Sunday, April 22, 2012

Re: RG2011... POLITIK BANGKANGAN YANG BERASAKAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

 

Fitnah??? bgtau sat yang mana??? fitnah DSAI??.. siapa nak maki hamun?? menjatuhkan maruah Najib yang dikaitkan dgn Altantunya? membikin kekacauan dgn memukul pelajar? bab haram yg mana? bgtau sikit... bangkangan dari setiap lapisan masyarakat tak kira Islam dan belum Islam..maka adakah bangkangan Bersih haram? disini fikrah Islami yang silap dan terlalu bias...wajib mentaati pemerintah yang taat kepada Allah SWT dan Rasul SAW..ikut Al-Quran dan Hadis...ini tolak hudud..tak mahu ada perancangan pun nak draf hudud dari pemerintah sekarang..ini semua mana boleh taat..kalau rumah pemimpin punyalah besar dan gagah..bertunang pun hebat belanjanya...mana boleh taat..kita tukar pemerintah..tolak BN dan jadikan mereka pembangkang...wajib taat kepada pemerintah Selangor , Kelantan, Penang dan Kedah sekarang betul tak? Jangan ikut telunjuk kerajaan menang majoriti mudah..Sokong kepada yang mahukan AL-QURAN dan Sunnah sebagai ikutan no wahid.

wassalam

On Sat, Apr 21, 2012 at 9:59 AM, amri el wahab <amriwahab@gmail.com> wrote:
 

Dipetik dari Fitrah Islami Online:

Ada para ulama berpendapat bahawa politik bangkangan dalam Islam merupakan satu keperluan sekiranya berlaku penyelewengan di kalangan pemerintah.Bangkangan perlu di lakukan oleh semua pihak samada dia berada dalam parti pemerintah, parti pembangkang, yang berparti dan yang tidak berparti sekiranya berlaku kesilapan dan kesalahan di pihak pemerintah.

Namun bangkangan bukan saperti cara yang diamalkan hari ini oleh parti parti pembangkang, iaitu dengan cara memaki hamun, memfitnah,mengaibkan dan menjatuhkan maruah .Tetapi wajiblah berbentuk memberi nasihat atau menggantikan dengan pemerintah lain tanpa perpecahan ummah, tanpa membikin kekacauan,mengangkat senjata dan pertumpahan darah yang haram di sisi Islam.

Dalam perkara kebaikan dan ketaatan rakyat wajib mentaati pemerintah untuk menjaga perpaduan ummah.

Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik di antaranya :

1. Mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.

2. Mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang di larang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.

3. Bangkangan atas asas nasihat beragama. Bukan kerana nak kuasa.Sabda baginda : " Agama itu nasihat". Para sahabat bertanya : untuk siapa?". Jawab baginda : " Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat".

4. Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.

5. Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.

6. Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun: " Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut". Toha : 43-44,

7. Berhikmah dalam mengatur strategi. Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan. Firman Allah : " Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik".an Nahl :125

8. Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda " dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela". Dan sabda baginda "Berkatalah benar meskipun ianya pahit".
Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: " Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya".

Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.

Wallahu'alam



===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.




--
Xstream-BOP

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment