Tuesday, April 3, 2012

RG2011... WAQAF IQRA' BOOK PROJECT.

 


"Anyone who shows/teaches a goodness, then he/she will be rewarded (by Allah SWT) with the same ajar as the person who performs the good deed   
(HR Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).


WAQAF IQRA' BOOK PROJECT.
 
ALLAHU AKBAR! 
as of today..... ALREADY 2300 copies
 
donated by the public!

We are promoting this waqf program for this IQRA Book that is proven to be the mostly utilized entry-level Quran learning book in Indonesia and Malaysia.  We are going to waqf these books to the children of Mindanao and Cambodia who have no access to the IQRA books.

Cost? only RM12 per book.  You can donate 1, 2 or more as you like.
How?  Please bank in the donation money to:

MAYBANK account:  562142713126.

Name on the account:  ACTION CARING TEAM (M) BERHAD

After you banked in the money, pls sms to 019-2149345 or 019-3744208, or email to actmy.care@gmail.com

and please give your personal particulars for us to issue receipts.


Malay version:
******************************************************** 
******************************************************************************************

KEMPEN WAQAF BUKU IQRO'  

         

Kempen kita kali ini mudah sahaja tetapi mudah-mudahan mendapat sambutan yang sangat baik seperti projek-projek sebelumnya.  

Kali ini kami mengajak kawan-kawan MEWAQAFKAN BUKU IQRO' untuk anak-anak di Kemboja dan Mindanao.   Kaedah IQRO' ini memang sudah diiktiraf di Malaysia dan Indonesia sebagai kaedah yang paling berkesan dalam mengajar asas membaca Al-Quran kepada kanak-kanak. 

 

Untuk berkongsi sedikit motivasi, izinkan saya berkongsi  beberapa hadis tentang hal ini.  Ya, memang besar pahalanya bagi orang-orang yang belajar dan membaca Al-Quran kerana berdasarkan hadis-hadis ini:

(1) "Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan yang mengajarkannya " (HR Bukhari)
(2) "Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (
آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf" (HR Bukhari)

(3) "Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala " (Muttafaq alaih)


DAN INI BAHAGIAN KITA PULA, InsyaAllah…

"Barangsiapa yang menunjukkan/mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama sepertimana orang yang melakukannya (mengikutinya)". (HR Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).

 

Keadaan Pembelajaran di sana ketika ini.

Kemboja:  Rata-rata guru menggunakan kaedah tradisional menggunakan muqaddam seperti kita dahulu. Pada bulan Februari 2012 yang lalu saya menziarahi sebuat sekolah agama rakyat di Kg. Tasoe (Kampung Cham). Kata ustazah yang mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak di situ, kaedah lama ini ternyata kurang berkesan dan susah nak menilai samada kanak-kanak tu sebenarnya faham atau tidak pengajaran beliau.  Rata-rata ustaz-ustaz di sana mahukan kalau boleh sistem pengajaran ditukar kepada cara IQRA', cuma mereka perlukan buku-bukunya.

Mindanao:  Keadaannya juga sama.  Sudahlah buku yang ada ala kadar sahaja, tempat pembelajaran pula di kebanyakan tempat terlalu kurang selesa (lihat foto).  Buku IQRO' ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar walaupun keadaan mereka serba kedhaifan.


     

 Ustazah di Kg. Tasoe, Kemboja   

     "Kelas" di sebuah maahad di Mindanao


Mari sama-sama waqafkan buku IQRA' untuk membangunkan ummah dan sebagai saham amal soleh kita yang berterusan apabila kita sudah meninggalkan dunia ini nanti..… ameen.

 

BERAPA SASARANNYA?  InsyaAllah kita target sebanyaknya yang kita boleh dapat, up to 4,000 naskah.  Sebabnya kita akan mendapat hampir free delivery cost disebabkan ada 2 group besar dari Malaysia yang akan ke sana pada akhir April dan awal May 2012 ini seramai kira-kira 70+ orang. Ianya akan dikirim melalui mereka.  

BERAPA YANG SUDAH DICAPAI SETAKAT INI?  Sudah 2300!

Alhamdulillah baru sahaja dilancarkan minggu lepas.

 

BILA TARIKH AKHIR PROGRAM?  insyaAllah kita target 1 Mei, 2012.

 

BERAPA BANYAK ATAU NILAI YANG HARUS SAYA WAQAF?

Hanya RM12 untuk satu buku IQRO' versi berwarna (Jilid 1-6 lengkap).   

Berapa-berapa pun boleh diwaqafkan... 1,2... atau lebih :-)

Lebih banyak waqafnya dari anda tentulah lebih baik insyaAllah.

Kos RM12 ini termasuk kos untuk kos penghantaran ke sekolah-sekolah berkenaan.

 

NOMBOR AKAUN MAYBANK:  562142713126.

PENAMA AKAUN:  ACTION CARING TEAM (M) BERHAD

Setelah bank-in harap sms ke 019-2149345/019-3744208, atau maklumkan ke e-mail actmy.care@gmail.com

dan harap beri maklumat peribadi untuk tujuan pengresitan.

 

Semuga Allah SWT memberkati dan menerima segala amal soleh kita dan menjadikannya satu amal yang memberi pahala yang berterusan…. ameen.





--



Datu Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia 
www.actmalaysia.org.my 


PROGRAM TERBARU ACT MALAYSIA. 
WAQAF BUKU IQRO' kepada kanak-kanak Kemboja dan Mindanao.
Hanya RM12 sahaja satu buku.  Sudah 1750 naskah diwaqafkan.  Sasaran 4,000 naskah.  Klik link: www.waqafiqro.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

LAGI PROGRAM-PROGRAM MENARIK DARI ACT MALAYSIA.
Sila ke website utama:  www.actmalaysia.org.my (klik link untuk terus ke senarai projek)
atau klik foto-foto di bawah untuk ke projek yang spesifik yang anda minati..


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment