
"Masa mula-mula berjumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, dia (Handry) berpesan supaya sentiasa membawa Hafis ke mana sahaja dan tidak membiarkan anak lelakinya itu tinggal sendirian.
"Hubungan kami masih baik sebagai kawan demi anak-anak. Saya rayu kasihanilah dia (Handry) agar tidak diusir ke Filipina kerana dia seorang yang baik," katanya.
Sementara itu, suami Roselyn, Lima Medeng, 25, memberitahu, jika diberi peluang dia mahu bertugas di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) agar tidak perlu berpindah jauh ke Sarawak.
"Saya ada cuba memohon untuk bekerja di LPJ sebelum ini, tetapi dimaklumkan rakan-rakan tiada kekosongan.
"Jika ada rezeki saya dapat kerja di sini, kami sekeluarga tidak jadi pulang ke Sarawak untuk memulakan hidup baru. Bagaimanapun kami akan tetap berpindah dan tidak akan tinggal di flet ini agar tidak dihantui kenangan bersama Dirang," katanya. -SH
comments:
Ini Dia, 3 Orang Suspek Dalam Kes Bunuh Dirang Yang Disambung Reman 7 Hari Lagi
Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa melanjutkan tempoh tahanan reman itu bermula semalam bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit.
Ketiga-tiga suspek, termasuk seorang wanita, berusia 30-an serta 40-an yang dikawal ketat anggota polis memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret menaiki kenderaan polis jam 9.45 pagi bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.
Perkarangan mahkamah dipenuhi wakil media daripada pelbagai organisasi yang menunggu kehadiran mereka.
Mereka berjalan sambil menundukkan muka bagi mengelak wajah dirakam.
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, dia sekeluarga mengharapkan siasatan dan hukuman dapat dijatuhi terhadap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap anaknya.
"Dirang hanya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dia langsung tak bersalah. Perlakuan penjenayah terbabit sungguh tidak berperikemanusiaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat bagi membolehkan pihaknya mengumpul bahan bukti sebelum menyerahkan kertas pendakwaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Bapa kandung Dirang, warga negara Filipina yang ditahan sebelum ini, dijangka dihantar pulang ke negara asalnya, esok.
"Saya bersama anggota polis yang lain komited dan berjanji akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi keadilan sepatutnya kepada Dirang sekeluarga," katanya.
Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.
Kematiannya disahkan melalui ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan terhadap rangka manusia yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai 8 Mac lalu, yang sepadan dengan DNA Roselyn.
Ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis pada hari Dirang dilaporkan hilang, manakala bapa kandung kanak-kanak berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan pada 8 Mac lalu.
Kelmarin, bapa kandung Dirang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam itu. -HM
Tiga suspek kes bunuh Dirang positif ambil dadah
JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini semalam membenarkan perintah tahanan reman terhadap tiga suspek yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, dilanjutkan sehingga Jumaat ini.
Tiga suspek termasuk seorang wanita yang berusia 30 hingga 40 tahun itu dibawa dengan van polis tiba di pekarangan mahkamah jam 9.45 pagi.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa selepas mendengar permohonan pihak polis.
Ketika tiba di mahkamah, semua suspek memakai baju lokap dengan seluar pendek paras lutut hanya menundukkan kepala bagi mengelak muka mereka dirakam jurugambar media yang menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga suspek disahkan positif dadah Methamphetamine dan syabu, selain dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau kes penyalahgunaan dadah dan mencuri.
Pada mulanya ketiga-tiga suspek direman dua minggu bermula 2 Mac lalu di bawah Akta Dadah Berbahaya susulan siasatan membabitkan kehilangan Dirang selepas dilaporkan keluar membeli mi segera di kedai blok bawah Flet Sri Delima, yang ketika itu diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Bagaimanapun, selepas ujian DNA mendapati rangka manusia yang ditemui terbakar di sebuah tapak pembinaan terbengkalai, Nusa Damai yang pada 12 Mac lalu disahkan milik kanak-kanak malang terbabit, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah selepas kertas siasatan dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya.
comments:
- Anonymous said...
-
apasal masa kes altantuya ari tu 2 polis UTK tak dilayan macam ni.....?
siap boleh tutup muka... pakai baju biasa....cehh...
razak baginda pun elek jee.. - Anonymous said...
-
celaka sungguh,bunuh budak yg tak tau apa2.minta2 depa kena gantung sampai mati.tak dak hati perut lgsung.
- Anonymous said...
-
itu lah "adil" nya undang-undang m'sia....
- Anonymous said...
-
hantutantuya..dgn manusia boleh tutup
muka tp ingatlah dipadang masyar sgla
nya sekecil zarah akan diangkat dn di
hadap pd HAKIM ALLAH yg mengetahui sglanya.begitu juga hakim-hakim yg x
berlaku adil dan tersalah hukum akan
dHISAB DISANA - Anonymous said...
-
jangan terlalu sensationalized suspek nih... belum tentu pun derang yang buat, macam kes nurin dulu, sian kawan tu, dah lah orang meniaga... kena tahan tu, dah dianggap dia yang culik dan bunuh budak tu, sian kawan tu malu...
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

kita orang luar sudah terasa kesedihannya apa tah mereka yang mengalaminya,moga mereka sekeluarga tabah dan sabar.