Wednesday, April 4, 2012

Re: RG2011... Fw: Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Pada dasarnya, kebanyakan ahli sains dan doktor pakar di eropah membuat kajian ini semata-mata untuk menafikan kebenaran Al-Quran. Sejak sekian lama mereka berusaha untuk mencari kesalah dan kesilapan dalam ayat-ayat suci Al-Quran, bermula dari asal kejadian manusia (unsur tanah) hinggalah lapisan langgit. Tapi mereka akhirnya terpaksa akur juga dengan kebenaran Al-Quran dan untuk kesekian kalinya mereka gagal bagi mengemukakan membuktikan yang kononnya Al-Quran salah kerana ia ciptaan Nabi Muhammad SAW.

From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 4 April 2012, 11:01
Subject: RE: RG2011... Fw: Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

 
Alangkah mudah kalau iman tu adalah iman datannya dari sifat akur dan Taat...tak payah tunggu lebih 1400 tahun dan selepas kajian after kajian dibuat baru nak yakin
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Monday, 2 April, 2012 10:46 PM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid
 
 
----- Original Message -----
 

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar
 
 
Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta'ala didalam firman Nya yang bermaksud: "Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun denganlelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,"Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?"Lalu Aisyah menjawab,"Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh." (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu'alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Rujukan:Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
 
comments:
1.     Alisha Residenc
what happened to her?

"For Business, For Growth, For Life"

The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of the Bank.


No comments:

Post a Comment