Yayasan Selangor Siasat Ketirisan RM500 juta Ketika Pemerintahan BN
SHAH ALAM, 18 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim telah meluluskan permohonan Yayasan Selangor (YS) bagi membolehkan sebuah badan audit bebas dilantik bagi membongkar dakwaan penyelewengan RM500 juta ketika yayasan tersebut dibawah kerajaan Umno-BN. Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki berkata pelantikan pihak audit tersebut akan dibuat secara tander terbuka dan proses ini akan memakan masa hampir lapan minggu.
Katanya, selepas sesi SELCAT awal bulan lau, YS telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk memohon pandangan dan tindakan yang akan di ambil.
Menurut Ihlham, Abdul Khalid telah memberi pandangan dan kebenaran supaya urusan audit bebas tersebut perlu segera dilakukan.
"Semua orang boleh masuk, memanggil tander empat minggu bagi membolehkan orang yang ingin mendapatkan tander untuk membuat peniaian dan maklumat.
Selepas itu kita akan memilih dan membuat penilaian dalam masa dua minggu."Setelah siap laporan kita akan serah kepada ahli lembaga pengarah untuk membuat pemilihan, juga dalam masa dua minggu," katanya.
Sebelum ini dalam pendengaran SELCAT, Ilham memberitahu kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008 mendapati ketirisan Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.
Setakat ini aset tetap milik Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.TVS
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment