Wednesday, April 18, 2012

RG2011... Melepaskan Diri ke Alam Semulajadi

 

Jumaat, 31hb Julai 2009

"Mau bawa apa ni? Sleeping bag dengan khemah perlu ka? Tuala mandi sama kasut mau bawa juga ka?" Fikir Will yang dari tadinya agak kelam kabut untuk memutuskan barang-barang yang perlu dibawa bersama. Apa tidaknya, trip Jelajah Taman Negara kali ini dijadualkan selama 3 hari 2 malam. Persiapan harus lengkap baik dari segi fizikal, mental & kewangan semasa.

Perjalanan dari Ampang ditetapkan pukul 2:45am dengan jangkaan perjalanan akam mengambil masa sekitar 4jam untuk sampai ke Kuala Tahan, Pahang. Menurut rakan-rakan yang berasal dari Pahang, 4 jam itu adalah jangka masa biasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taman Negara Pahang. Jauh juga perjalanan kali ini. Ahli-ahli Biawak Anglers harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan melanda termasuklah sekiranya trip tidak berjaya.

Setelah memastikan segala peralatan & bekalan dimasukkan ke dalam kereta, Andy, Will & Wayne pun bersiap sedia memulakan perjalanan. Jam di kereta menunjukkan pukul 2:45am. Kalau bertolak sekarang, mungkin boleh sampai sekitar pukul 7am fikir Wayne dalam hati.

Berikut adalah kronolgi masa dan perjalanan Biawak Angelers dari Ampang ke Taman Negara pada hari itu:

  • Tiba di Tol Gombak : 3:00am
  • Tiba di Persimpangan Karak : 3:37am
  • Tiba di Tol Temerloh : 4:02am
  • Tiba di Kuala Tahan : 6:00am

Memandangkan keadaan lalulintas sepanjang Lebuhraya Pantai Timur agak lenggang, perjalanan yang dijangka selama 4 jam itu dapat dikurangkan kepada sekitar 3jam lebih sahaja dengan kelajuan 110km/j – 120km/j sepanjang Lebuhraya Pantai Timur. Dari Tol Temerloh ke Jerantut dan seterusnya ke Kuala Tahan, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana keadaan jalan yang gelap serta berliku-liku menyusuri kampung-kampung dan ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang perjalanan.

Setibanya di Kuala Tahan, Pahang, masing-masing tidak dapat menahan kegembiraan kerana berjaya menjayakan satu perjalanan yang dianggap suatu batu penanda untuk Biawak Anglers melebarkan lagi sayap mereka di dalam arena sukan kembara memancing tanah air.Ketibaan Biawak Anglers pada pukul 6am di Kuala Tahan disambut oleh bunyi-bunyian unggas belantara diiringi bunyi deruan sungai Tembeling diselang-seli puputan bayu subuh yang menggigit tulang.

DSC00643

Sementara menunggu mentari pagi menyinari Kuala Tahan, Biawak Anglers mengambil keputusan untuk merakamkan memori ketibaan mereka di sana sambil memanaskan badan yang diselubungi kesejukan selimut embun pagi belantara.

DSC00606

DSC00618

DSC00622

DSC00631

DSC00613

DSC00617

DSC00645

Sehingga sekitar 7am barulah keadaan beransur cerah di sekitar kawasan Kuala Tahan. Menjelang pukul 7:30am, kelihatan semakin ramai warga Kuala Tahan memenuhi jeti untuk menuju ke destinasi masing-masing samada pergi bekerja, bersekolah atau sekadar bersiar-siar menikmati udara pagi yang sungguh nyaman. Biawak Anglers mengambil peluang ini untuk bersarapan pagi sambil menghayati pemandangan sungai dan hutan Taman Negara yang menjanjikan 1001 pengalaman yang akan ditempuhi kelak.

DSC00650

DSC00683

DSC00714

Sehingga pukul 8am barulah mereka bertiga mengambil keputusan untuk pergi memohon permit-permit memasuki Taman Negara & menangkap ikan dari pejabat Jabatan PERHILITAN. Kadar bayaran permit-permit yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • Permit Memasuki Taman Negara = RM1 (sah sepanjang berada di kawasan Taman Negara)
  • Permit Menangkap Ikan = RM10 (sah untuk tempoh 30 hari)
  • Permit Mengambil Gambar/Kamera = RM5 (sah sepanjang berada di kawasan Taman Negara)

Menjelang tengahari, Biawak Anglers membuat keputusan untuk bergerak menuju ke tempat penginapan. Pada mulanya mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat penginapan kerana berlaku kebanjiran pelawat pada masa itu. Menurut informasi yang diperolehi dari seorang peniaga tempatan, pada minggu itu ada pengambaran filem dilakukan di persekitaran Taman Negara. Filem itu melibatkan usahasama dari pihak Hollywood & Bollywood. Dipercayai lebih kurang 300 orang krew pengambaran yang terlibat. Oleh sebab itu, kebanyakan tempat-tempat penginapan telah dipenuhi oleh tempahan-tempahan awal.

DSC00751

Untuk kembara kali ini, Biawak Anglers memilih Teresek View Motel sebagai tempat penginapan. Kedudukannya yang agak berhampiran dengan jeti Kuala Tahan memudahkan perjalanan menuju ke sungai dan kawasan restoran-restoran terapung yang terdapat disitu. Keadaan biliknya yang berhawa dingin serta mempunyai kemudahan mandian air panas juga menjadi kelebihan kepada motel ini. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • Bilik Berhawa Dingin = RM90/malam
  • Bilik Berkipas = RM70/malam
  • Tilam Tambahan = RM10/malam

Oleh kerana satu bilik hanya mampu memuatkan 2 buah katil sahaja, maka Biawak Anglers terpaksa meminta sebuah tilam tambahan, barulah selesa untuk bermalam.

Setelah selesai makan tengahari dan memastikan segala bekalan yang dibawa mencukupi, Andy, Will & Wayne mengambil sedikit masa untuk merehatkan mata yang mengantuk setelah semalaman berjaga.

Di sebelah petangnya pula, mereka bertiga bercadang untuk Jungle Trekking ke Titian Kanopi. Berbekalkan semangat baru bangun tidur dan sebotol air mineral setiap seorang, mereka bertiga meneruskan usaha untuk meredah denai menuju ke Titian Kanopi. Perjalanan meredah hutan sejauh 1.5KM itu memberi banyak pengalaman dan pengamatan tentang keadaan belantara hutan hujan khatulistiwa tertua di dunia ini.

DSC00688

DSC00697

DSC00696

DSC00693

Setelah sampai ke puncak checkpoint Titian Kanopi, Andy, Will & Wayne merasa agak kecewa kerana pintu masuk ke Jambatan Gantung Titian Kanopi telahpun ditutup. Maka terbengkalailah usaha mereka bertiga untuk meniti jambatan gantung Taman Negara kali ini. Terdapat 2 buah jambatan gantung yang disediakan dan setiap jambatan mempunyai kepanjangan berbeza. Satu mempunyai kepanjangan 250 meter, manakala yang lagi satu 280 meter. Kadar bayaran yang dikenakan untuk menyeberang Jambatan Gantung Titian Kanopi adalah :

  • Dewasa = RM5
  • Kanak-kanak = RM3

Jadual operasi Jambatan Gantung Titian Kanopi pula adalah seperti berikut :

  • Sabtu – Khamis = 9:30am – 3:30pm
  • Jumaat = 9am – 12pm

Memandangkan mereka bertiga tiba di sana pada hari Jumaat, pusat operasi tersebut telahpun ditutup seawal pukul 12 tengahari. Oleh kerana gagal menaiki Jambatan Gantung Titian Kanopi, mereka mengambil masa tersebut untuk meninjau-ninjau kawasan sekeliling sambil menghilangkan penat. Perjalanan pergi dan balik menuju titian kanopi sepanjang 3KM betul-betul menguji stamina serta kekuatan fizikal ahli-ahli Biawak Anglers.

Setibanya mereka di jeti Kuala Tahan, jam sudahpun menunjukkan pukul 6pm. Pulang ke tempat penginapan, mereka bersiap sedia untuk makan malam. Para pelawat yang ingin mengunjungi Taman Negara Pahang tidak usah risau mencari tempat-tempat untuk menjamu selera kerana di sini terdapat banyak tempat untuk makan. Rata-rata setiap chalet, motel, hostel & resort menyediakan restoran dan kantin untuk kemudahan para pelawat. Tidak kurang juga restoran-restoran terapung yang tersedia di sepanjang jeti Kuala Tahan. Cuma pilih sahaja mana yang berkenan di hati.

Selesai menjamu selera, mereka bertiga mengambil peluang untuk bersantai di beranda motel sambil menikmati pemandangan malam di samping merasa hirupan udara segar labuhan senja. Sambil-sambil itu, masing-masing juga mengambil masa itu untuk menyiapkan set-set pancingan masing-masing untuk persedian di pagi esoknya. Kuala Keniam, here I come.

DSC00752

Sabtu, 1hb Ogos 2009 -

Seawal pukul 6am, pasukan Biawak Anglers yang terdiri daripada Andy, Will & Wayne bangkit dari tidur yang lena. Hari ini mereka akan mengembara lebih dalam lagi ke dalam Taman Negara menuju ke Kuala Keniam. Kuala yang dikatakan mampu menjanjikan tarikan daripada sang Kelah.

Trip hari ini dirancang hingga ke petang. Setelah menyiapkan segala bekalan makanan & minuman serta perkakasan memancing. Mereka bersedia untuk menyusuri Sungai Tembeling ke destinasi yang dirancang. Menemani Biawak Anglers kali ini ialah saudara Yusri sebagai tekong berpengalaman dan pembantu beliau saudara Faizal. Jarak perjalanan dari Kuala Tahan menyusuri Sg. Tembeling adalah sejauh 29KM dan memakan masa selama lebih kurang 1 jam 30 min menaiki bot.

DSC00707

Kecekapan saudara Yusri dan Faizal mengendalikan bot dan pemandu arah memang tidak dapat dinafikan kehebatannya apabila bot yang dipandu menyusuri jeram-jeram serta kawasan perairan cetek dengan lancar sekali.

DSC00710

DSC00712

DSC00713

Setibanya mereka berlima di Kuala Keniam, jam sudahpun menunjukkan pukul 9:15am. Suasana masih lagi sejuk dan sesetengah tempat masih lagi diselubungi kabus. Mereka bertiga ditempatkan di lubuk-lubuk yang berbeza dalam jarak yang berdekatan di antara satu sama lain. Untuk aktiviti memancing hari ini, mereka telah menyediakan umpan Kelapa Sawit sebagai bekalan.

Pertama kali memancing menggunakan kelapa sawit, mereka bertiga tidak mengharapkan apa-apa. Selang setengah jam, tiada apa-apa yang menarik berlaku. Walaupun terdengar letupan-letupan ganas sang Sebarau menyambar anak-anak ikan namun belum ada lagi yang sudi menjamah pancing. Agak lama menunggu, Andy dan Wayne berpindah lokasi ke lubuk di mana si Will sedang memancing.

Berumpankan umpan kelapa sawit yang diperam, Andy dan Wayne memulakan semula pancing mereka di lubuk lain. Sementara menunggu umpan dijamah, mereka bertiga berehat sebentar sambil bersantap bekalan yang dibawa sambil berbual-bual menghilangkan kebosanan. Maklumla, selama ini mereka aktif memancing dengan cara casting & spinning sahaja. Bila masuk acara memancing dasar, bagaikan terlalu lama menunggu umpan dijamah ikan.

Tiba-tiba si Andy bergegas menuju ke pancing Wayne sedang Wayne menyantap sarapan paginya. Matanya merenung hujung joran. Joran bagaikan bergerak-gerak sedikit. Beberapa minit kemudian henjutan itu begaikan berhenti. Mungkin tarikan anak-anak ikan gamaknya. Setelah selesai bersarapan, si Wayne berlegar-legar di gigi air sambil menantikan sang ikan menjengah. Tiba-tiba pencingnya ditarik lagi, kali ini lebih ganas….bagaikan mahu terbang pancingnya ditarik. Sepantas mungkin, Wayne menyambar lalu menyentap pancingnya. Terkulai layu talinya dibawa arus, sentapan yang dilakukan tidak mengena. Alangkah kecewanya. Kealpaannya mengetatkan tegangan menyebabkan tali keluar tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan sang ikan berjaya melepaskan mata kail di mulutnya.

Melihatkan kejadian itu, si Will yang terpinga-pinga bergerak menuju ke kawasan bersebelahan dengan harapan mendapat sambaran. Sementara menunggu, Andy mengambil kesempatan untuk casting ke lubuk-lubuk di mana kelihatan beberapa kali sang Sebarau menyambar. Sedang si Andy rancak membuat balingan gewang, tiba-tiba pancingnya disapa. Henjutan hujung joran yang perlahan tiba-tiba menjadi kuat. Mungkin sang Kelah. Disentap dengan gagah, namun sang ikan berjaya meloloskan diri sekali lagi dan sekali lagi kekecewaan bertandang di hati masing-masing. Ingatkan dapat merasa tarikan sang Kelah, rupa-rupanya hanya mengejutkan jantung sahaja.

Di lubuk bersebelahan, kelihatan si Will sedang sibuk menabur umpan sebagai rasuah kepada ikan. Sambil menunggu umpannya dimakan, sudah banyak rasanya rasuah ditabur. Sedang asyik si Will menabur rasuah, tiba-tiba pancingnya pula menjadi mangsa seterusnya. SREEEEETTTTT!!! kelihatan tali pancingnya diragut kasar. Bergegas menyambar jorannya, si Will menunggu dengan tekunnya kalau-kalau ikan tadi menyerang kembali. Setelah beberapa ketika membatu….sah, ikan itu sudah melarikan diri.

Menjelang pukul 4pm, tiada satu pun hasil yang berjaya dinaikkan. Saudara Yusri memutuskan untuk membawa ahli-ahli Biawak Anglers untuk casting di sepanjang Kuala Keniam. Namun tiada sambaran juga yang diterima daripada Sebarau-Sebarau yang kelihatan berkeliaran di sepanjang lubuk tersebut. Mungkinkah selera mereka sudah berubah?Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Kuala Keniam kerana hari semakin beransur gelap. Agak bahaya jika menghilir sungai kembali ke jeti Kuala Tahan ketika matahari sudah terbenam kerana risiko melanggar batu di jeram sepanjang sungai amat tinggi.

Tiba di jeti Kuala Tahan, jam sudahpun menunjukkan pukul 6pm. Setelah mengucapkan terima kasih kepada saudara Yusri dan Faizal selaku tekong pada hari itu dengan berjanji akan kembali dan bertemu semula, ketiga-tiga mereka pun mengorak langkah menuju ke tempat penginapan. Bermacam-macam teori dirumuskan tentang aktiviti hari itu. Kesimpulannya, mereka bercadang untuk kembali ke situ di masa akan datang. Hari ini mungkin bukan untuk mereka.

Selesai mandi dan bersiap-siap, mereka bertiga pun menuju ke salah sebuah restoran terapung untuk makan malam sambil melayan suasana tebingan sungai di malam hari. Kembali ke motel, sepanjang malam itu mereka bersantai dan mengimbau kembali pengalaman di siang hari tadi sambil merancang untuk keesokan harinya. Selamat Malam Kuala Keniam.

Ahad, 2hb ogos 2009 –

Hari ini adalah hari terakhir trip kembali ke alam semulajadi Biawak Anglers Cult. Agak liat sedikit bangkitnya mereka bertiga hari ini. Almaklumla sudah habis perancangan memancing. Cuma satu perkara sahaja yang perlu mereka jalankan hari ini, iaitu acara mandi sungai. Memandangkan hari ini hari yang terakhir, mereka perlu mengemaskan segala apa yang patut dan memastikan semua peralatan dalam keadaan teratur sebelum pergi meninggalkan motel agar tiada apa-apa yang tertinggal.

Sekitar pukul 8:30am, Andy, Will & Wayne bergerak menyusur denai sejauh lebih kurang 1KM menuju ke Lubuk Simpon. Satu lokasi bersantai dan mandi-manda yang paling hampir dengan perkarangan penginapan di Taman Negara. Lebih kurang 800 meter dari Mutiara Resort dan Pejabat Jabatan PERHILITAN.

DSC00718

DSC00719

DSC00720

DSC00723

Menghilangkan kekecewaan yang tidah berhasil pada hari sebelumnya, Andy, Will dan Wayne mengambil kesempatan ini untuk mandi sepuas-puasnya bersama ikan-ikan Sebarau dan Kelah yang berkeliaran sambil menemani mereka di sungai tersebut.

DSC00717-2

DSC00725

DSC00733

DSC00735

Tidak lupa juga meninggalkan sebuah arca batu berupa kompleks pagoda batu sebagai kenang-kenangan.

DSC00740

DSC00744

Setelah puas bermandi-manda sehingga keluar hingus dan kecut tubuh badan, akhirnya mereka bertiga mengorak langkah pulang ke penginapan untuk berkemas sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 12 tenghari. Selesai mengisi perut makan tengahari sebagai bekalan pulang, Biawak Anglers pun mengucapkan selamat tinggal kepada Taman Negara. Jam menandakan pukul 12:38pm semasa mereka meninggalkan perkampungan Kuala Tahan. Suatu hari nanti mereka pasti akan kembali lagi untuk menduga lubuk yang lebih dalam.

Perjalanan 4jam ke Kuala Lumpur bagaikan berlalu begitu pantas. Berehat sebentar, mereka berhenti di Genting Sempah untuk membeli buah-buahan dari Janda Baik sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Menjelang pukul 5pm barulah mereka tiba di Ampang dengan selamat.

Dengan berakhirnya trip ini, maka berakhir jugalah laporan Kembara Melepaskan Diri ke Alam Semulajadi ke Taman Negara untuk kali ini. Di masa-masa akan datang, semoga laporan-laporan akan jadi lebih mantap untuk tatapan semua.

Galeri Gambar

DSC00584 DSC00585 DSC00586 DSC00588 DSC00606 DSC00609 DSC00613 DSC00617 DSC00618 DSC00622 DSC00631 DSC00643 DSC00645 DSC00647 DSC00648 DSC00649 DSC00650 DSC00652 DSC00678 DSC00683 DSC00685 DSC00686 DSC00687 DSC00688 DSC00689 DSC00693 DSC00694 DSC00695 DSC00696 DSC00697 DSC00698 DSC00699 DSC00700 DSC00701 DSC00702 DSC00703 DSC00704 DSC00705 DSC00706 DSC00707 DSC00708 DSC00709 DSC00710 DSC00712 DSC00713 DSC00714 DSC00715 DSC00717 DSC00718 DSC00719 DSC00720 DSC00721 DSC00723 DSC00725 DSC00728 DSC00731 DSC00732 DSC00733 DSC00734 DSC00735 DSC00736 DSC00740 DSC00741 DSC00742 DSC00743 DSC00744 DSC00745 DSC00746 DSC00747 DSC00749 DSC00751 DSC00752 DSC00753 DSC00755
http://biawakanglers.wordpress.com/2009/08/05/melepaskan-diri-ke-alam-semulajadi/

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment