Tuesday, April 3, 2012

RG2011... Najib kata jangan tukar pemandu, tetapi beliau memandu dalam keadaan mabuk

 

Oleh Aspan Alias

Hari ini Najib mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya "jangan tukar pemandu dipertengahan jalan". Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya. Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver). Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban kedalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.

Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin pemandu (Najib) ini merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu. Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu.

Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin merbahayakan penumpang-penumpang dalam bas panduan Najib ini kedalam gaung yang dalam. Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang kekiri dan kekanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.

Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, 'toll-gate' dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelempangan ditepi lebuhraya-lebuhraya kerana pemandunya yang keletihan dan tidak ditukar. Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat 'duit luar' dengan menjual 'spare tyre' serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan dijual kepada orang luar.

Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat 'maintenance' yang lebih baik.Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu.

Jika pemandu sekarang masih memandu maka 'premium' insurannya akan terlalu mahal kerana 'loading' kepada premiumnya terlalu tinggi, 'loading' kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu.

46 Comments

Anonymous Anonymous said...

Pemandu yang ingkar kepada Allah dengan tidak melaksanakan perintah Allah ke atasnya dan terhadap sistem pemerintahannya, tidak perlu diberikan pertimbangan lebih jauh lagi, melainkan perlu ditukar dengan pemandu lain yang lebih baik daripadanya.

3 April 2012 21:15:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sekiranya pertukaran itu tidak dilakukan, ia pasti akan merosakkan sesebuah negara dan rakyatnya sehingga akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan dalam pelbagai aspek dalam negara terbabit.

3 April 2012 21:16:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Masalahnya driver ini telah melakukan banyak kesalahan sambil melarikan rompakan wang negara. Bukan saja dia melarikan wang negara malah membawa penumpang2 yang juga perompak2 harta rakyat bersama dalam basnya.
Jika tidak ditukar dan diadili terhadap kesalan yang telah dilakukan, takut2 yang maju pada 2020 nanti adalaah pemandu dan penumpang2 yang dibawa saja, rakyat biasa semakin miskin, mengemis dengan driver dan kuncu2nya.

Sekali2 bahasa kias ni seronok pulok.
Petang hari mencari belangkas
Belangkas diletak dipohon ceri.
Jika tak pandai janganlah berkias,
Kan dah kena muka sendiri? ...

3 April 2012 21:18:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Pemandu yang lembap, kurang bijak, kurang kecekapan dan berpandu perlahan akan membantutkan perjalanan serta penumpang mudah jadi gelisah.

3 April 2012 21:18:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Pemandu yang ada selama lebih setengah abad gunakan undang-undang hanya untuk kukuhkan kedudukan, dan memanipulasi undang-undang.

Pemandu pula kuat berasuah, sehingga tidak dibendung oleh syarikat empunya kenderaan.

Tukar sajalah pemandu tersebut!

3 April 2012 21:27:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Kalau si pemandu selalu mencuri harta boss (penumpang), apakah bahayanya menukarkan si pemandu tersebut?

Kalau tidak tukar si pemandu yang suka merompak dan mencuri, apakah yang akan berlaku (atau bahaya) kepada bossnya (penumpang)?

3 April 2012 21:42:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda :

"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim.

Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak).

(Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".

(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

3 April 2012 21:50:00 GMT+08:00

Anonymous butuno said...

Pemandunya bernama Najib. Dia selalu tukar tyre kereta boss dia dengan tyre celup.

Buat duit lah!!!

3 April 2012 21:50:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya.

3 April 2012 21:51:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Jika pemandu sudah berdusta kepada penumpangnya dan melakukannya jelas-jelas di depan mata penumpang, lantas apalagi yang diharapkan kepada pemandu tersebut?

Bohong atau dusta adalah sikap dan mental orang yang sudah tidak lagi stabil kepribadiannya. Pemandu yang telah mengalami gangguan akan mengundang ketidakpercayaan penumpang.

Padahal pemandu yang berhemah adalah ketika kejujuran ditegakkan setegak-tegaknya. Bila pemandu sudah berdusta, maka akan dapat penumpang lihat masalah-masalah yang semakin rumit;

a) Pemandu akan berusaha menutupi kebohongan dengan berbohong lagi sebagai upaya menutupi kelemahan dirinya. Pemandu terpaksa berbohong beribu kali kerana bohongnya yang pertama dahulu.

b) Pemandu dilanda ketakutan sebab secara naluriah manusia cenderung ingin berbuat jujur, maka tatkala dia berbohong sesungguhnya dia sedang berkelahi dengan hawa nafsunya sendiri.

c) Pemandu boleh bohong sekehendak hati, tetapi apabila penumpang sudah peka maka pemandu tersebut perlu ditukar.

3 April 2012 22:15:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat.

3 April 2012 22:23:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Macam2 kita dengar ragam pemandu tak kurang yang gatal dan meraba ,ha ha ha.

3 April 2012 22:27:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Kalaulah pemandu beritahu kalian sebagai bosnya atau penumpangnya begini;

"Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna."

Elok sebagai bos atau penumpang beritahukan kepada pemandu;

"Kalau macam itu tak perlu jadi kerajaan kerana gagal mencari kaedah untuk mengawal atau menurunkan harga barang. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan memberikan sedekah RM19bilion kepada IPP dan RM4bilion kepada Pengusaha Lebuhraya.

"Selain itu kerajaan berlepas tangan dengan ketirisan akibat rasuah dan penyelewengan sebanyak RM28bilion. Bayangkan jika RM19bilion dicampur RM4bilion dan RM28bilion bermakna RM51bilion dibazirkan oleh kerajaan. Sepatutnya wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu rakyat menurunkan harga minyak dan barangan."

Jika pemandu sudah tidak mampu untuk memberikan kesejahteraan kepada penumpang, eloklah penumpang tukarkan pemandu tersebut kepada yang lain.

3 April 2012 22:34:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

DONG ZONG NAK HALAU GURU TAK FASIH MANDARIN.
KITA MAKLUM DAP PENYOKONG KUAT DONG ZONG.
ASPAN SEKARANG DALAM DAP.
APAKAH AGENDA SEBENAR DONG ZONG DAN DAP SERTA ASPAN SENDIRI ?

3 April 2012 22:42:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

MELAYU YANG SOKONG DAP/DONG ZONG ADALAH PENGKHINAT BANGSA, UGAMA DAN NEGARA.
PUAS HATI ASPAN.
PUAS HATI ARIFF.
PUAS HATI NIK AZIZ .
PUAS HATI HADI AWONG.
MELAYU BERPECAH CINA KETAWA BESAR.
MAMPOS LAH MELAYU INI MACAM.

3 April 2012 23:07:00 GMT+08:00

Anonymous Quiet Despair said...

Blogger di sini kata Najib pemandu mabuk. Yang di sinun (ala P.Ramlee) kata Najib pemandu sewel.
Hahaha, pandai anda berdua berkata-kata sampai tak jadi nak marah. Makes me laugh instead.
Tapikan bro, dalam keadaan mabuk dam sewel, driver kita berjaya memandu ke destinasi transformasi. Dan dengan gahnya akan menyambung journey ke 2020.
Hebat tu.
Takde pula dengar accident di tengah jalan seperti berlaku among our express buses.
Kalaupun pemandu ini merbahaya, takkanlah nak tukar drebar yang lebih berbahaya.
Jangan marah ya sebut pemimpin bahaya. I am just quoting His Excellency the PM.

3 April 2012 23:12:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Anon 3 April 2012 22:42:00,

Mana bukti teori dong zong?

Bukti mengenai rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan berleluasa oleh UMNO/BN sudah terang lagi bersuluh.

Apa lagi yang perlu dikatakan?

Pada aku, gejala rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang sudah terbukti berlaku dalam pemerintahan UMNO/BN adalah amat penting dan perlu diatasi dengan segera.

3 April 2012 23:17:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Dia bukan sekadar pemandu mabuk, tapi juga pemandu yang suka "beromen" dan "meraba".

Rakan baiknya dari Pahang yang kini terpaksa di hantar ke USA juga terbabit dengan kes raba. Kisah silam drebar mabuk ni di PD lama dulu pun masih dalam ingatan orang yang banyak membaca. Harap2 kematian Altantuya tu tak ada kena mengena dengan kes "raba" atau "jolok" oleh drebar mabuk dan nakal ini.

Drebar atau pemandu macam ni..jangan sesekali korang atau suadara mara korang tumpang kereta mereka..silap2 nenek korang juga akan diraba. Kalau dah mabuk..macam2 dia boleh buat termasuklah menjadi samseng jalanraya.

Dan kerana mabuk jugalah pemandu satu ni selalu flip flop..serba tak kena.

3 April 2012 23:23:00 GMT+08:00

Anonymous apanama pun boleh said...

Bini sendiri yg berjoli dan bershopping sakan pun tak boleh dipandunya,nak cerita pasal pandu negara.Baru dengan Menteri Hal Ehwal Lembu dah keluar peluh pondan.

4 April 2012 02:22:00 GMT+08:00

Anonymous Isa said...

Anon 23:07 3rdapril,

Siapa pengkhianat bansa hoi, Pengkhianat bangsa dan negara adalah perasuah negara kerana menghentam wang ringgit rakyat. Kes Lembu itu pengkhianat bangsa dan negara kerana menyalah gunakan wang kyat beratus juta ringgit. kata AA dulu, Mahathir menggunakan 1.8 billion ringgit public fund untuk selamatkan Mirzan dari bangkrap itu pengkhianat. menggunakan wang rakyat untuk belanja pertunangan anak itu pengkhianat. Penyalah gunaan kuasa hingga PKFZ rugi !12 billion itu pengkhianat.

Masuk DAP apa khianatnya? Parti itu halal. Melayu berpecah pasal apa? Kerana UMNO yang rasuah dan rasis. melayu pun ada maruahnya. Kalau pemimpin mereka khianat bagaimana hendak bersatu? Kalau tidak faham lagi jgn berbahas macam QD.

Terima kasih AA kerana memberi saya ruang untuk melepaskan geram saya kerana kejahilan dan kebodohan setengah orang dalam blog sdr.

4 April 2012 02:52:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

QD
Cara awok berfikir dan menilai keadaan selekeh sungguh.

4 April 2012 03:08:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Pemandu masih berideologi Kebangsaan Melayu atau nasionalisme (yang berbeza dengan semangat patriotisme) dan berirama perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembangunan dalam beberapa dekad yang lalu.

Wahai pemandu, nostalgia hari ini telah kehilangan daya juang dan daya tariknya kerana realiti dan zaman telah berubah. Kini ada dua generasi pengundi yang lahir dalam era 60an dan 70an yang tidak hidup dalam suasana perjuangan kemerdekaan.

Zaman sudah berubah dengan begitu pantas terutama dalam saingan dunia teknologi maklumat yang menyaksikan ledakan ilmu, pengetahuan dan lonjakan kesedaran nilai dan kemanusiaan sejagat.

Psikologi dan pemikiran golongan kini khususnya agak jauh berbeza dan tidak mudah diterapkan nostalgia perjuangan politik zaman silam.

Penumpang amnya (itulah rakyat negara dianggap sebagai penumpang saja) kini adalah golongan yang berpendidikan (bermaklumat) khususnya, dan mereka cukup peka dengan angin perubahan dengan jatuh-bangun pemerintahan yang berlaku bukan sahaja di rantau Asia Pasifik ini bahkan di seluruh dunia.

Dalam suasana sebegini, politik perkauman (Racial Politics) yang menjadi teras dan budaya politik pelbagai parti (muti-party system) sejak kemerdekaan lagi, sudah ketandusan tarikan dan relevansi.

Pemandu kini masih mempunyai pemikiran dan fahaman warisan penjajahan yang sudah terlalu lapok malahan, diresapi dengan segala kepincangan pengurusannya yang menginstitusikan penyelewengan, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa samada dalam politik mahupun amalan pengurusan ekonomi dan pembangunan, dalam bentuk yang "disahkan" dan "dilindungi" oleh institusi-institusi dan agensi pemerintahan.

4 April 2012 07:31:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

YOU FAHAM TAK POWER CORRUPTS............
PERCAYALAH SESIAPA SAJA BERKUASA ADALAH KORUP. BAIK PEMERINTAH MAUPUN PEMBANGKANG. KEPIMPINAN UMNO, PAS, PKR MAUPUN DAP SAMA SAJA. IT IS A MATTER OF DEGREE, DAN CARA BAGAIMANA KAMU SEMBUNYIKAN KEGIATAN RASUAH. KITA TAHU KAMARUDDIN JAAFAR PAS. DIA KAYA,KRONI ANWAR. BERSELINDUNG DIBALIK PARTI ISLAM !
KITA PERLU BANYAK MEMBACA DAN MEMBACA KEADAAN DENGAN ANALYTICAL MIND. MUNGKIN KALAU SAYA BERKUASA, SAYA PUN KORUP. ANDA PUN MUNGKIN BEGITU.
APA PUN UMNO SAJA YANG TERBAIK UNTUK MENGIKAT PERSAUDARAAN MELAYU.
DAP PANDAI BERSANDIWARA. CINA SUDAH TENTUKAN SOKONG DAP. SEKARANG ADA PULAK MELAYU PENGKHIANAT YANG SOKONG KUAT DAP.
TERBARU, DONG ZONG HALAU GURU TAK FAHAM MANDARIN DARI SEKOLAH CINA. GURU MELAYU KAH. CUBA ANDA BACA SENARIO INI. IT IS JUST A TIP OF THE ICEBERG.
CONTOHNYA SINGAPURA, FIRST TIME JE PRESIDENT MELAYU, LEPAS TU...........
DAH KASI BÊTISE NAK PEHA LEPAS TU........MACAM ANJING TERSEPIT.
ORANG DAH LAM DALAM POLITIK PATUT MAHIR MEMBACA INI SEMUA.
INI TIDAK, FRUST JE MASUK DAP, DAN ANCURKAM MELAYU BERSAMA DAP.
KITA PATUT TENTANG PENGKHIANAT MELAYU DALAM UMNO, DAP,PKR MAUPUN PAS.
HIDUP MELAYU HIDUP UMNO, MAMPOSLAH MELAYU DAP.

4 April 2012 08:00:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Dari dulu, sekarang dan selamanya, Umno tidak akan memindahkan kuasa kepada rakyat.

Bagaimana rakyat mahu percaya kepada Umno jika Umno sendiri tidak yakin kepada rakyat? Bagaimana orang Melayu mahu yakin kepada Umno jika Umno tidak mempercayai orang Melayu?

Umno sebenarnya tidak mewakili orang Melayu. Yang di wakili oleh Umno ialah orang Melayu terpilih dan Melayu yang berkepentingan. Malahan, orang Melayu yang berada di luar Umno tidak di anggap Melayu oleh Umno. Siapakah Umno yang merasakan dirinya berhak mendefinisikan siapa Melayu dan tidak Melayu?

4 April 2012 08:02:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Kita kena tukar kereta ,pemandu dan penumpangnya sekali kerana semua dah tak bolih pakai dan merosakan jalan raya dan juga orang tak berdosa duduk ditepi jalan akan maut kerana pemandu hayal ,mabuk,takut pada co driver,suka raba orang lain .
Tahniah lah AA masuk DAP kerana UMNO dah gagal dan untuk ajar dari dalam mustahil dan mungkin nyawa terbang .Orang melayu langsung tak faham bahawa kereta dah tak bolih pakai kerana semuanya dah rosak barang ganti tak ada kerana kini teknoloji baru part baru manakan sampai 2020.Mahathir kata lebih baik bekerja dengan setan yang dia kenal bandingkan dengan malaikat yang tak kenal , takkan dah lupa ..

4 April 2012 08:13:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Jangan lupa 'pemandu yang ada sekarang' mempunyai rekod yang begitu ganas dan biadab menghina dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu secara terbuka.

Jangan juga lupa imej dan reputasi buruk pemandu tentang penganiayaan pemandu menafikan rakyat Kelantan hak keatas royalti minyak.

Jangan lupa pemandu mempunyai reputasi fitnah serta membangkitkan isu-isu sensitif untuk menakutkan orang ramai.

4 April 2012 08:16:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Zaman telah berubah. Umno terus ditelan dek usia zaman. Kekuatannya satu ketika dahulu telah menjadikan ianya terperangkap dalam paradigma kuasa hegemoni yang seterusnya mengongkongnya. Mungkin Umno gagah satu masa dalam sejarah. Namun, seumpamanya dinasur (dinosaurs) yang besar dan gagah satu ketika dalam sejarah, ia hanya dapat disaksikan kini dalam muzium.

Umno juga gagal mengikut peredaran zaman dan tuntutan realiti baru alaf baru, juga sedang menempah kesudahan yang mirip dinasur. Yang diperlukan oleh UMNO kini bukan hanya sekadar menukar beberapa spare-parts yang telah terlalu "lama" bahkan yang diperlukan adalah satu overhaul yang menyeluruh bermula dari segi dasar dan matlamat perjuangan hinggalah kepada persoalan kepimpinan.

4 April 2012 08:17:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Tukar pemandu da tak relevan, kita da ada bas dan pemandu yg baru!

4 April 2012 08:20:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Umno lupa pemberian Allah SWT dalam menjaga harta yang diamanah. Lihat sahaja negeri yang terdapat hasil petroleum tetapi tetap miskin. Terengganu, Sabah dan Sarawak paling miskin dan terkebelakang daripada negeri lain di Malaysia sedangkan ketiga negeri itu terdapat minyak.

Rakyat Terengganu bukan ramai, hanya 900 ribu orang tetapi menjadi rakyat miskin walaupun hasil pendapatan negeri antara yang tertinggi. Begitu juga Sabah dan Sarawak.

Ketiga negeri ini antara yang terbesar di Malaysia. Hasilnya bukan sahaja petroleum malah kayu balak menjadi hasil pendapatan kedua tetapi tetap miskin. Dimana silapnya?

4 April 2012 08:26:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

TAK SANGKA ANON 2.52 NI BENGAP.

4 April 2012 08:27:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Orang Melayu perlu lebih serius dan tidak lagi boleh memandang ringan terhadap mereka yang mengamalkan rasuah kerana perbuatan itu akan mengakibatkan negara tergadai satu hari nanti.

4 April 2012 08:37:00 GMT+08:00

Anonymous matpenang said...

MELAYU YANG SOKONG DAP/DONG ZONG ADALAH PENGKHINAT BANGSA, UGAMA DAN NEGARA.
PUAS HATI ASPAN.
PUAS HATI ARIFF.
PUAS HATI NIK AZIZ .
PUAS HATI HADI AWONG.
MELAYU BERPECAH CINA KETAWA BESAR.
MAMPOS LAH MELAYU INI MACAM
-------------

Pendapat ni laku sebelum zaman internet, la ni rakyat dah bijak dan berilmu.
Hanya yang suka pemandu gelong saja yang dok jaja ayat ni.

4 April 2012 08:46:00 GMT+08:00

Anonymous Kodajall said...

AKU SOKONG DAP SEBAB AKU AKAN JADI PERDANA MENTERI. ADIK AKU TIMBALAN PERDANA MENTERI.ANAK ANAK AKU JADI MENTERI MENTERI.
BINI AKU JADI FIRST LADY.
MUKA PUN NANTI BERSERI SERI.
LIM KIT SIANG JADI DEREBAR LORI, LIM GUAN ENG JADI KELENDAN LORI !
OKAY TAK.
DAP TIDAK RACIST, DAP TIDAK CHAUVINIS.

4 April 2012 08:48:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Implikasi Dasar Ekonomi Baru yang telah menghasilkan keputusan yang bertentangan dengan niat asal untuk merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin. Semakin lama polisi diketengahkan, semakin jauh matlamat asal tersasar.

Jika pemandu sebagai doktor terus memberikankan ubat yang sama yang menghasilkan keputusan yang bertentangan, maka sesuatu mestilah salah dengan doktor tersebut, dan sesuatu yang lebih serius mestilah salah dengan pesakit yang terus mempercayai doktor yang sama.

4 April 2012 08:49:00 GMT+08:00

Anonymous matpenang said...

Sekali imbas, duit la punca pergaduhan. Punca perkelahian, punca kerosakan.
Namun Islam tidak mengharamkan manusia mencari duit. Ketika kemarau di madinah, Saidina Othman r.a menyumbang gandum yang perlu di bawa oleh 950 ekor unta ! Nak beli dengan apa kalau takdak duit.

Begitu juga dengan politik. Bukan politik yang memecahbelahkan. Tetapi pengurusan politik yang tidak mengikut syariat itu yang menjadikan umat berpecah. Parti politik yang enggan menerima Islam sebagai panduan itu yang menjadi punca perpecahan.

4 April 2012 08:51:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Destruction of the Malays. It is the beginning of the beginning for DAP with the support of the Malays themselves.

4 April 2012 08:57:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Pemandu hari ini mempunyai percanggahan antara visi dan realiti yang membimbangkan. Percangahan ini bukan hanya meliputi ekonomi tetapi melibatkan etika dan moral. Dalam keadaan ini, ia telah mengambil bentuk rasuah dan keruntuhan akhlak yang telah menjatuhkan ekonomi negara terus ke bawah.

Rakyat hari ini dibebani dengan peningkatan hutang negara yang tinggi kerana kewujudan gejala rasuah yang melampaui batas dan perbelanjaan yang membazir. Masalah ini terus meningkat, walaupun diketengahkan oleh Ketua Audit Negara tahun demi tahun dalam laporan tahunan.

4 April 2012 08:59:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Masalah pemandu bernama Najib ni lantik bini sebagai pembantu pemandu,betina ni la yang tentukan arahtuju,cilok2,songlap2 dan soping2.

Najib lak xde pengalaman,jadi ikut je la mcm lembu dicucuk hidung.

Sekarang dah tau ke sape mastermind kejatuhan bas masuk gaung..

Alahai Malaysia ku..

Surrogate

4 April 2012 09:23:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

4 April 2012 09:49:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

UMNO telah gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat).

4 April 2012 09:50:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Yang bestnya masih ada penumpang yg nakkan pemandu ni. Hanya tinggal 2, 3 kerat saja menjerit2 maki hamun org yg x nak join. Penumpang2 ni pun mabuk macam pemandu ja. Baguslah biar pemandu & penumpang2 ni mampos sekali. Sama baghal sama bodoh. PEGI MAMPOS MELAYU UMNO.

Benci UMNO dulu kini & sehingga dia mampos.

4 April 2012 09:54:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Umno itu berjuang untuk apa? Seruan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di ganti dengan perjuangan kepentingan peribadi. Kebajikan rakyat yang di laungkan oleh Umno sebetulnya bermaksud kebajikan korporat besar. Tender di beri kepada mereka tanpa pembidaan terbuka atau melalui tender terhad. Tender terhad pun terdedah kepada pelbagai macam manipulasi dan putar belit.

Jika Umno benar-benar berjuang untuk orang Melayu mengapa royalty minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu di nafikan? Sedangkan majoriti rakyat dalam dua negeri tersebut adalah orang Melayu.

Masih bolehkah orang Melayu percaya sebuah kerajaan yang sudah pun memerteraikan perjanjian secara hitam putih, yang sekarang ini menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu?

4 April 2012 09:54:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Tukar driver(Najib) dan bas(BN) sekali sudah terlalu lama. Guna driver(Anuwar) dan bas(PR)untuk perjalanan selasa.

4 April 2012 10:06:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Mungkin telah sampai masanya untuk kepimpinan Umno sedar bahawa orang Melayu samada orang berparti atau pun tidak, sudah tidak lagi boleh menerima fahaman kebangsaan atau Nasionalisme Melayu sebagai teras perjuangan.

Politik perkauman telah berlalu. Kini, mereka, khususnya orang Melayu mahukan Islam di martabatkan dan tidak di hina serta rakyat amnya dahagakan keadilan dan mahukan pemerintahan yang telus (Transparent) dan boleh dipertanggungjawabkan (Accountable).

4 April 2012 10:11:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Ha ha ha..

Elehhh..QD, kome nak tuko Drebar aje...bior ler dia sewel ke , gile ke..aok dah tentu ker derebar yang sewel jadi pemandu..entah-entah dah masuk Jill..ha ha ha..

Yang tentu, Drebar yang tengah memandu tu syok sendiri..ha ha ha. Ade berani dia nak turunkan kaki raba, kaki lutu, kaki sapu dari dalam Bas tu?..ha ha ha.

4 April 2012 10:13:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Jelas sekali Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu.

Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional.

4 April 2012 10:14:00 GMT+08:00


 

Bukan Setakat Driver Kereta Sekali Kena Tukar

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya bersetuju dengan pendapat perdana menteri Ha Najib Razak untuk negara mencapai status negara maju empat tahun lagi negara memerlukan seorang pemimpin yang cekap dan berwibawa bijak menjalinkan faktor yang ada untuk memanjukan negara.

Secara egoisnya Najib menggambarkan dialah driver (pemimpin) yang cekap yang boleh membawa negara maju menjelang 2020. Beliau beranologi kalau kita hendak sampai destinasi dituju jangan menukar driver di tengah jalan.



Kononnya kalau menukar driver di tengah jalan (tamatkan riyawatnya sebagai PM), perjalanan tidak akan sampai ke destinasi dituju... negara akan berselerak. Wah... kononnya dia sahaja yang bijak dan tahu arah peta perjalanan.

Sambil mendabik dada dialah driver yang cekap, katanya "jangan tukar dengan driver yang diragui dan membahayakan." Apa yang cuba ditonjolkan Najib driver yang merbahaya dan diragui itu ialah ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Semasa membentang kajian tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF) Ha Najib Razak juga berkata driver yang tidak cekap itu hanya tahu berseruling dan beretorika sahaja. Mereka katanya adalah tukang karut dan penghibur lara. Sebalik katanya kerajaan UBN hari sudah terbukti dan mempunyai track record.

Najib boleh berperasan dan mengakui dia seorang driver yang cekap, baik dan bertanggungjawab kerana itu dari penilaian dan standard dia sendiri berikan. Namun di luar sana atau penumpang sedang membuat penilaian ke atas cara-cara Najib memandu atau memimpin negara tanpa bias. Dalam tempoh tiga tahun lebih ini rakyat sedang mengukur corak dan juga stail pemanduan Najib.

Siapa yang membuat atau mengikhtiraf bahawa pemanduan Najib baik dan selamat yang boleh beliau jadikan asas?

Kita boleh masuk ke dalam bakul dan jujung sendiri. Kita boleh masuk ke dalam lif dan tekan sendiri, ia akan naik setinggi mana yang kita mahu. Tetapi kita tidak boleh hipkorit apa yang berlaku ke atas diri kita. Penilaian mutlak dan konkrit ke atas diri kita ialah dari rakyat. Kalau isteri kita memuji, kata kita hebat pun belum tentu benar, kerana perempuan dia boleh memuji dan memuja suami dengan pujian hebat apabila ia mempunyai sesuatu hajat.

Cekapkah Najib memimpin negara? Terpulang maklum kepada rakyat dan para penumpang. Untuk menilai seseorang itu cekap atau pun tidak ia harus memandu lebih separuh jarak perjalanan, baru kehebatannya teruji. Hari ini Najib hanya baru berlepas di garis awal perjalanan di mana baru peringkat membetulkan stering dan tempat duduk saja, jadi soal sampai atau tidak masih 'kabur mabur' lagi.

Dalam masa tenaga masih ada, sisa wang simpanan negara masih ada, Najib boleh memandu dan menggunakan wang untuk melatari pemanduannya. Tetapi cabaran sebenar ialah selepas lima tahun atau 10 tahun memimpin.

Hari ini pun rakyat sudah mengerti dan kenal cara pemanduan Najib yang tidak licin dan tersekat-sekat. Ada kalanya Najib keliru bila melihat papan tanda yang harus ditujunya. Beliau juga gagal melihat cermin belakang yang banyak meninggalkan iktibar. Penumpang belum berkata apa kerana mereka sedang 'mengeman' gula-gula dan membilang ringgit (RM500) yang Najib hulurkan untuk melekakan penumpang.

Najib tidak sedar dalam memandu dia banyak tersasar atau dipengaruhi oleh unsur-unsur di luar pemanduannya. Misalnya dia suka bercakap menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan ini merbahayakan. Dia tidak boleh matikan handphone semasa memandu kerana disuruh berbuat begitu. Dia juga tidak boleh untuk tidak menjawab kerana kalau dibiarkan ia akan ditengking apabila pulang rumah nanti.

Lagi sewel dan sial ada kalanya Najib diganggu secara langsung apabila orang itu duduk di sebelahnya dan ikut sama memutar stering bersama Najib dan mengarahkan jalannya sendiri. Gangguan ke atas pemanduan Najib ini merbahaya.

Dalam kata lain Najib seorang pemandu yang dikawal, akan menggerakan kenderaan dibawanya menurut kuasa luar. Dia diremote oleh kuasa luar seorang yang sepatutnya berada di dapur rumahnya atau tukang menayarungkan stokin dikaki Najib. Bagaimana seorang pemandu yang dikawal untuk mengatakan dia seorang driver yang cekap, berprofesional?

Apabila Najib sudah memesan kepada penumpang agar jangan tukar driver di tengah jalan barang kali dia sudah dapat merasa keluh kesan penumpang yang bersunggut mengenai wibawa dia sebagai pemandu. Barang kali sudah ada tanda-tanda yang penumpang ingin menukar driver. Kalau tidak dia tidak akan memberi peringatan sebegitu.

Bagi pemandu yang mengerti dan tahu akan bahaya di depan mereka perlu malah wajib tukar driver. Mereka kena tukar Najib sebelum ia mengheret penumpang lebih jauh. Kalau dibiarkan sudah pasti Najib akan membawa mereka terjun gaung atau pun melanggar bukit. Sebenarnya bukan saja setakat driver tetapi kenderaan itu sendiri juga perlu ditukar kerana ia sudah terlalu lama, sudah 54 tahun dan sudah keletihan. Banyak perkakas dan mekanisme enjin rosak dan luruh. Bahkan nombor plat juga sudah tercabut...

Dalam pembentang itu juga Najib mendabit dada kononya dia tidak gentar untuk bersaing di pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana itu adalah pilihan demorkasi yang adil. Benarkah Najib berani untuk bersaing di pasaran bebas? Belawak kohong semuanya. Kalau benar bagaikan dikatakan Najib tidak akan kongkong media massa, beliau tidak akan kongkong polis, beliau tidak akan kongkong SPR, SPRM dan segala macam agensi.

Beliau akan lepas terbuka dan beri kebebasan secukupnya kepada agensi atau pun badan berkenaan seperti mana matlamat perwujudan dan penubuhannya. Dengan cara berlindung dan menjadi agensi kerajaan sebagai kubu Najib sebenarnya pengecut dan bacul campur munafik.

Sikap diam membisu beliau terhadap cabaran Anwar untuk berdebat menunjukkan dan mengenalkan kita siapa Najib sebenarnya. Kalau benar dia berani dan tidak gentar kepada pasaran idea babas dia akan sahut cabaran Anwar. Dia tidak perlu berdolak dalih dan mengatakan perdebatan itu membuang masa.

Bagi rakyat selagi Najib tidak sedia untuk menyahut cabaran itu, rakyat tidak akan mengikhtiraf Najib sebagai perdana menteri yang berani dan bertanggungjawab. Katalah sejuta kali dia tidak gentar kepada pasaran idea, tetapi pembisuan itu akan diterjemahkan rakyat Najib takut dan kecut perut. Sebelum ini bukan main lagi dia mengangga mulut mengatakan Anwar akan demam kalau berdebatnya dengannya, tetapi hakikat hari ini yang bergerunyuk dan kesejukan bukan Anwar tetapi Najib

Cerita sebalik kempen jangan tukar pemandu

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak semalam mengingatkan rakyat supaya tidak menukar pemandu dalam perjalanan, merujuk kepada kepimpinan beliau.

Najib mengingatkan bahawa pakatan pembangkang hanya menabur janji sedangkan tugas sebenar dilakukan oleh pentadbiran beliau dan pemerintah BN.

Slogan jangan menukar pemandu di tengah perjalanan ini ialah satu variasi slogan Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln dalam kempen pilihan raya presiden AS pada 1864; "Don't change horses in midstream."

Slogan ini menekankan kepentingan pengalaman dan keperluan mengekalkan penjawat sedia ada untuk meneruskan program mereka.

Lincoln pada masa itu berkempen untuk pemilihan semula, iaitu untuk penggal seterusnya dan menang dalam pilihan raya tersebut.

Satu yang menarik tentang slogan ini ialah adaptasi dan variasinya oleh presiden-presiden lain sepanjang sejarah, yang semuanya untuk kempen pemilihan semula.

Franklin D Roosevelt dan George W Bush kemudian mengadaptasi slogan Lincoln itu untuk kempen pemilihan semula masing-masing, dan juga menang dalam pilihan raya presiden masing-masing.

Najib mungkin mengambil variasi slogan yang sama - yang pembawanya memenangi pilihan raya untuk penggal seterusnya - kerana merasakan slogan ini sebagai slogan yang menjadikannya winnable.

Najib mengemukakan saranan jangan menukar pemandu itu semasa program transformasinya dikemukakan sebagai mencapai kejayaan melebihi jangkaan.

http://siasahdaily.blogspot.com



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment