Thursday, April 12, 2012

RG2011... iklan: Peluang untuk anda membina akaun persaraan ke 2

 

Assalammualaikum


Tidak dinafikan yang rakyat Malaysia sekarang ini sudah mula terbuka  minda mereka untuk mengetahui secara lebih detail mengenai simpanan dalam Unit Amanah TANPA melibatkan TUNAI iaitu dengan menggunakanAKAUN 1 , KWSP.

Terdapat 35 buah Syarikat Unit Amanah di Malaysia yang menyediakan perkhidamatan simpanan dalam unit amanah dengan mengeluarkan wang dari KWSP TERMASUK MAAKL MUTUAL BHD

Masih ramai yang kurang jelas tentang bagaimana transaksi keluar masuk  wang dari KWSP itu berlaku menyebabkan timbul rasa takut duit hilang, duit hangus, ditipu, rugi terus dan sebagainya.

InsyaAllah, anda semua boleh memanafaatkan ruangan ini sebaik baiknya agar tiada lagi kekeliruan dan salah faham tentang jaminan keselamatan dan ketelusan suatu transaksi itu berlaku seperti yang terkandung dalam aturan KWSP dan Bank Negara.

Wang caruman kita dalam KWSP terbahagi kepada 2 Akaun iaitu 70% akan dikreditkan ke dalam akaun 1 dan baki 30% lagi akan masuk ke dalam Akaun 2. Contoh penyata di bawah ini menunjukkan bagaimana caruman KWSP kita akan diasingkan mengikut akaun 1 dan 2.
KWSP telah menetapkan bahawa setiap akaun 1 dan 2 ini mempunyai peraturan pengeluaran yang berbeza antara satu sama lain sebagaimana
berikut:

Pengeluaran dari Akaun 1 :

  1.    Kematian
  2.    Hilang upaya
  3.    Meninggalkan negara
  4.    Pesara pilihan
  5.    Bayaran tambahan pencen
  6.    Cukup umur persaraan 50 tahun atau 55 tahun
  7.    Pengeluaran simpanan melebihi 1 juta
  8.    Pelaburan unit amanah


Pengeluaran dari Akaun 2:

  1.    Membeli/membina rumah pertama dan ke-2
  2.    Mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan pertama & ke-2
  3.    Menyambung pengajian/pendidikan
  4.    Bil-bil perubatan/kesihatan
  5.    Ansuran bulanan pinjaman perumahan


Ketahuilah para pengunjung semua bahawa Akaun 1 dan Akaun 2 tidak mempunyai sebarang kaitan.Sila rujuk dibawah:-

1) Pengeluaran serentak dari Akaun 1 dan Akaun 2 boleh dilakukan dalam waktu yang sama kerana tujuan adalah berbeza.

2)Pengeluaran Akaun 1 untuk pelaburan unit amanah tidak menjejaskan jumlah wang anda dalam Akaun 2 kerana amaun pelaburan anda hanya ditolak dari Akaun 1 sahaja.

3)Setiap pengeluaran untuk pelaburan unit amanah tidak sedikit pun menjejaskan caruman anda ke dalam akaun 1 & 2 pada caruman berikutnya kerana polisi caruman KWSP adalah tetap iaitu 70%:30%. Kiraan jumlah amaun untuk pengeluaran pelaburan unit amanah adalah berdasarkan wang yang terdapat dalam akaun 1 sahaja yang ada pada masa pengeluaran dibuat dan bukan daripada kesuluruhan amaun yang ada bagi kedua-dua akaun tersebut.

4)Sekiranya anda menjual semua unit amanah yang anda labur sebelumnya dengan menggunakan wang KWSP, semua syarikat-syarikat unit amanah ini
akan mengkreditkan semula semua wang tersebut termasuk keuntungan modal serta dividen yang diberi ke dalam akaun 1 and dan bukan
dibahagi 70% : 30% kerana ianya langsung tidak berkait dengan akaun 2 anda.

Sebarang keuntungan yang diperolehi tidak boleh dikeluarkan / dirasai sehingga anda cukup umur pencen 50 tahun atau 55 tahun atau anda termasuk dalam 8 kategori jenis pengeluaran akaun 1 yang dinyatakan di atas.

Diharapkan huraian di atas akan menghilangkan salah faham terhadap konsep pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan unit amanah. Tentunya anda amat mengharapkan pelaburan yang menguntungkan kerana tiada seorang pun (termasuklah saya) yang melabur untuk rugi.

Strategi terbaik dalam pelaburan unit amanah bagi pulangan yang paling tinggi pada kadar risiko yang paling rendah ialah TEMPOH SIMPANAN.
Bukti jelas menunjukkan pulangan bagi suatu pelaburan dalam suatu jangkamasa yang lebih panjang akan menghasilkan pulangan yang lebih
tinggi pada kadar risiko kerugian yang paling rendah.  


Pilihan anda untuk membuat simpanan dalam Unit Amanah bukanlah untuk menjadikan anda seorang yang tamak dan tidak bersyukur dengan pulangan KWSP 5%~6% itu . Ini adalah salah satu alternatif yang dibenarkan oleh pihak Kerajaan sejak tahun 1996, agar para pencarum mempunyai tempat simpanan yang lain untuk menggandakan simpanan persaraan.

Pilihan di tangan anda, kami tetap menghormati keputusan anda kerana itulah ETIKA yang mesti diamalkan oleh mana-mana wakil syarikat yang dilantik secara sah dan bertauliah.

Semoga maklumat ini banyak membantu anda semua
  

Noor Shamsinar Ismail
019 3396747
Unit Trust Senior Adviser
Maakl Mutual Bhd


http://youtu.be/rqND3xI4QwM
http://maaklnadirgroup.blogspot.com

  
Don't be afraid to change. You may lose something good, but you may gain something even better


 
 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

    a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
    b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
    c) penyatuan hutang.
    d) Pinjaman Wang Hard.

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com

    ReplyDelete