Tuesday, April 3, 2012

RG2011... Kehadiran saya tidak penting, bukan murtad - Dr Rani

 

Anis Nazri, 03 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 3 April: "Kehadiran saya yang tidak penting, bukannya video itu yang tidak penting. Itu maksud saya," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman hari ini.

(Hasan guna keratan akhbar yang tersalah petik untuk menyerang Dr Rani)

Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang digunakan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali untuk menyerang beliau.

Mengakui beliau menerima pelbagai panggilan yang menegur 'kenyataan'nya di Sinar Harian, semalam, Dr. Rani berkata berlaku salah lapor dari akhbar tersebut tentang kenyataannya itu.

Bercerita kembali kepada Harakahdaily, Dr. Rani dihubungi Sinar Harian sehari sebelum bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hassan mendedahkan video murtad yang dimilikinya.

Ketika itulah Dr. Rani menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai sidang media tersebut dengan menyatakan kehadirannya tidak penting pada majlis itu.

Bagaimanapun, beliau berkata penting bagi video itu dirujuk dan diserahkan kepada pihak yang berkuasa seperti jabatan agama atau pun menteri yang menjaga agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya juga komen, video murtad itu tidak perlu serah kepada PAS atau pihak lain. Serah dulu kepada pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi Jamil Khir sendiri pernah beri kenyataan mana-mana individu yang ada bukti tentang kes murtad boleh terus merujuk kepada beliau," kata Dr. Rani yang juga Adun Meru.

Akhbar Sinar Harian, semalam melaporkan kenyataan Dr. Rani yang dianggap sesetengah pihak seolah-olah beliau tidak memandang serius isu murtad, termasuk Hassan.

Dr. Hassan dilihat banyak menyerang Dr. Rani (gambar kanan) setelah jawatannya sebagai pesuruhjaya negeri diambil Dr. Rani ekoran pemecatannya dari PAS, Januari lalu.

Menyentuh soal isu murtad yang didedahkan Dr. Hassan, Dr. Rani berkata sebagai orang Islam sudah tentu isu itu merupakan satu isu penting yang memerlukan penglibatan semua pihak.

Tetapi, apa yang menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu hanya memuatkan suara, tanpa wajah mereka yang mendakwa cuba dimurtadkan?

Lebih-lebih lagi, Hassan mendakwa video itu dirakamkan pada 2002 lagi, yang ketika itu Hassan masih belum memegang jawatan sebagai exco agama di Selangor.

"Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan video tersebut. Ada suara sahaja, tidak cukup kukuh buktinya itu. Lagi satu, kenapa simpan lama sangat baru hendak dedahkan sekarang? Kenapa bukan masa dia ada kuasa dahulu?" soal Dr. Rani lagi. 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment