Monday, April 16, 2012

Re: RG2011... Ibu Berdoa Azmin Tinggalkan Anwar, Kembali Ke Jalan Benar

 

Sumber berita...Mstar?
Woi dah berapa kali dah si ummi cakap nak bongkar rahsia ni.. ?
Ker dia saja tunggu saat-saat akhir esok nak ngundi baru nak cerita, tujuannya tak lain agar fitnahnya tak sempat untuk dibalas. Tak sempat tak apa.. sebab Tuhan tetap punya kesempatan untuk itu.

--- On Mon, 16/4/12, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
Subject: RG2011... Ibu Berdoa Azmin Tinggalkan Anwar, Kembali Ke Jalan Benar
To: "respeks_group" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Monday, 16 April, 2012, 8:48 AM

 


 

Ibu Berdoa Azmin Tinggalkan Anwar, Kembali Ke Jalan Benar

Published by AIDCon April 10, 2012|16 Comments
 
 
PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
 
"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
 
"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
 
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
 
"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
 
"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.
 
"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu," katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.
 
Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata, ibunya telah memberitahu dia dan dua kakaknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.
"Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia," kata Ummi.
 
Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama berkata, dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
 
 
Ummi berkata, dia akan mendedahkan 'rahsia' serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 – Mstar
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment