Wednesday, April 4, 2012

Re: Re: RG2011... PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim

Busuk-busuk BN juga o.k dengan syarat orang-orang tak senonoh disingkir atau orang-orang ini faham-faham lah atau rakyat akan singkirkan mereka dalam PRU13.......ayat ni  pak mat  cuma paste dari kata-kata Rio , ada betulnya dan ada kekurangannya sebab kalau dah busuk mana mungkin ok , jika sebiji busuk kira ok la tapi bayangkan jika sepokok busuk dan dah bertahun berabad dah busuk mana mungkin pokok itu baik ...... langkah yang paling sesuai ialah tebang pokok yang bermasaalah dan tanam pokok baru kita tengok hasilnya , jika elok kita kekalkan jika busuk juga kita tanam pokok yang lain pula................ usah di biarkan pokok yang mengeluarkan hasil busuk di simpan , di baja di jaga ........................ agak-agak faham la kut bahasa pak mat ya  !!! kalau bahasa lembutnya jika nama Um Noo/Bnnn mana ada baiknya , kebanyakkannya busuk ...usah di simpan parti busuk ......... ambil yang wangi atau yang baik  !!! tak sokong Um  Noo / Bnn tak rugi pun baik di dunia apatah lagi untuk akhirat ...... kesian melayu Um  Noo
 
Pak mat tempee
 
 


From: MDROZALI MOHDNOR <mdrozali.mohdnor@samsung.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, March 30, 2012 3:47 PM
Subject: Re: Re: RG2011... PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim

 
PEMIMPIN umno dah tau nak kojol dlm PRU13
Dengan RAKUS nya merompak....
selagi boleh rompak..
ROMPAK dgn RAKUS wahai pemimpin UMporNO..
 
------- Original Message -------
Sender : rio hirowati<riorhs@yahoo.com>
Date : Mar 23, 2012 09:47 (GMT+07:00)
Title : Re: RG2011... PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim
 
 
Desas desus menunjukkan bahawa PR berusaha untuk memerintah Malaysia selama satu penggal supaya PR dapat terus dengan gelojohnya menukar sistem legal dan sebagainya apabila menguasai Putrajaya. Yang memimpin PR ialah DAP secara mutlak dan PAS memanglah lemah dan lembab dalam serba serbinya. Bagaimana kita hendak beri keyakinan kita? Mungkin setengah-setengah jenayah pun bertambah berleluasa . Selagi terdapat orang-orang tak senonoh dalam UMNO, selagi itu BN akan tumbang dan komponen parti senang hati bak kata orang kalau lumpur akar tunjang BN iaitu UMNO, akan tumbanglah BN. PAS dapat dikuasai kerana suara kecil dan akan menjadi "yes men" kepada PR       Saya belum nampak apa-apa yang besar dibuat oleh kerajaan Selangor untuk rakyat. DAP pun tidak menunjukkan penambahbaikan dalam kehidupan rakyat yang diwakili nya. Busuk-busuk BN juga o.k dengan syarat orang-orang tak senonoh disingkir atau orang-orang ini faham-faham lah atau rakyat akan singkirkan mereka dalam PRU13
 
rhirowati - rhirowati

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, March 20, 2012 3:06 PM
Subject: RG2011... PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim

 

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".



 
 
BERSIHbe a good ctzen
Mohd Rozali Mohd Nor
( QUALITYCONTROL)
easydail : 5222


No comments:

Post a Comment