Salam,
Setiap Individu Muslim WAJIB menyokong siapa saja peribadi / Puak/ Parti / Gerombolan yang mahu menegakkan Islam. Itu lah agaknya maksud TGNA sokong PAS masuk syurga.
Jadi Tidak Seharusnya seorang muslim 'melihat' cara hidup selain Islam sebagai lebih baik. " Masuklah Islam secara keseluruhan" baru tau kita akan hebatnya Islam yang yaklu-wala-yukla-alaihi itu...
Wallahu'alam.
HBI
--- On Thu, 31/5/12, nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> wrote:
From: nor azlin mohd nordin <azlin8@yahoo.com> Subject: Re: RG2011... Undi Pas Masuk Syurga Disanggah Ulama Arab Saud, Apa Kata Nik Aziz? To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com> Date: Thursday, 31 May, 2012, 10:29 PM
Tak payah la nak mintak pandangan TGNA. Semua orang pun tahu kalau nak masuk syurga bukan melalui parti politik tapi amal ibadah dan hubungan sesama makhluk Allah.
From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com Sent: Thursday, May 31, 2012 3:00 PM Subject: RG2011... Undi Pas Masuk Syurga Disanggah Ulama Arab Saud, Apa Kata Nik Aziz? Oleh Ali SallehJALAN BAYAM – Ketua Pemuda Umno Kota Bharu Rosmadi Ismail meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pandangan beliau terhadap ulama Arab Saudi yang menyifatkan "undi Pas masuk syurga" sebagai Jahil dan sesat. Beliau berkata Nik Abdul Aziz tidak wajar mendiamkan diri dengan pandangan itu kerana ianya boleh mengundang pelbagai persepsi yang boleh menggugat umat Islam di negara ini. "Sebagai pemimpin Pas yang sentiasa mengeluarkan fatwanya sendiri, Nik Aziz perlu jawab pandangan itu," katanya. Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia bahawa Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan. Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik. "Syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan Ubudiyah, bukan kepada mana-mana pengundi, manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik," katanya. –KHABAR KB
Read more: http://www.khabarkotabharu.com/undi-pas-masuk-syurga-disanggah-ulama-arab-saud-apa-kata-nik-aziz/#ixzz1wQbnbUu9
|
No comments:
Post a Comment