Saturday, April 21, 2012

RG2011... Fw: Hamidah hantar utusan untuk mengugut blogger

 


Hamidah hantar utusan untuk mengugut blogger
 
selatanonline
Blog www.ajijoi.blogspot.com

IPOH (17.04.12): Pagi ini sedikit gempar apabila menerima panggilan kecemasan daripada ibunda saya, terketar dan panik sekali bunyi suaranya kerana ada utusan daripada Hamidah yang datang ke rumah ibu saya untuk berjumpa dengan saya. Sangat penting, katanya. Tempoh untuk datang diberi sehingga jam 10.30 pagi sahaja, jika tidak pihak polis yang akan datang untuk menggari dan menangkap saya, begitu menurut kata utusan Hamidah itu kepada kedua ibu bapa saya. Perkataannya itu amat merisaukan hati kedua orangtua itu.

Blogger Al-Husseyn saya ambil sebagai peneman dan saksi sebelum ke rumah ibu saya. Setiba di sana, dua orang utusan yang amat saya kenali, malah lebih tepat lagi, salah seorang yang menjadi jurucakap tadi adalah rakan bapa saya sekampung sedari kecil lagi. Dan kedudukannya di dalam masyarakat, amatlah berpengaruh sekali. Siapa dia? Biar kita gelarkannya hanya sebagai 'utusan' sahaja sepertimana pengakuannya sendiri. Dengan Al-Husseyn pun memang kenal rapat.

Selepas bersalaman dan bertegur sapa, saya tanyakan perihal kedatangannya itu. Menurutnya, beliau diutus oleh Hamidah Osman untuk berbincang dengan saya agar saya bersetuju untuk menarik kembali tulisan di blog saya mengenai siasatan SPRM terhadap Hamidah. Tulisan tersebut boleh dirujuk
[DISINI]. Menurutnya lagi, Hamidah amat terganggu dengan tulisan pendedahan tersebut. Tidak betulkah apa yang tertulis di situ?, tanya saya. Jawapnya, betul atau tidak, beliau hanya datang untuk menyampaikan pesanan Hamidah. Dan sambungnya lagi, jika saya tidak memadamkan entry tersebut daripada blog dan memohon maaf kepada Hamidah, tindakan selanjutnya akan di ambil.

Saya mengingatkan beliau akan seriusnya ugutan awalnya tadi untuk menghantar polis menangkap saya dan saya tidak akan memadam apa yang telah tertulis di blog kerana ianya adalah daripada maklumat yang diperolehi.

Selepas berbual panjang lebar dengan bapa saya dan Al-Husseyn, akhirnya beliau meminta diri dan katanya akan kemukakan keputusan saya itu kepada Hamidah. Saya juga sempat berpesan kepada 'utusan' tadi untuk disampaikan kepada Hamidah mengenai blog mereka, Sg Rapat Online yang begitu biadap menggunakan perkataan-perkataan kesat dan kasar, carut-mencarut, memaki hamun dan suka mereka-reka cerita agar lebih berhemah sebagaimana bahasa dan budaya orang-orang Melayu sejati.

LAPORAN POLIS

Selepas merujuk kepada rakan-rakan dan peguam, satu laporan polis terhadap apa yang berlaku pagi tadi itu telah dibuat untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa-apa ancaman dan tindakan oleh mana-mana pihak. Satu Repot Am dikeluarkan dan saya dinasihati agar terus menghubungi balai polis jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini.
 
Penulis sedang membuat laporan di Balai Polis Kg Rapat
 
 
Rakan-rakan yang menemani saya untuk membuat laporan
 
Posted by aya

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment