Friday, April 13, 2012

Re: RG2011... Respons RG: PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU

 

Salah satu sebeb utama mengapa kebanyakan sekolah mementingkan pencapaian dalam keputusan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, semua ini kerana mana-mana sekolah yang gagal mencapai keputusan yang diharapkan pasti menjadi mangsa kementerian dipantau dan guru-guru dituduh tidak menjalankan tugas. Lebih malang lagi apabila analisis ini dibandingkan dengan sekolah yang berprestij seperti sekolah berasarama penuh, sekolah sains atau sekolah khas.. adilkan sebuah sekolah yang terletak jauh diceruk kampung dibandingkan dengan sekolah berprestij yang sudah tentunya memiliki prasarana yang lebih baik.
 
Setiap sekolah di Malaysia kini dirangking mengikut pencapaian akademik dalam satu garisan yang panjang tanpa melihat kategori sekolah bandar, luar bandar atau pendalaman. Analisis keputusan akan menentukan sekolah itu berada di tangga keberapa daripada beribu-ribu sekolah yang ada di seluruh Malaysia.
 
Selain daripada itu, bebanan tugas guru juga semakin bertambah daripada tugas utama mengajar dan menilai kini ditambah dengan tugas-tugas pekeranian. jika dulu 80% adalah mengajar dan menilai 20% lagi kerja-kerja lain, kini 80% kekal sebagai tugas mengajar dan ditambah lagi 60% tugas pekeranian. Tahukah anda dalam KSSR memerlukan setiap murid disertai dengan antara 15 - 20 fail berkaitan subjek dan lain-lain fail. Berapakah fail yang ada jika terdapat 100 orang murid.  

--- On Thu, 12/4/12, dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com> wrote:

From: dzayu03@yahoo.com <dzayu03@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Respons RG: PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 12 April, 2012, 10:53 PM

 

Saya suka bercakap pasal perkara ni. Apa yg ramai org tdak tahu mengenai sistem pendidikan ialah mengenai dasar pendidikan itu sendiri.

Ianya perlu dibaca dan dipelajari oleh semua bakal guru sebelum menjadi guru. Kalau dilihat dari segi dasarnya, semuanya yg dirancang memang hebat. Namun dari segi perlaksanaan agak sukar kerana setiap individu berbeza antara satu sama lain. Apa yg ingin saya nyatakan disini adalah sistem pendidikan yg ada amat menitik beratkan mengenai pendidikan setiap pelajarnya berkembang mengikut 'JERIS' - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

Setiap bakal guru diperkenalkan dengan sistem ini dan bagaimana mencapainya. Bagi mereka yg tidak berada dalam bidang perguruan/pendidikan (seperti saya) sukar utk mengetahuinya kerana kita tidak mahu ambil tahu. Melalui penilaian yg berdasarkan pemerhatian dan bacaan (artikel yg ditulis oleh reporter) tidak mencukupi utk kita bercakap mengenai sesuatu isu, itu yg saya rasakan, dan sebab itu saya mencari penyelesaiannya.

Bukan sekolah yg menentukan ' sistem pendidikan di malaysia nie melahirkan individu2 yang hanya mementingkan kejayaan akademik sahaja' tetapi permintaan ibubapa! Pernah tak bertanya kenapa perlu hantar anak2 ke pusat tusyen? Tidak cukupkah apa yg diajar di sekolah?
Guru kurang bagus? Sekolah kurang bagus?

Pasti ibubapa yg mempunyai anak mahukan anak2 berjaya tapi terlupa utk turut serta mendidik anak menjadi insan yg berguna disebabkan mengejar duniawi. Cuba bandingkan seorg guru perlu mendidik 40 org murid pada satu2 masa! Kita yg mempunyai anak 5 6 org pun dah pening bayangkan guru tadi...

Anak2 yg mempunyai keluarga yg bermasalah dan kurang perhatian dari ibubapa akan menimbulkan masalah kerana perlukan perhatian dari guru dan rakan-rakan. Apabila guru (manusia biasa) melakukan denda atau merotan, ada ibubapa yg melenting!

Ramai ibubapa yg datang ke sekolah dan berharap guru dapat membimbing anak mereka kerana mereka sudah tidak mampu utk menjaga anak mereka sendiri.

Saranan saya, cubalah selami hati guru2 sekolah anak2 kita, hadirkanlah diri pada acara2 yg sekolah anjurkan, libatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah, insyaallah anak kita akan menjadi seorang yg membanggakan kelak. Kita mulakan sekarang utk sistem pendidikan yg lebih baik pada masa akn datang.

Kenapa kena ubah sistem sedangkan kita sendiri tidak berubah? Adakah kita juga gagal dibentuk menjadi seorg manusia yg baik kerana sistem yg sama digunakan? Fikir2kan lah

Sekian.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

From: Noraliza Alwi <noralizaalwi@ymail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 11 Apr 2012 15:54:28 +0100 (BST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Respons RG: PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU

 
Sejak dari dulu lagi dah kena tukar, bukan tukar semua, tapi perbaikkan yang mana kurang.contohnya lebih penekanan kepada pendidikan akhlak dan rohani. Sebab 2 ni membentuk peribadi..jadi anak2 kita lebih lengkaplah pendidikan akademik dan rohani..
 
Noraliza Alwi
 

From: "Geng@yahoo.com" <Geng@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 9 April 2012, 14:22
Subject: RG2011... Respons RG: PENDIDIKAN MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI NEGARA2 MAJU

 
From: Datuk Bendahara datukbendahara69@yahoo.com
Kalau sistem pendidikan Malaysia lebih hebat dari negara maju, kenapa Menteri Pelajaran hantar anak dia ke sekolah antarabangsa dan tidak sekolah kerajaan?

 
sori bro...celah sikit.....sebenarnya kalau bro perasan sistem pendidikan di malaysia nie melahirkan individu2 yang hanya mementingkan kejayaan akademik sahaja....nilai2 kerohanian dalam sistem pendidikan itu sendiri dah makin kurang bro....itu sebab budak2 sekarang dah advance n buat bende2 yang tak pernah kita pikir sebelum nie....kalau bro kaji balik bila sistem pendidikan kita nie dah jadi macam nie kesan jangka panjang ialah generasi kita yang akan datang....contoh...ibu bapa sekarang nie dah ada yang kije dari pagi sampai petang hanya untuk memastikan kelangsungan hidup, anak2 kebanyakannya ditinggalkan dengan pengasuh.... banyak kes2 disiplin yang berlaku di sekolah melibatkan masalah ibu bapa di rumah....memang sistem pendidikan kita perlu ditambah baik bro tapi perlu selitkan kerohanian jugak....dan kalau bro baca paper ari tue TPM umum nak buat transformasi sistem pendidikan tetapi panel perancangnya kebanyakannya bijak pandai yang berada pada level yang tinggi bro...sepatutnya Kementerian gunakan sumber guru2 untuk merancang kurikulum pendidikan bukannya bijak pandai yang berada di luar lingkungan pendidikan......bro pikir2kan laaaa...


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment