Thursday, May 31, 2012

RE: RG2011... MUFTI SIFATKAN PAS GHULUB???

 

Mufti lain mana reti bab ISLAM.....yang reti dan pahe...orang PAS jer....

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Cucu Buluhbetong
Sent: Wednesday, 30 May, 2012 9:41 AM
To: respeks groups; chainz
Subject: RG2011... MUFTI SIFATKAN PAS GHULUB???

 

 

 

 

 

Mufti sifatkan Pas ghulub



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Pas sebagai 'ghulub' ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam. "Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam.

"Kita boleh berbeza pendapat dan parti tapi jangan berpecah namun jawapannya, kita tidak boleh lupa benda itu," katanya selepas mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Primula Beach Hotel, semalam.

Menurutnys, dalam konteks agama, mereka yang keras hati boleh tergolong dalam kumpulan melampau dan sikap itu ditolak oleh Islam.

"Dalam Islam, kalau kita berkelahi tidak boleh melampau, begitu juga hal lain termasuk makan, perlu ada kesederhanaan. Kalau melampau kita berpecah dan akan hancur.

"Pas memang sudah melampau kerana tidak menghiraukan hal lain, apa nak jadi dengan bangsa dan agama kita, mereka tidak peduli sebaliknya hanya mahukan kerusi," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam buang sikap negatif dan mementingkan diri sendiri, sebaliknya bersatu padu tanpa mengira fahamanpolitik.

Sementara itu, Harussani turut bersetuju dengan kenyataan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi bahawa fatwa yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Beliau berkata, perkara ghaib seperti syurga dan neraka adalah hak ALLAH SWT dan manusia tidak boleh menjamin seseorang itu akan ditempatkan di syurga hanya kerana menyokong parti tertentu.

"Masuk syurga atau neraka bukan hal kita, manusia hanya boleh memohon keredaan ALLAH. Ini kejahilan, kita tidak boleh kafirkan orang. Kalau kita maki orang, kutuk orang ia naik ke langit dan turun balik ke bawah (berbalik kepada kita semula).

"Orang percaya fatwa ini juga jahil. Dalam ilmu kita ada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Fardu Ain kena tahu secara asas manakala Kifayah kena ada alim ulama yang ajar dengan betul," katanya.

Katanya, yang menjadi masalah sekarang mereka tidak tahu agama pun turut bersuara.

"Hendak keluarkan hukum bukan senang, kita kena lihat ayat dan kedudukan macam mana, baru boleh keluarkan hukum selain ada nas tertentu," katanya.

 



"For Business, For Growth, For Life"


The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank's letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank's official position do not necessarily reflect the view of the Bank.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment