Wednesday, April 4, 2012

Re: RG2011... Tambah Subsidi Minyak, Buat pembangkang NAIK MINYAK

 

menarik persoalan ni............

Anda tahu tak berapa hutang negara Malaysia tercinta sekarang?

xtau la hutang malaysia brape....tp ade ke negara yg x berhutang dgn
bank dunia tu..yg lg teruk bnyk lah..

anda tahu bahawa...kerajaan kesayangan anda telah meminta bajet
tambahan sebanyak rm148billion ringgit Malaysia..kat mana nak cari
duit sebanyak tu dlm masa singkat?

pinjaman tuk project kerajaan juga rasanyer...tuk rakyat gak....sape
rakyat tu.. sume la xkire penyokong pas ke dap ke umno ke bn ke...pkr
ke....sume guna rasanye......

dan anda tahu tak...bahawa wang epf berjumlah rm50billion telah diguna
pakai setakat 29hbmarch 12 ?

wang epf pakai?? komfem ke? tp stakat ni xpernah lg ade kes org pencen
xdpt duit epf...siap modify umah beli kete lg adelah...

dan anda tahu tak kemana wang royalti minyak digunakan?

yg ni sy pun xtau lah...tp tgk negara kt sentiasa membangun
je...skarang makin bnyk kemudahan...skurang kurangnya hampir sume
rakyat dpt..walopun x xume dpt..bandingkan je dgn negara2 jiran kt..yg
relevan.....

dan anda tahu tak kenapa subsidi minyak ditambah ketika kerajaan tak der duit?
lain kali selidik....atau tak pun jengah2 lah ke parlimen..semua ada
dibincangkan..cuma tak masuk surat khabar....tv...

mmg complicated yg ni.....nak jejak parlimen mmg mmg xlah...tp tu da
keje dorg dok bebahas...tp hasilnya bahas n debat tu la ade keputusan
yg baik..xgitu.... kerajaan ade duit ke xde ke...yg penting kerajaan
skarang STILL cuba kurangkan beban rakyatnya....sedangkan negara lain
yg mane minyak naik tu...siap ade pertempuran lg...sy bukanlah
penyokong kuat umno/bn.....atau mane2 parti... tp bersyukur dgn ape yg
ade...yg baik kt sokong...yg xbaik tu kt tegor cara baik... xperlu
smpi nak mengutuk..mengaibkan org...

On 3/29/12, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:
> Tambah Subsidi Minyak, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap
>
> * March 28, 2012 · 0leh Adamyan [mykmu.net] *
> [image: harga-minyak-kekal]
>
> DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara
> kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan
> menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah
> dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.
>
> Silap-silap kosnya mau memakan bilion.
>
> Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi
> - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan
> luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi. Pancing undi juga tapi
> sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.
>
> Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang
> laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami
> ini janji, buatnya belum tentu. Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31
> janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang
> mengalami banyak masalah sekarang ini.
>
> Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak
> menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).
>
> Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
> menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil
> berat. Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan
> Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan
> pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.
>
> Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan
> Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang
> ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.
>
> Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi,
> penyelewengan sana sini dan sebagainya.
>
> Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan
> dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.
>
> Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti
> sekarang, itu adat. Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela
> gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat. Sampai satu masa kerajaan
> akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat
> mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.
>
> <http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2012/01/Subsidi-Minyak-Januari-2012.01.jpg>
>
> Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada
> paras mana yang mereka janjikan sekarang. Kalau depa berani, dah lama
> disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras
> sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
>
> Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.
>
> Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang
> berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang. Lihatlah apa yang
> berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura
> kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan
> melainkan rakyat dari republik tersebut.
>
> Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah
> yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang
> kurang berkemampuan tidak diketepikan. Ini yang penulis sebutkan
> keseimbangan. Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?
>
> Adakah kerja ini mudah? Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya
> mengawalnya dengan baik. Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.
>
>
>

--
meeLo ei$
peace !!!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment