Thursday, April 5, 2012

Re: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

Kini, amat susah mendapat penjamin bukan pinjaman kerana tak ada penjamin pun boleh dapat pinjaman. Jadi, kalau kita boleh belajar, tidak rugi kalau ambil PTPTN. Sekarang ini susah nak dapat penjamin kerana siapa nak tanggung kalau budak itu masuk angin ketika belajar. Sekarang orang hanya menjamin anak-anak sendiri saja kerana kesudahan selalunya tidak baik kepada penjamin sehingga ada yang muflis, lebih-lebih lagi guru-guru sekolah.
 
rhirowati - rhirowati

From: Mohd Fahmi Yusuf <fahmi@my.scomioiltools.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 6, 2012 4:13 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

 
 
Kengkawan se 'anak2 kita',
 
Beghapa ramai dah anak2 kita kerja senang hasil dari pinjaman PTPTN ni? Ramai dah professional yang dah kerja baguih2…Cuma sikap tak nak bayar hutang jer yang buat pinjaman jadi tertunggak…sikap tak apa, nanti2lah, apa depa boleh buat…bukan takde duit…tak ada disiplin, termasuk aku..
 
Nak bagi biasiswa? Tak bising ke 'orang' lain…nak2 la ni orang dah pandai claim hak saksama…tu pun macam MARA dah bagi as biasiswa kalau result baguih…
 
 
Duit pinjaman balik tu, untuk rolling masa adik2 kita, anak2 kita nak belajar nanti…korang ingat, belajar kat private college yang mahal, dapat ke pinjaman ni…yang dapat yang belajar kat university tak swasta,kolej tak swasta negeri ngan separuh kolej jer…kalau lah free, korang rasa2 lah…in the future…sama banyak ke anak2 kita dapat 'PINJAMAN' banding ngan orang lain? Boleh, minta waive off sekarang, tapi masa depan? Camana PTPTN ni nak rolling duit untuk masa depan? It's not profitable  tapi ni strategi untuk buatkan anak2 kita lagi terpinggir dalam masa sedekad…mungkin kita rasa senang masa ni…esok2??Memang hari ni PTPTN tak bankrupt…esok? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi?
 
Aku rasa 80% dari yang baca forum ni semua dah berusia…tak perlukan lagi pinjaman PTPTN, cuma setengah2..perlu bayar balik jer….sanggup ke korang nak pinjam bank untuk bayar adik2, anak penakan, anak2 sendiri nak hantar depa belajar? Bukan sikit beb…Akhirnye…yang tersadai…'anak2 kita' jugak…
 
apa kata sesiapa yang ada data, bagi maklumat sikit percentage anak2 kita yang dapat pinjaman ni berbanding anak2 orang lain?
 
Kadang2 kita pura2 BUTA
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Thursday, April 05, 2012 12:36 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati
 
 
----- Original Message -----
 

PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

Perencah Rakyat M'sia
gerai3abdul.blogspot
 
PTPTN Dapat Tambahan RM6 Bilion 
Article from member setia gerai
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun ini dan tahun 2013.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
 
"Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya di sini semalam.
Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.
"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.
 
-KOSMO online-
 
-------------------------------------------------------gerai3abdul----------------------------------------------------------- 
 
KAH KAH KAH KAH KAH….
Baca elok2 berita kat atas ni siswa siswi
KERAjaan BN setuju tambah peruntukan PTPTN..
Penuntut universiti kene berterima kasih kepada pak menteri..
Susah payah dia p bentang kertas kerja tambah dana ni..
 
KAH KAH KAH KAH….
Apalah nasib rakyat malaysia dapat menteri lembab macam ni
Oi pak menteri..
Siswa siswi x nak tambah hutang  la pak menteri oi..
Pelajar suma nak mansuh.. lupus.. waive..tutup terus tabung ni..
buat pendidikan free sampai ke universiti..
 
Nampak gayanya suara siswa siswi x didengari
Suara mahasiswa tidak lansung difahami oleh pak menteri ni lagi
Pelajar minta mansuh..dia mesyuarat mintak tambah..
Ni yang kene buat sesuatu ni..
KAH KAH KAH KAH….
 
 
 
Kerajaan suka rakyatnya dihimpit bebanan hutang keliling pinggang
Umur 23 tahun lepasan ijazah sudah berhutang dekat 50K..
Tu belum masuk hutang nak beli kenderaan sebab public transport macam hampeh..
Ade hati lagi ke nak beli property spt rumah atau tanah?
dengan kadar upah yg tidak memadai..dengan harga brg yg makin lame makin tinggi...
KAH KAH KAH KAH…
 
Pesanan buat siswa siswi..kalo dah boleh mengundi sok2…pangkah le BN lagi..banyak lagi tambahan dana hutang siswasiswi….
KAH KAH KAH….
 
 
 
 
Sekian,
Assalamualaikum
Srikandi


No comments:

Post a Comment