Sunday, April 15, 2012

RG2011... Fw: Pesta banjir, pesta bantuan dan pesta publisiti..

 



----- Original Message -----

Dato Seri Nizar Jamaluddin Datang Seawal 5 Pagi Bantu Mangsa Banjir Di Kampar

perak.pas.org


Kampar,13 April, Dato Seri Nizar Jamaluddin bergegas ke daerah Kampar berikutan banjir besar melanda sebahagian besar daerah di selatan Lembah Kinta itu semalam.

Beliau yang mendapat maklumat seawal jam 5 pagi ditemani isterinya,Datin Seri Fatimah Taat dan anggota jabatan amal serta pimpinan PAS kawasan Kampar berusaha membantu mangsa yang terjejas

Menurut pandangan profesional Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai seorang jurutera yang bertauliah, aliran air sungai tersekat oleh kerana pemendapan pasir di tebing sungai yang runtuh menjejaskan paras air yang mudah meningkat. 

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang,  Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyatakan,kerajaan negeri , melalui Majlis Keselamatan Negeri perlu menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.

Beliau turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Tambah beliau lagi, dipercayai aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa dikhuatiri turut menyebabkan banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.

Beliau juga menyatakan, jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan dikerah untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara yang menggunakan surau dan rumah petugas dan ahli PAS Kampar.

 

Dato Seri Nizar Jamaluddin sendiri memasak makanan untuk mangsa yang terjejas.

Jabatan amal PAS  yang mengagihkan tugasan juga telah membuat perancangan rapi bagi memastikan seluruh mangsa mendapat makanan, termasuklah petugas banjir, media yang membuat liputan tanpa mengira fahaman politik.

 

 

 

Bah Besor di Kuala Dipang

cenangau.blogspot
Oleh: Pak Long Jali.


Macam ni teruk le teman Yop. Baru balik Gerik, malam kene keghoje. Tapi nasib baik le kat Malaysia ni baguih sikit sebab semua terbalik. Ostad yang patut ngajor budak pasei akhlak, deme pun ada yang tak berakhlak. Polis yang patut jaga keselamatan, deme pulak mukui orang. Pemimpin Umno yang patut jaga rakyat, deme juga melantak duit rakyat.

Jadi, teman rasa tak salah le kalau teman jadi Jaga, tapi keghojenye tido.

Balik dari Gerik, teman pegi keghoje. Pukui dua belas, teman mula megholoh sampai pukui tiga pagi. Lepaih tu kawan teman pulak tido. Begilio le.

Pukui enam pagi, kawan dari Kuala Dipang nalipon teman suruh datang ke Kuala Dipang.Ghopernye ada bah besor.
 
"Pak Long! Tak ndak melawat Kuala Dipang ke?" Budin dari Kampung Nyior nalipon teman. Ada ke subuh sepi'e dah nyuruh oghang datang ke Kuala Dipang. "Kak Midah dengan Zambry pun gerenti datang melawat petang ni."

Ape ke peghonjang Kak Midah nak melawat Kuala Dipang? Nak kata musim buah ceghopu, idak lagi.

Budin bagi tau jangan datang naik keghete. Jalan jem katenye. Habih keghoje pukui 7 pagi, teman telepon kawan mintak pinjam moto. Nasib baik le ada Honda Cub kawan bagi pinjam. Teman pun teghuih ke Kuala Dipang. Patutnye, Kak Midah kena bagi teman moto sebiji macam ni, senang le buat promosi Tahun Melawat Perak.

Sampai Kuala Dipang, oghang dah ghamei. Teman pun tongkat moto tepi jalan, pukui kaki le. Tiba-tiba nampak Yob Nizar tengah meghanduk ayor.

Teman berdighi kat ataih jalan je le. Takut basah seluor.

Nak merayo kat kampung-kampung tu, bukannye teman gheti sangat. Nasib baik le ada bebudak Unit Amal tolong bawakkan. Teghuk Yob.

Tapi macam mana boleh jadi macam ni? Apa puncanya?

Mat anak Pak Meran bawak teman ke tepi Sungai Kampor. "Ban pecah, Pak long." katanya.
Ghopernye, Kampung Batu 20 tu betui-betui kat gigi ayor. Kat gigi sungai tu ada tebin yang menjadi jalan orang kampung. Bila ban tu pecah, ape lagi, menyembor le ayor masuk kampung. Tu paseinya ramai oghang kampung yang tak sempat nak angkut kain baju. Memasing laghi selai sepinggang.

Gambor kat ataih tu kat Batu 20. Ataih sikit dari Batu 20 tu..ada satu tempat lagi ban pecah.

[Baca selanjutnya di MediaPerak.com]
Cenangau Daunkari

 
Orang BELASAH:
  1. Ban pecoh komer... lain kali hati2. Harap semua selamat iyer...

 
 
 

Bah Besor di Kuala Dipang

Dibelakang rumah tu ade nampak ban kan? Ban tu la yang pecah. Dan kalau tengok belakang ban tu, ayor sungai lebih tinggi dari paras lantai rumah. Bila Ban tu pecah, ayor pun teghuih masuk. Rumah ni tak boleh nak buat apa dah, kena roboh dan buat baru. Tapi mana tuan rumah nak ceghoko duit dari mana?

Teman nak dengo kot-kot Kak Midah atau Zambry umum peruntukan RM5 juta untuk baikpulih rumah mangsa banjir ni. Kalau nyambut Najib pun boleh belanja RM10 juta, tak kan nak tolong mangsa banjir RM5 juta tak boleh kot?

Sebeghang Sungai Kampor tu ada satu lagi rumah yang dalam bahaya. Entah hari ni atau esok, kalau hujan lebat lagi, silap-silap rumah tu pulak hanyut.

Daghi teman kecik sampai le dah tua ni, Sungai Kampor ni baghu sekali bah. Tu pun agaknya 30 tahun dulu. Tolong le tengok-tengok kat ulu sungai tu, entah-entah ada oghang nebang balak ke, oghang buat ladang kelapa sawit ke.

Bukan pasei ape Yop, kesian negok oghang kampung yang terpaksa tido kat sekolah. Baghang-baghang hilang. tinggal sehelai sepinggang.

Oghang lain yang makan untung duit balak, oghang kampung yang meghana.

Teman takat nengok je le. Nak ngulor duit, teman pun tak mandang. Sesapa yang ada duit lebih tu, ada pakaian lebih tu, ada rezeki lebih tu, hulor-hulor le sikit.

Kalau lalu kat Kuala Dipang tu, kalau dari Ipoh, sampai kat Balai Polis Kuala Dipang tu slow sikit. Depan tu ada orang juai tembikai. Depan orang juai tembikai tu ada pondok.

Kat belakang banner tu ada tabung. Kalau tak ada duit lima ringgit, bagi sepuluh. Teman sughuh deme buat tabung, kot-kot ada oghang luor yang nak ngulor duit masuk bank. Deme bagi nanti, teman suruh MSK tulih kat Mediaperak.

Apa pun, teman tabik la kat baju merah Jabatan Amal. Oghang lain sibuk nyambut Zambry dan Kak Midah berposing depan mangsa banjir, deme tonggang langgang nolong oghang kampung mencuci rumah.

Letih Yob, bila kena ayor bah macam ni. Usah kata oghang yang buat keghoje dan mangsa yang tak bernasib baik, teman berjalan nangkap gambor pun tak laghat Yop. Hari tu kat Gerik heboh oghang Gerik tak ada ayor pasai loji ayor runtuh.. Lepas sehari, tangki ayor kat MRSM pulak runtuh. tiba-tiba kat Kuala Dipang pulak dah belebih ayor sampai rumah yang runtuh.

Teman nak nengok, bila pulak Ameno yang runtuh.

(Bagi mereka yang ingin membantu mangsa-mangsa banjir Kuala Dipang, boleh membuat sumbangan terus kedalam akaun Ambank 0710 0200 0243 6 atas nama Pembangunan PAS Kampar . MSK)

**Lagi maklumat tentang banjir di Kuala Dipang yang sentiasa dikemaskini oleh Blogger Mediaperak di Kampar yang boleh dilawati disini. Kopitarikaw2.blogspot.com

Filed Under: Dari MediaPerakPak Long Jali

 
 

Pesta banjir, pesta bantuan dan pesta publisiti..

Banjir kat Kampar ni dah dua hari nak masuk tiga hari dah pun. Paras air ada penurunan tapi masih lagi dalam keadaan berjaga2 kerana cuaca yang tak menentu. Hakisan tebing sungai turut menggusarkan penduduk kat kawasan tu. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyusutkan paras air yang agak tinggi hingga ada rumah yang tenggelam hanya menampakkan bumbung sahaja.


Wa hanya sebagai pemerhati sesambil hulurkan bantuan sekadar yang termampu ni tengok bermacam2 gelagat dan karenah manusia sepanjang musibah ni melanda penduduk kat kawasan tu.


Dan yang paling mencuri perhatian wa bila berbagai2 agensi bertungkus lumus menghulurkan bantuan termasuk dikalangan parti politik dan NGO2 yang ada kat Malaysia ni. Bagi wa kalau la sifat ni boleh diteruskan tanpa perlu ada musibah yang melanda kan lagi bagus.


Bantuan dihulurkan tanpa mengira ideologi politik yang berlainan dan kerjasama antara parti dan NGO2 yang pro kepada Pakatan dan Umno/BN pun kelihatan. Yang paling mencuit hati wa bila malam tadi semasa pengagihan barang keperluan dilakukan dari rumah ke rumah yang mana paras airnya dah surut, wa nampak yang menjadi 'kepala'nya Ketua Pemuda PAS kampung tu dengan bermotosikal manakala diekori oleh geng2 Umno dan Perkasa di belakang dengan menaiki 4X4


Cerita yang disampaikan kat wa ialah bagaimana geng2 Umno/Perkasa ni tak tahu macam mana nak agihkan barang tu. Jadi Pemuda PAS dan Unit Amal memberi idea dan tunjuk ajar bagaimana bantuan tu boleh di salurkan.


Dalam menghadapi musibah ni pun ada hikmahnya bila mana musibah ni boleh menjadi pengerat kerjasama dan mengenepikan buat sementara waktu permusuhan ideologi. Dan kredit wa bagi kat Unit Amal PAS, Pemuda Umno/BN (walapun banyak pengarah dari yang buat kerja), Dapsy dan NGO2 yang terlibat. AMK wa tak perasan pulak ada ke tidak. Mungkin AMK low profile sampai tak nampak kelibat mereka semasa banjir ni.


Disebalik kerjasama yang memberi sedikit keceriaan kepada penduduk ni, masih wujud golongan manusia yang suka mengambil kesempatan atas bencana yang melanda. Banyak jugak barang2 berharga yang hilang termasuk sebuah Perodua Viva yang lesap entah kemana. Hilang dibawa arus atau di 'ghaib'kan oleh seseorang


Bagi pemimpin parti politik pulak, ini la masanya mereka hendak menunjukkan keprihatinan mereka. Dan kebiasaan pimpinan Umno/BN ialah dengan menghulurkan bantuan wang ringgit seolah2 duit tu mereka yang punya. Hari ni MP Tapah, YB Saravanan mengagihkan bantuan kewangan sebanyak RM500 untuk setiap keluarga yang menimpa bencana ni.


Semalam Adun Chenderiang dan Adun Air Kuning melawat penduduk dan diikuti pada sebelah petangnya pulak MB Umno, Zambery Kadir turut melawat penduduk. Lawatan hanya dekat pusat pemindahan sementara saja la.Tapi YB2 dari Umno/BN tak mampu nak tandingi kehebatan MB Pakatan Rakyat, Haji Nizar Jamaluddin bila mana dia hadir dengan menaiki motosikal bersama isterinya


Bukan setakat melawat mangsa banjir sahaja malah turut sama ber'main' air dan lumpur banjir. YB2 dari Umno/BN siap berpayung bagai. Bagaimana mereka nak rasai apa yang dialami oleh penduduk kalau tak turut sama dalam banjir tersebut kan?


Dan sikap Haji Nizar ni betul2 membuat kebanyakkan penduduk terpegun. Bagaimana seorang bekas MB (bagi wa still MB) tanpa memperdulikan apa2 terus masuk kedalam air sambil membantu apa yang termampu


Wa memang salute habis la kat Haji Nizar sebab betul2 membuktikan yang dia seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Malah wa rasa dia jer la MB pertama yang datang ke kawasan bencana bermotosikal bersama2 dengan isteri dia. Dan sememangnya jawatan MB tu akan tetap kekal untuk dia selepas PRU 13 nanti. Insya'allah..


 comments:
 
Anonymous
  1. ya sokong hj Nizar diangkat kembali jadi MB Perak.
    Rakyat Perak rugi teramat rugi dibawah pentadbiran sekarang.
    Mat salleh kata " If BETTER possible GOOD is not enough ".
 
  1. Anonymous

    cerita yg berlegar di kalangan mangsa yg tidak ke pusat pemindahan.Pemimpin kerajaan berlegar di sekitar pusat pemindahan.Utk glamour kata mreka.Tp pujian bnyk di tuju kn kpd MB Nizar dn petugas PR.Mreka ke rumah mangsa utk mnyampai kn bantuan dn membantu membersih kn rumah.Itu yang terkesan di hati mangsa

 

Gambar Sekitar Banjir di Kampar

jueara74.blogspot
 











 
mAklong mendoakan agar mudah2an ALLAH memberikan kesabaran di atas mereka yg ditimpa ujian ini dan digantikan dengan perkara yg lebih baik. amin. Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sana bolehlah inbox message di fb Halimatun Abd Wahab.

Allah SWT Berfirman:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (QS Al-Anfal : 25)

WAllahua'alam ....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment