Monday, April 23, 2012

Re: RG2011... Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.

 

kena setepek..
tulah makan duit gelap lagi
hati pun jadi gulita..
kesian mak ayah budak faizal ni..
dapat anak suka buat fitnah..


2012/4/22 Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
 

Buat pengetahuan Faizal ....... rumah pak mat ngan rumah Prof Shahnon dekat ajaaa , dan dia adalah sahabat baik pada bapa saudara pak mat  ................. Prof Shahnon bukan jenis yang kuat melatah atau seorang yang tak berpegangan seperti  HA ( hasan ali )  ...... Prof seorang yang mempunyai perinsip yang tinggi dan tak mudah berputus asa .......... dah nama pun Prof Emeritus  bukan prof kangkung atau prof swasta yang belambak sekarang  ......
Usah kau merepet Faizal .............. anak-anak Prof pun semuanya cerdik pandai , lain pak mat tak mau ulas cuma usah kau memfitnah dan mengadu dombaa wahai Faizal ............
Kang tak pasal-pasal engkoooo dapat dosa kering ............ tapi bagi puak UM  Noo ni kira ok sebab dosa kira satu bonuss bagi mereka .............
 
pak mat tempee

From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
To: Respek Group <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, April 21, 2012 3:17 AM
Subject: RG2011... Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.

 

 
Lewat sedar adalah lebih baik dari tak sedar-sedar…


Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.
Posted by The Unspinners at 4/16/2012
 
 
GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

"Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.

Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.
Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.

Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

"Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?

"Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP," katanya
 


 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment