Friday, April 6, 2012

Re: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

 

Salam,
Nak cakap sikit PTPTN tu diwujudkan masa Anwar jd Menteri Kewangan dan pd masa itu caj ialah 4% berbanding skrg 1% shj. Jadi nak tahu lebih lanjut kenapa diadakan PTPTN kenalah minta Anwar  yg jawab.
Kalau fikirkan nak untung adalah tujuan PTPTN 1% caj upah tu jika dibandingkan dgn faedah pinjaman institusi perbankan jauh beratus-ratus persen lebih rendah.

Jumlah bayaran balik pun tak ketat RM50 pun ok asal bayar ... bayaran balik pun boleh ditangguhkan sehingga kita mendapat kerja. Kalau pinjaman institusi perbankan siap surat Mahkamah akan menyusul. Tunggu ajerlah.

Yang menguruskan PTPTN adalah satu perbadanan dan memerlukan kakitangan yg ramai utk menguruskan pinjaman berbilion ringgit dan peminjam yg berjuta2 bilangannya. Satu sistem komputer yg canggih perlu diadakan. Semua ini memakan kos yg tinggi. Caj upah yg dikenakan hanya 1% tupun liat nak bayar. Dalam setahun jumlah bayaran balik pun rendah. So berapa banyak sgtkah jumlah 1% tersebut boleh dikutip. Setiap tahun Kerajaan perlu menambah peruntukan krn jumlah yg gagal membayar balik jauh mengatasi bilangan yg membuat bayaran balik.

Akhir sekali bayaran balik PTPTN ni lama tempohnya sbb jumlah bayaran balik bulanan tu rendah. So kalau sesape yg tidak mahu seumur hidup membayar PTPTN, reschedulelah jadual pembayaran dgn jumlah yg lebih tinggi kerana disamping boleh memendekkan tempoh bayaran balik duit yg kita bayar boleh digunakan utk membantu pelajar2 baru. Kalau kita boleh buat bayaran balik pinjaman kereta/rumah berkali2 ganda kenapa layanan yg serupa tidak diberikan pada pinjaman PTPTN.

Isu penghapusan PTPTN ni PKR yg mulakan nak dekat PRU ni tanpa disedari Anwar yg wujudkan PTPTN. Kita tidak pernah ditunjukkan dgn satu kajian terperinci oleh Pakar Ekonomi samada PTPTN ni wajar dimansuhkan dan Kerajaan berkemampuan utk memberikan pendidikan percuma kpd rakyatnya. Apa yg dilontarkan hanyalah pandangan2 cetek tanpa dibuat kajian dari aspek kewangan dan ekonomi terlebih dahulu. Jadi jgnlah kita cepat melatah ... IPTS-IPTS yg dimiliki oleh PRakyat perlulah menghapuskan semua yuran pengajian atau mengenakan yuran pada kadar minimum supaya Kerajaan boleh membiayai penuh yuran pengajian. Adakah mereka sanggup berbuat demikian.

Adakah kita tidak melihat kesan yg lebih lanjut banyak IPTS-IPTS yg perlu ditutup dan bilangan pengangguran akan bertambah dan apabila bertambah suasana huru hara akan timbul di dalam Negara dan akhirnya keamanan negara akan tergugat. Mungkin itulah sebenarnya tujuan isu penghapusan PTPTN dilontarkan olh PKR.

Wassalam - jgnlah kita cepat melatah.

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 6, 2012 12:06 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

Rasanya memansuhkan PTPTN bukan bermakna memberikan pendidikan percuma. Perkara ini sebenarnya belum jelas lantaran ketidak telusan pihak media melaporkan apa-apa berita atau cadangan daripada pembangkang. Hal ini membuatkan kita keliru dan ramai juga yang beranggapan pemansuhan PTPTN bermaksud pendidikan percuma di universiti. Hingga kini belum ada apa-apa penjelasan lanjut tentang isu ini yang ada cuma andaian dan komen melulu daripada pembaca. Adakalanya isu ini dihangatkan pula oleh mereka-mereka yang tidak bertanggunjawab seolah-olah mereka sudah melihat perancangan keseluruhan tentang pemansuhan ini.
 
Banyak perkara yagn belum jelas sebenarnya. Antaranya ialah bagaimana pemansuhan PTPTN itu akan dilaksanankan dan apakah alternatif lain bagi menggantikannya. Umum mengetahui kewujud PTPTN adalah kerana yuran dan perbelanjaan yang tinggi yang perlu dibayar oleh pelajar sama ada di universiti awam ataupun swasta. Tujuan asalnya ialah membantu pelajar dari keluarga yang kurang kemampuan, masalah mula timbul apabila peminjam tidak membayar balik pinjaman dan ada juga peminjam dari kalangan mereka yang sebenarnya mampu.
 
Kewujudan PTPTN juga seolah-olah merestui yuran pengajian yang tinggi yang sering dikenakan oleh institusi pengajian tinggi swasta.
Lantaran keuntungan menjadi fokus utama pihak swasta maka mereka bersedia menguruskan pinjaman bagi pelajar yang ingin menuntut dikolej atau universiti mereka, kelayakan SPM atau STPM tidak menjadi isu yang penting bayar yuran dan boleh belajar cukup masa lulus dan dapat ijazah atau diploma. Malangnay ijazah atau diploma yang dimiliki tidak diperakui oleh syarikat yang menawarkan pekerjaan dalam masa yang sama PTPTN mula menyenaraikan mereka sebagai pihak yang wajib dikutip hutang. Di sinilah bermulanya masalah.
 
Buatlah satu analisis adakah peminjam PTPTN yang liat ini adalah antara mereka yang sudah bekerja atau mereka yang masih tercari-cari kerja. Berapa peratuskah antara mereka yang liat membayar ini dari kumpulan yang sudah bekerja?
 
Ada baiknya kita tidak melatah, bersetuju atau membantah berkaitan isu yang masih belum jelas.

From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 6 April 2012, 11:13
Subject: Re: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

Ada sesiapa ada maklumat negara yang mengamalkan pendidikan free sampai ke universiti? Boleh la kita buat perbandingan sebelum nak sokong atau nak bantah. Setahu saya, UK dan Australia pun beri pendidikan free sampai sekolah menengah je. Masuk universiti memang kena cari scholarship sendiri atau pinjaman bank atau parents yang tanggung.

Bagi pinjaman PTPTN tanpa caj perkhidmatan....ada jaminan tak si hutang akan segera bayar hutang? Biasanya kalau dah memang jenis liat bayar hutang tu, liat jugak la.

From: Mohd Fahmi Yusuf <fahmi@my.scomioiltools.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 6, 2012 4:13 AM
Subject: RE: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

 
 
Kengkawan se 'anak2 kita',
 
Beghapa ramai dah anak2 kita kerja senang hasil dari pinjaman PTPTN ni? Ramai dah professional yang dah kerja baguih2…Cuma sikap tak nak bayar hutang jer yang buat pinjaman jadi tertunggak…sikap tak apa, nanti2lah, apa depa boleh buat…bukan takde duit…tak ada disiplin, termasuk aku..
 
Nak bagi biasiswa? Tak bising ke 'orang' lain…nak2 la ni orang dah pandai claim hak saksama…tu pun macam MARA dah bagi as biasiswa kalau result baguih…
 
 
Duit pinjaman balik tu, untuk rolling masa adik2 kita, anak2 kita nak belajar nanti…korang ingat, belajar kat private college yang mahal, dapat ke pinjaman ni…yang dapat yang belajar kat university tak swasta,kolej tak swasta negeri ngan separuh kolej jer…kalau lah free, korang rasa2 lah…in the future…sama banyak ke anak2 kita dapat 'PINJAMAN' banding ngan orang lain? Boleh, minta waive off sekarang, tapi masa depan? Camana PTPTN ni nak rolling duit untuk masa depan? It's not profitable  tapi ni strategi untuk buatkan anak2 kita lagi terpinggir dalam masa sedekad…mungkin kita rasa senang masa ni…esok2??Memang hari ni PTPTN tak bankrupt…esok? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi?
 
Aku rasa 80% dari yang baca forum ni semua dah berusia…tak perlukan lagi pinjaman PTPTN, cuma setengah2..perlu bayar balik jer….sanggup ke korang nak pinjam bank untuk bayar adik2, anak penakan, anak2 sendiri nak hantar depa belajar? Bukan sikit beb…Akhirnye…yang tersadai…'anak2 kita' jugak…
 
apa kata sesiapa yang ada data, bagi maklumat sikit percentage anak2 kita yang dapat pinjaman ni berbanding anak2 orang lain?
 
Kadang2 kita pura2 BUTA
 
 
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of -::eSpAcE9808::-
Sent: Thursday, April 05, 2012 12:36 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: PTPTN Hutang Sampai Ke Mati
 
 
----- Original Message -----
 

PTPTN Hutang Sampai Ke Mati

Perencah Rakyat M'sia
gerai3abdul.blogspot
 
PTPTN Dapat Tambahan RM6 Bilion 
Article from member setia gerai
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun ini dan tahun 2013.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
 
"Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya di sini semalam.
Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.
"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.
 
-KOSMO online-
 
-------------------------------------------------------gerai3abdul----------------------------------------------------------- 
 
KAH KAH KAH KAH KAH….
Baca elok2 berita kat atas ni siswa siswi
KERAjaan BN setuju tambah peruntukan PTPTN..
Penuntut universiti kene berterima kasih kepada pak menteri..
Susah payah dia p bentang kertas kerja tambah dana ni..
 
KAH KAH KAH KAH….
Apalah nasib rakyat malaysia dapat menteri lembab macam ni
Oi pak menteri..
Siswa siswi x nak tambah hutang  la pak menteri oi..
Pelajar suma nak mansuh.. lupus.. waive..tutup terus tabung ni..
buat pendidikan free sampai ke universiti..
 
Nampak gayanya suara siswa siswi x didengari
Suara mahasiswa tidak lansung difahami oleh pak menteri ni lagi
Pelajar minta mansuh..dia mesyuarat mintak tambah..
Ni yang kene buat sesuatu ni..
KAH KAH KAH KAH….
 
 
Kerajaan suka rakyatnya dihimpit bebanan hutang keliling pinggang
Umur 23 tahun lepasan ijazah sudah berhutang dekat 50K..
Tu belum masuk hutang nak beli kenderaan sebab public transport macam hampeh..
Ade hati lagi ke nak beli property spt rumah atau tanah?
dengan kadar upah yg tidak memadai..dengan harga brg yg makin lame makin tinggi...
KAH KAH KAH KAH…
 
Pesanan buat siswa siswi..kalo dah boleh mengundi sok2…pangkah le BN lagi..banyak lagi tambahan dana hutang siswasiswi….
KAH KAH KAH….
 
 
 
 
Sekian,
Assalamualaikum
Srikandi






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment