Saturday, April 7, 2012

Re: RG2011... PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU

 

Salam alaik,

Bila Muhyiddin pakai fakta, iaitu ukuran yang telah dibuat oleh "pihak independent", agak payah nak didebatkan.

Namun kesangsian pada "pihak independent" itu, tetap ada, kerana kita tak tahu mereka ni BIAS atau tidak. DAN .... setiap kali ada acara WEF, pasti ada bantahan dari kumpulan belia dari seluruh dunia. Pada masa yang sama, WEF kelihatan begitu rapat dengan Malaysia. 

Oleh itu, saya kira, saya perlu dalami apa itu WEF terlebih dahulu dan siapa mereka di belakangnya sebelum memberi komen.

Buat masa sekarang, saya ingin bertanya beberapa soalan berdasarkan FAKTA yang ada.

KALAU MALAYSIA MEMPUNYAI SISTEM PELAJARAN LEBIH BAIK DARI USA, GERMAN, BRITAIN dan NOMBOR 2 DALAM ASEAN, maka mengapa:

1. Selama 2 tahun berturut-turut SEMUA APLIKASI PENUNTUT MALAYSIA GAGAL untuk mendapat sebarang tempat di HARVARD UNIVERSITY/COLLEGE. Sedangkan tiap-tiap tahun ada saja penuntut dari Vietnam, Thailand dan banyak lagi negara lain BERJAYA MASUK.

2. Selama beberapa tahun berturut-turut para MAJIKAN BERSUARA LANTANG, menyatakan kebanyakan GRADUAN MALAYSIA tidak cukup kebolehan untuk memenuhi keperluan industri.

3. Sehingga kini masih tiada produk KOMUNIKASI dan TEKNOLOGI yang dianggap harum sebagai JENAMA MALAYSIA. Malaysia lebih terkenal sebagai pengeluar Minyak Sawit, Sarung Tangan dan CONDOM. Kalau nak kata PANASONIC, ia adalah JEPUN.

4. Masih tiada lagi rakyat Malaysia yang terkenal dengant sebarang "GROUND-SHAKING and PHENOMENAL" scientific discovery atau outstanding social contribution sehingga mendapat  NOBEL PRIZE. Bangladesh yang mundur tu pun dapat Nobel Prize seperti Grameen Bank.

Cukuplah empat soalan ini dahulu untuk dijawab sebelum saya kemukakan lagi.

NOTA:
Dalam dunia, Malaysia lebih dikenali sebagai laman pergaduhan politik antara MAHATHIR dan ANWAR serta kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

Maka dalam bidang lain, kadang-kadang saya rasa Malaysia ni perasan lebih. Omputih kata jenis penyakit seperti ni sebagai " DELUSIONS OF GRANDEUR ". Seolah-olah macam orang dari negara lain ambik peduli sangat.

Mungkin penyakit perasan ni dijangkiti dari United Kingdom semasa negara tu lebih dikenali sebagai GREAT BRITAIN ( sebuah negara yang melakukan jenayah-jenayah besar terhadap penduduk asli dari barat hingga ke timur dunia semasa zaman kolonialismanya ).
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, April 7, 2012 11:24 AM
Subject: Re: RG2011... PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU

 
Pernahkan anda cuba untuk mengetahui bagaimana sistem gred itu diberi?
 
Sistem gred sebenarnya berdasarkan markah keseluruhan yang diperolehi calon yang mengambil peperiksaan. Secara mudah jika didapati markah tertinggi diperolehi ialah 70% maka sistem gred akan diselaraskan semula dan 70% diangkat sebagai gred A+. Ini mungkin bersandarkan kesukaran soalan pada tahun peperiksaan dengan angapan ianya lebih sukar berbanding tahun peperiksaan sebelumnya.
 
Itu yang saya difahamkan oleh pihak berkaitan, kalau salah tolong perbetulkan..


--- On Thu, 5/4/12, Fariza Abu Bakar <fariza.nor@gmail.com> wrote:

From: Fariza Abu Bakar <fariza.nor@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 5 April, 2012, 11:08 AM

ye lah tu
sbb klu periksa dpt 80% dah kira A... dulu 80an C.... memang bagus kan
semua A... klu dpt D berpa that % klu tak silap lebih 35%...kira lulus
gak tu... klu dulu 50% ke bawah failed....



On 4/4/12, A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my> wrote:
> Bab tu mak bapak la tuan Madi, kena bentuk....hari budak2 mana nak hormat
> orang tua2 dah...sedangkan itu sunnah
>
> From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
> On Behalf Of madi asmadi
> Sent: Wednesday, 4 April, 2012 10:19 AM
> To: respeks_group@yahoogroups.com
> Subject: Re: RG2011... PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU
>
>
> BETUL TU, TAPI MAKIN KURANG HARGA DIRI ADAB SOPAN SERTA TATSUSILA.
>
> ________________________________
> From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
> To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar
> <Kelakar@yahoogroups.com>
> Sent: Tuesday, 3 April 2012, 12:59
> Subject: RG2011... PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU
>
>
> Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin
> KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik
> berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan
> Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF)
> baru-baru ini.
> Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi
> kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua
> selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
> "Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti
> kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan
> rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya
> saing negara.
> "Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan
> kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan
> dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global
> pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival
> Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.
> Turut hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
> Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sektor pengajian tinggi adalah
> pemangkin kepada usaha melahirkan rakyat yang mampu menjana kemajuan dan
> pembangunan negara.
> Kemajuan dunia yang selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi telah
> menjadikan peranan sektor pengajian tinggi semakin kritikal, katanya.
> "Dalam konteks pembangunan negara, pembinaan modal insan berkemahiran dan
> berpengetahuan tinggi merupakan pelaburan terpenting yang menjadi teras
> kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif," katanya.
> Beliau berkata kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara maju akan ditentukan
> oleh keupayaannya membekalkan modal insan yang berpengetahuan dan
> berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan dalam industri-industri
> bersifat intensif ilmu.
> "Maka dalam konteks ini, pelaburan dalam sektor pendidikan adalah faktor
> paling kritikal dalam melahirkan modal insan yang diperlukan untuk memacu
> kemajuan negara kita ke tahap seterusnya. "Justeru dasar pembangunan modal
> insan negara pada masa kini bertumpu kepada usaha untuk melahirkan bakat
> atau 'talents' yang berilmu dan berkemahiran tinggi selaras dengan
> pelaksanaan Model Baharu Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi,"
> katanya.
> Dalam konteks itu, Muhyiddin berkata Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif
> peringkat tertiari diwujudkan untuk memacu ekonomi berasaskan inovasi dengan
> modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sebagai penggerak utama.
> Seiring dengan matlamat itu, amat wajar bagi institusi-institusi pengajian
> tinggi tempatan menawarkan kursus-kursus baru yang relevan dengan dasar
> transformasi negara, khususnya dalam bidang-bidang berkaitan dengan 12
> bidang ekonomi dunia negara, katanya.
> "Akses juga perlu diperluaskan kepada kursus-kursus yang mempunyai rantaian
> nilai ekonomi lebih tinggi seperti perbankan Islam, sains kesihatan,
> kejuruteraan termaju, sains dan inovasi serta hospitaliti dan pelancongan,"
> katanya.-BERNAMA
>
>
>
> ________________________________
> "For Business, For Growth, For Life"
>
> ________________________________
> The information in this e-mail and any attachments is confidential and may
> be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees
> and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be
> unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message
> and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking,
> guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on
> the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via
> letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views
> expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or
> record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of
> the Bank.
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    respeks_group-digest@yahoogroups.com
    respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment