Wednesday, April 4, 2012

RG2011... Fw: Kalau tak undi BN, selamat RM5 juta

 

----- Original Message -----
 

Kalau tak undi Umno BN, boleh selamat RM5 juta duit rakyat

penarikbeca.blogspot
 
 
Sudah lama tak menulis. Ada kawan kata, kedai kalau bukak tutup, bukak tutup, lama-lama orang tak mai. Mampoih pi lah!

Tidak sakit. Tidak juga bangsat melarat. Boleh lagi hidup. Tapi meluat. Tak meluat apa kalau "Parti Islam menang, taghut mustakbirin yang memerintah"!

Baru-baru ni seorang kawan nak bersembang politik atas kereta dengan saya. Perlahan-lahan saya tukar tajuk kepada bersembang bab seks (seks yang halal la). Bila aku tengok dia semacam, aku bagi tau dia, "la ni (zaman parti Islam menang, taghut mustakbirin yang memerintah), baik bersembang bab seks dari sembang politik".

Baru dia faham dan tergelak besar.

Hari ni menulis jugak sebab Bersih 3.0 dah dicanangkan. Takkan nak duduk diam.

Rakyat perlukan Bersih 3.0 untuk memastikan pilihan raya yang adil dan bersih. Jika tidak, selagi itulah Umno perintah.

Sebut fasal Umno, teringat baru-baru ni naik sebuah pejabat Umno bahagian sebab nak ambik baucer BR1M ibu mertuaku. Saya tak mintak BR1M haram jadah tu. Terpaksa pi ambik sebab saya tak berani kecewakan dia. Mak mertua pun kalau dia tak redha kat kita, takut tak cium bau syurga kot. Sambil naik pejabat Umno tu, saya baca doa "Allahummal'anil jibta wat-taghut" (Ya Allah, laknatkanlah yang berlagak tuhan dan yang melampau).

Bila orang sebut nama Nabi, kita bersolawat. Begitulah juga, bila orang sebut nama atau ternampak Umno, saya baca doa itu la.

Cakap bab pilihan raya, saya akui, parti lain pun penyamun jugak. Macam yang selalu saya tulis sebelum ni, kalau undi parti lain pun, dia sapu jugak kalau jadi kerajaan. Tapi, oleh kerana dia baru dan tak cekap sapu lagi, dia tibai dalam RM5 juta ja. Umno pulak, dah tak larat nak tengok dah kelaku jahat dia. Tak ada batasan. Kurang-kurang pun dia rembat RM10 juta.

Sebab itulah, kalau kita tak undi Umno dan Barisan Nasional (BN), kita boleh selamatkan RM5 juta wang rakyat dan negara. Lebih baik dapat selamatkan RM5 juta dari tak selamat langsung.

Parti lain juga mudharat ke atas kita semua. No question about that. Tapi Umno adalah mudharat terbesar yang tidak ada tolok bandingnya dalam negara ini.

Mudah-mudahan kita semua tak mati sebagai penyokong Umno.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment