Wednesday, April 4, 2012

RE: RG2011... DIRENUNGKAN BERSAMA: Kelantan & kaya akhirat

 

Pada sdr Johari saya "LIKE" kenyataan anda.


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: johari_ghazali@yahoo.com
Date: Thu, 15 Mar 2012 23:56:00 -0700
Subject: Re: RG2011... DIRENUNGKAN BERSAMA: Kelantan & kaya akhirat

 

salam...rasanya takyah kita gaduh2 or caci maki sesiapa...tujuan paparan blog ini adalah untuk menjadi iktibar dan muhasabah diri. Bukan untuk menuduh atau memburukkan sesiapa. Rasanya takyah kita memburukkan mana2 parti bn atau pas atau pkr...ambik iktibar dari cerita ni..Masing2 sudah dewasa,sudah tahu menilai..jadi buatlah pilihan.Pemimpin dipilih oleh rakyat...

From: "putera_zailan@yahoo.com" <putera_zailan@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 16, 2012 11:04 AM
Subject: Re: RG2011... DIRENUNGKAN BERSAMA: Kelantan & kaya akhirat

 

Ko ni macam mulia sgt je cara ko.... Mcm bagus sgt nak dosa-dosakn org.... Igt ayat ko kt org tu tk dosa ker??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: "Wan Zailan" <wanzailan@ajikl.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 15 Mar 2012 09:29:31 +0800
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... DIRENUNGKAN BERSAMA: Kelantan kaya akhirat

 

ini lah benda yang tak ada dalam pemikiran puak umno,
Ha Najib, PM umno pun tak kesiam otak dia dan terhamburlah dari lidah tak bertulang bertunjangkan nafsu jahat mengatakan kelantan miskin dan pengikut dan pencacai umno pun terus menelan dan memanjangkan taburan fitnah itu, maka bergulumanlah dengan dosa dan iblis pun bersorak riang
----- Original Message -----
From: dsj
Sent: Wednesday, March 14, 2012 7:58 PM
Subject: RG2011... DIRENUNGKAN BERSAMA: Kelantan & kaya akhirat

 




 
Written by http://muhammadismailibrahim.wordpress.com  
Rabu, 14 Mac 2012 11:54
 
Ulama, Menteri Besar dan Imam.
 
Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh 'biasa-biasa' di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat 'rare' di negeri-negeri lain.
 
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi.. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh 'orang tua ini' supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
 
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki 'syurga'. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
 
 
Jemaah melimpah ke bibir masjid.
 
Subhanallah!
 
 
Islam di Kelantan.
 
 
Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah.
 
 
Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.
 
 
Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.
 
 
Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.
 
 
Berkat Seorang Ulama.
 
 
Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.
 
 
Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
 
 
Jemaah yang sedang menunggu giliran di luar.
 
 
Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!
 
 
Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya! Kaya akhirat.
Allahuakbar!!!


dance dance dance
"Respect yourself and others will respect you." 
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
….Nothing in life is to be feared..it is only to be understood….
Don't be afraid to give up the good to go for the great!!!!
Declaration
Setiap Penulisan,Nukilan maupun sebarang Article Yang Diposting Ke Laman sesawang ini,Ianya hanyalah Sebagai Bahan Bacaan Sahaja.Pengirim Tidak Samasekali Terniat Walaupun Sebesar Hama Untuk Mempengaruhi Hati Maupun Perasaan Pembaca. Dan Ianya Juga Tiada Kaitan Samasekali Samada Yang Masih Hidup Maupun Yang Telah Mati.
Sekian dimaklumkan
Pengirim article




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment