Monday, April 2, 2012

Re: RG2011... Cerita Di Sebalik Isu Kontroversi Tapak Masjid Di Bayan Mutiara.

Bukti Bayan Mutiara dianugerahkan melalui tender terbuka.. Dua Pemimpin UMNO/BN itu sila letak jawatan!!



Apabila aku menyiarkan satu laporan dari CEO Ivory Properties Group Bhd (IPGB) yang telah menang dalam membida harga tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion, ada pencacai UMNO tidak berpuashati dan tidak boleh menerima hakikat.


Hakikatnya kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Ivory Properties Group Bhd itu adalah satu kenyataan yang membuktikan bahawa dua orang pemimpin UMNO/BN iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah berbohong dalam isu ini.

Pencacai UMNO tersebut telah meninggalkan komen seperti berikut..

ASD dengan Tokwan . Korang tahu tak apa isu yang dibangkitkan ni .

Kalau pihak Ivory dah mengaku ada nya tender terbuka maka sekarang ni tugas kerajaan negeri lah pulak keluarkan maklumat keputusan tender tersebut . Berapa pihak yang masuk , tawaran mana tertinggi , tawaran mana terendah , kaedah pembayaran dll. Tender terbuka apa kejadahnya kalau maklumat keputusan tender pun tak di siarkan kepada orang awam ????- komennya di SINI

Hari ini aku terima satu kenyataan Media dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjelaskan berapakah jumlah pihak yang telah membida tawaran ini, berapakah jumlah yang telah dibida oleh mereka.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima.

Empat syarikat atau pihak itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd,Ivory Properties Group Berhad, AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta dan juga SP Setia Berhad.

Harga yang dibida mereka pula adalah seperti di bawah..



Tak payah banyak cakap… sekarang telah dibuktikan kedua-dua peminpin UMNO/BN itu sememangnya telah berbohong dalam isu ini..

Jadi.. letaklah jawatan!!

Tapi……. Sanggup ke pemimpin UMNO/BN tu nak letak jawatan?

*******************************************

Sudikah Datuk Zainal Abidin Osman Dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Bersara Daripada Politik Dengan Serta Merta Memandangkan Kerajaan Negeri PR P.Pinang Telah Membuktikan Tanpa Sebarang Keraguan Bahawa Penjualan Tanah 102.3 Ekar di Bayan Mutiara Telah Dilakukan Dengan Tender Terbuka Yang Berdaya Saing?

Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan melalui "Request For Proposal" yang merupakan:

• Tender terbuka yang berdaya saing
• Dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar; dan
• Diperhatikan oleh Juruukur Bertauliah dan Penilai Berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, KL dan Singapura.

Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:

1. Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd
2. Ivory Properties Group Berhad
3. AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta
4. SP Setia Berhad

Tawaran-tawaran tunai yang diterima:



Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih. Kemudian, Kerajaan Negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada 8 tahun kepada 5 tahun.Ini telah diterima oleh Ivory.

Sudikah Ketua UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bersara daripada politik dengan serta merta memandangkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing?

Lim Guan Eng

*Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 21.2.2012*

On 4/1/2012 12:39 PM, Newsforwarder wrote: Adakah ini sebabnya UMNO mahu Guan Eng wakafkan tapak Masjid?
Posted on Saturday, March 31 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: AnakSgDerhaka

" Di Pulau Pinang selepas selesai solat Jumaat semalam, beberapa orang yang kononnya mendakwa diri mereka mewakili berbagai NGOk telah mengadakan deonstrasi bagi mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang mewakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara.

Gambar-gambar dari demo tersebut sila lihat di ( SINI )
Tanah tersebut kini adalah milik pihak Ivory Group, yang memperolehinya melalui tender terbuka yang telah disertai oleh empat Syarikat.

Penjelasan mengenainya sila baca di ( SINI )

Perlu kita ketahui macai-macai yang bertempik ditepi jalan itu hanyalah sekumpulan manusia yang telah berjaya diperbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO Pulau Pinang.

 Ini kerana telah terjadi di Pulau Pinang satu kawasan tanah wakaf iaitu Tanah Wakaf Abdul Qauder Jalan Mengkuang, Bagan Luar.

Penduduk di situ yang kebanyakkannya adalah penyokong tegar UMNO sendiri telah dihalau keluar oleh pemimpin UMNO kawasan tersebut, kerana tanah tersebut akan dimajukan..

Baca pendedahan oleh Cats Thinker ini..


Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe.

Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman.

"Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).


CT cuma nak tanya Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan?

Bukankah beliau telah berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!!

Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?


CT nak membangkitkan nostalgia lama tapi tak lama sangat le...

Sila sambung bacaan anda di SINI


=============================================

Shaik Hussein!.. Biar berkulit hitam, asal Hati jangan Hitam.


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lepas, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah melabelkan PAS dan PKR sebagai bapok dan pondan manakala semua penyokong DAP sebagai bangsat.




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Anak Mamak Tongkang ini mungkin boleh menipu orang-orang Melayu dari luar Pulau Pinang dengan fitnahnya itu, tetapi orang-orang Pulau Pinang kecuali pencacai UMNO tidak boleh ditipu..

Perarakan Maulidul Rasul telah diadakan setiap tahun di Pulau Pinang sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat .. sila lihat di SINI, SINI dan juga di SINI ,tetapi dikatakan tidak dibenarkan diadakan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Mungkin ketika beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut atau hati beliau terlalu gelap atau hitam untuk melihat apa yang telah berlaku..

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

•Perut yang selalu kekenyangan
•Bergaul dengan orang yang zalim
•Melupakan dosa yang lalu
•Angan-angan yang melambung.

Bagi aku… Biar berkulit hitam, asal hati jangan hitam..


******************************************

Kenyataan Akhbar

Serangan UMNO Ke Atas Sasaran Mudah Seperti Kristian, Cina, S. Ambiga, DAP Dan Juga Penyokong DAP Merupakan Tindakan Terdesak Untuk Mengalih Perhatian Umum Daripada Kegagalan UMNO Untuk Menangani Masalah Sebenar Seperti Rasuah, Kronisme Dan Penyalahgunaan Kuasa.

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.

Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi: "Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan. Soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa? Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.

Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 1.12.2011

=====================================

Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang ..


Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

Bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu 'Master Plan' tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang .

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Oleh itu tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan..

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Itulah… aku kata kat hangpa orang bodoh saja dalam UMNO ni, hangpa tak percaya.. tengok bodoh tak Ketua Pemuda UMNO tu??

Mahathir pun kata dalam UMNO sekarang cuma ada golongan bodoh saja.. tak percaya baca kat SINI

Berkenaan dengan pemilikan tanah oleh Ivory tu pula kalau nak tahu samada ianya diberikan secara rundingan terus (direct nego) atau tender terbuka sila baca di SINI 

Shaik.. takkanlah pasai depa dah scrap pelan Masjid yang hang lukis untuk PDC dulu tu hang nak marah kot.. apa susah hang bawak balik plan tu, hang buatlah Masjid yang dah lukis tu di Bagan..

*****************************************

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012

Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Untuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain Daripada Mengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.

Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lim Guan Eng
============================================

PANAS!! Hampir 100,000 demo desak Guan Eng Wakafkan tapak Masjid Bayan Mutiara.. (Gambar)


Yang aku paling tak faham ialah banner yang dipegang oleh mereka-mereka ini.. Apa yang mereka faham dengan perkataan 'Wakaf' itu..

Tanah tersebut telah dijual kepada Ivory, pemilik Ivory adalah seorang bukan Islam.. kalau mereka mendesak Kerajaan Negeri pula.. Ketua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ialah Guan Eng.

Guan Eng juga bukan seorang yang berugama Islam .. Habis tu nak wakafkan macam mana.. boleh ke kita mendesak orang lain supaya mewakafkan harta benda mereka?

Kalau korang nak tahu dengan lebih jelas apa maknanya wakaf sila baca di (SINI).

Sebelum korang lihat gambar-gambar hampir 100,000 orang mendesak Guan Eng mewakafkan tapak Masjid Bayan Mutiara ni, baca laporan ni dulu..

NGO demontrasi mahukan Lim jelaskan isu tapak masjid


GEORGE TOWN: Lebih 50 orang ahli pelbagai NGO menyertai demonstrasi secara aman di sini hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.


Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.

Antara tulisan yang dilihat ialah 'Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara' ,'Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan' dan 'Pulangkan Tapak Masjid".

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke tingkat tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Tidak puas hati

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan 'tiada komen' yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

"Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan 'Competency, Accountability dan Transparency (CAT)' yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.

"Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya," kata Mohd Rizuad ketika ditemui pemberita di lokasi perhimpunan itu.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - Bernama


Saksikan!!! hampir 100,000 rakyat Pulau Pinang mengadakan demo mahu Guan Eng mewakafkan Tapak Masjid Bayan Mutiara....


Bila dah bodoh... mudah saja diperbodohkan.

Faham betul-betul.. boleh ke kita paksa orang untuk mewakafkan harta mereka?

Tutup muka sebab malu...

Pemerhati juga lebih ramai dari yang menyertai demo

Mamat baju putih ni kehairanan

Polis diseberang jalan yang kelihatan lebih ramai dari peserta demo.

Ramai tak??

Dari apa yang tertulis pada Blog Pencacai UMNO yang menyiarkan gamba-gambar ini, demo ini telah dirakamkan pada jam 2:22 Petang hari ini..

Penjelasan ringkas tentang Fitnah Guan Eng Jual Tapak Masjid sila baca di (SINI)
================================================

Isu Tapak Masjid: Ketua AMK Pulau Pinang kata Ketua Pemuda UMNO bodoh,,


Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!


PENJUALAN TAPAK MASJID DAN SEKOLAH ADALAH SATU FITNAH OLEH PEMUDA UMNO


Dalam hal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju sekali lagi pihak UMNO menyerlahkan ketidak prihatinan mereka dalam hal pembangunan.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalah penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau tentang penjualan tanah secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana Syarikat Ivory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Group adalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikat yang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar "earnest deposit" sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak tahu menahu akan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawa bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu 'Master Plan' tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan.

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Di sini saya bagi pihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami atau memahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesa pihak Syarikat Ivory Group supaya mempamirkan pelan pembangunan induk (Master Plan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat oleh pihak awam.

Dan disamping itu pihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebut secara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan dizaman pemerintahan UMNO/BN dulu.

Amir Haji Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang
video:  http://youtu.be/09INWHAqyzM
============================================

LAGI BONGKAR! SHAIK HUSSEIN MELEPAS


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.

Lagi panas dari entri CT sebelum ini (KLIK SINI dan SINI) kahkahkahkah!!! Masih nak cerita pasal Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.  Alkisah menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian tanpa bertanding.  Taktik main kotor yang paling hebat dalam sejarah.  Duit yang terbang merata-rata hingga tak cukup tempat nak letak..kehkehkeh..Nak kata apa kan..hehehehehhe...Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Latiff Mirasa join  gak..kan....kehkehkehekeh!!!mcam adik beradik le katakan...heheheheheh..  Projek kita kongsi kan..kukuikuikui..

Kemudian nak cuba dapatkan projek juta-juta dan sanggup halau penduduk Melayu.  Projek ini datang daripada Pusat le katakan.  Projek EPU! Siapa Menteri yang bertanggungjawab mengenai EPU ni? Cuba korang teka!!kehkehekehekeh..Tan Sri Nor Yakob, Ahli Parlimen Tasek Gelugor.heheheheheheh..

Ada niat nak jadi calon di DUN Telok Air Tawar.Huh! Baru sehari dua jadi Ketua Pemuda UMNO, dah pasang niat tinggi.  DUN Telok Air Tawar tu duk kat Parlimen Tasek Gelugor bang oiii!!! Sebab tu dia rajin melalak kat surat khabar, TV dan macam-macam lagi la.  DUN di Parlimen Bagan tak ada kerusi untuk UMNO, so..cuba intai-intai kat tempat lain erk!!!Apa la!!!!!hahahahahaha..


KENYATAAN AKHBAR

Kami penduduk-penduduk kampung Jalan Mengkuang membantah sekeras-kerasnya terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang cuba menghalau kami dari rumah-rumah kami.  Kampung kami adalah tanah wakaf yang telah diwakafkan oleh Kavana Ebrahim @ Burong.  Kami dan keluarga kami sejak turun temurun telah dibenarkan oleh ahli-ahli keluarga Kavana Ebrahim @ Burong untuk menduduki tanah tersebut.  Pendudukan kami adalah mengikut syarat-syarat wakaf Kavana Ebrahim @ Burong.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang setelah mengambil alih tanah wakaf ini secara "Percuma" sekarang hendak meraih keuntungan dari tanah wakaf ini.  Majlis Agama Islam Pulau Pinang sekarang hendak mengusir kami dari tanah wakaf tersebut dan mendirikan pangsapuri-pangsapuri atas tanah wakaf ini.
Tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah suatu tindakan terhadap penduduk-penduduk kampung Jalan Mengkuang yang kesemuanya beragama Islam dan miskin.  Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak menjalankan tugas-tugasnya mentadbirkan tanah wakaf untuk kebaikan umat Islam yang miskin seperti kehendak wakaf.  Sebaliknya Majlis Agama Islam Pulau Pinang hanya bertujuan membuat keuntungan dari tanah-tanah yang diperolehi dengan percuma.  Siapa yang akan menikmati keuntungan ini?  Siapa yang akan jadi jutawan selepas pangsapuri dibina dan penduduk miskin dihalau keluar?
Kami umat Islam yang miskin terpaksa mencari peguam-peguam yang sanggup membela hak-hak kami secara percuma dan mujurlah ada peguam yang sanggup membela hak kami dari tindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kami menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya menyiasat tindakan beberapa pihak yang cuba mempergunakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk kepentingan diri mereka sendiri.  Orang-orang ini sanggup meraut kekayaan tidak kira akibatnya kepada orang miskin.

Kami menyeru Majlis Agama Islam Pulau Pinang menjalankan tugas-tugasnya dengan bersih dan suci hati dan menjaga kepetingan orang Islam dan tanah-tanah wakaf dan tidak menyeleweng mengikuti kehendak beberapa pihak yang tamak yang ingin mempergunakan pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kami telah mengambil tindakan untuk membela nasib kami di bawah undang-undang dengan mendapatkan khidmat guaman melalui peguam-peguam berkenaan.
1) Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (Tarikh bicara pada 31/10/2011)
2) Di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang (Tarikh bicara pada 3/11/2011)

Wah! Apa nak cerita!  CT pun bingung!kehkehkeh..Bilangan rumah yang terlibat sebanyak 55 buah rumah termasuk 2 buah rumah yang diwakaf kepada masjid dan 2 buah kedai (gunting rambut dan kedai kopi) dan 1 dewan orang ramai..  Lebih kurang 65 kelamin terlibat di tanah wakaf tersebut. Hampir 30 buah rumah  telah keluar dengan dijanjikan sebuah rumah ganti disamping RM4,000 dengan bulanan RM500 untuk menyewa rumah transit dengan syarat meruntuhkan rumah yang sedia di tanah wakaf tersebut.  Rumah-rumah penduduk yang telah bersetuju telah dirobohkan.  Penduduk-penduduk yang enggan keluar telah menubuhkan satu Jawatankuasa  Badan Bertindak Tanah Wakaf Abdul Cauder di mana Naib Pengerusi Badan Bertindak Encik Mohd Amin bin Abdul Rahman di dakwa sebagai waris kepada Tanah wakaf tersebut.  Tanah wakaf tersebut telah mendapat perintah Mahkamah untuk Kavet pada 17 Februari 2011.

Yang paling kesian, apabila ada penduduk yang telah termakan janji-janji Malaun-Malaun ni, maka diruntuhkan lah rumah mereka di tanah wakaf tu!  Nak tau apa berlaku?  Akhirnya mereka ini merempat tak berumah! kesian...Apa yang dijanjikan tak kunjung tiba!  Semuanya PENIPU!!!! Apa perasaan korang, kalau korang kena macam tu!!! mesti marah kan.kan..Akibat ketamakan pemimpin-pemimpin UMNO yang korup ni, rakyat menderita! Cakap macam jadi hero, tapi tak sedar tangan sendiri yang merosakkan.ptuiiiii!!!!

Tanah wakaf weii!! Apa hukumnya merampas tanah wakaf ni!!!  Itu CT yang bara tu!!!Akhirat sok tau la!!!Neraka Jahanam menunggu!!!!kahkahkahakahakah

p/s : Nak tau apa hubungan Shaik Hussein dengan Tan Sri Nor Yakob?  Teka dulu k..kahakahakaha...atau tunggu keluaran yang akan datang!kuikluikuikukuikuikui.  Banyak sangat PARASIT dalam UMNO ni!!!! Ada pendedahan  yang lagi gempar!!! Tunggu!!!!!Kena hapus satu persatu, baru boleh clean..hehehehe..
=================================================





On 4/1/2012 6:40 PM, Judge wrote:
saluran media yang ada akan beri ke dia peluang untuk menjawab persoalan yg di beri?  kalau tak pun, mungkin di edit dan puter belit kan.....  On 30/03/2012, Cucu Buluhbetong <cucu_buluhbetong@yahoo.com.my> wrote: 
   Dek pendedahan tentang keraguan status tapak masjid/sekolah di Bayan Mutiara, Lim Guan Eng DAP mengambil cara 'akan mengambil tindakan undang-undang' terhadap Ketua Pemuda UMNO.  Dan pada pendapat MiM, Lim Guan Eng akan mengalami kerumitan untuk menuduh Shaik Hussein kerana menuduh beliau 'menjual tapak masjid dan sekolah' dan cuba 'mencetuskan api perkauman'.  Yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ialah bukti kelulusan tapak masjid/sekolah dan sekadar bertanya kepada Setiausaha Agung DAP tentang status tapak tersebut setelah Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties. Itu sahaja.  Yang menjadi tandatanya ialah keengganan Lim Guan Eng DAP menggunakan saluran media yang ada untuk membuktikan beliau tidak bersalah.  Seperti Anwar Ibrahim dan jam Omega beliau, Guan Eng DAP mengambil jalan susah untuk menyakinkan rakyat tentang persoalan tapak masjid/sekolah yang dipersoalkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu.  Padahal, Guan Eng boleh  menunjukkan segala laporan atau agreement yang menunjukkan bahawa tapak masjid/sekolah itu masih wujud di depan media kerana beliau terlibat secara langsung di dalam urusan penjualan tanah Bayan Mutiara itu.  Kita tentu tertanya-tanya dengan sikap hostile Guan Eng DAP kepada satu soalan yang sepatutnya begitu mudah dijawab oleh beliau. Kenapa ya?Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara. 
 Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.  Guan Eng berkata, Shaik 
 Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju. 
 Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.  "Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.  "Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya," katanya pada sidang media di sini, semalam.  Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi 
 sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti. 
 Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.  Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.  Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah. 
  ------------------------------------  " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"  " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"  " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"  " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"  " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"  Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.  Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.   Yahoo! Groups Links  <*> To visit your group on the web, go to:     http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/  <*> Your email settings:     Individual Email | Traditional  <*> To change settings online go to:     http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join     (Yahoo! ID required)  <*> To change settings via email:     respeks_group-digest@yahoogroups.com      respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com  <*> To unsubscribe from this group, send an email to:     respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com  <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:     http://docs.yahoo.com/info/terms/   

--

-----------------------------------------#########--------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER.COM
WWW.HARUNYAHYA.COM
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment