Tuesday, April 10, 2012

RG2011... Fw: Lampu Hijau Untuk BERS✔H 3.0

 



----- Original Message -----

Berita terkejut !!

batuvskayu.blogspot
 
Berita aku kutip dari Malaysia kini

Berita terkejut auwwWWW !! menteri jaga keselamatan dalam negeri bercakap di ruang legar lobi Parlimen membernarkan Perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Wa ka ka ka musykil aku  ...comfius aku ...betul ke ini mimpi atau realiti..kah kah.

Woi adakah ini kali kita akan kena tipu  lagi ?atau pun memang kerejaan dah berlembut ?

Masih ingatkah  Bersih 2.0 mula Halal di Stadium Merdeka kemudian jadi haram...wa ka ka 

Ramai yang jadi mangsa , yang kena ketuk ,yang  kena kejar ,kena pancut...

Hatta ada yang meninggal akibat kesesakan bernafas..

Aku harap berita baeek ini akan berkekalan dan mengembirakan penganjur Bersih 3.0

Jangan jadi hangat hangat taik ayam bila semua program rancak diatur yang halal jadi haram pula.

Haram atau halal tutut bersih 3.0 tetap diteruskan sebelum pembubaran Parlimen berkemungkinan 

jun ini.

Tapi baca berita bawah ha ha ha ha punca segala punca wa ka ka ka 


BERSIH 3.0: Polis masih 'tiada komen'

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.


"Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu.

Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan.

Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan kepada mereka secara rasm


 

Boleh Caya Ke Berita Ini..??

karatijau.blogspot
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 kerana menyifatkan ia bukan sebagai isu yang boleh mengancam keselamatan negara.
Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan berharap penganjur memastikan perhimpunan itu dilaksanakan dalam suasana aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat.

"Kerajaan tidak melihat rancangan Bersih ini sebagai isu keselamatan.
"Bersandarkan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan ini selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang yang telahpun digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
"Sebab itu semua yang terlibat boleh berhimpunan tapi perlu memastikan jangan sampai menjejas dan menyusahkan orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan perhimpunan yang membabitkan demonstrasi jalanan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan 'Duduk Bantah' yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Selain itu Hishammuddin berkata beliau berharap penganjur dapat bekerjasama dengan polis bagi memastikan perhimpunan terbabit dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya nak mencadangkan agar penganjur bekerjasama dengan polis untuk menentukan tempat yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu supaya jaminan keselamatan orang ramai dapat diberikan.
"Kita nak beri kebebasan untuk berhimpun tapi janganlah sehingga menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment