Thursday, May 31, 2012

RG2011... Janji BN – Bina Rumah Rakyat Secepat Mungkin Selepas Menang Di Kelantan

 

Janji BN – Bina Rumah Rakyat Secepat Mungkin Selepas Menang Di Kelantan

June 1 | Posted by khabarkotabharu | JUN 2012 | 4 views Tags: 

Oleh Wan Hashim Wan Mustapha

KAMPUNG SIREH HULU – Barisan Nasional (BN) berjanji akan membina perumahan rakyat secepat mungkin sekiranya dapat menawan semula negeri ini selepas 22 tahun diperintah oleh Pas.

Setiausah Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Haji Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, sejarah telah membuktikan bahawa BN boleh melakukannya kerana matlamat utama parti tersebut adalah untuk membantu rakyat.

"Berdasarkan sejarah pada tahun 1978 dalam masa dua tahun setengah, kita berjaya menyiapkan perumahan rakyat Kampung Sireh, pada tahun 1981 flat Kampung Sireh sudah dapat diduduki, bermakna dalam masa tidak sampai tiga tahun bukan saja boleh mula tetapi menyiap dan boleh diduduki ini rekod kita.

"Maka saya minta rakyat Kelantan dan Kota Bharu supaya percaya dengan janji Perdana Menteri, perumahan rakyat akan dibina berleluasa bukan hanya menyelesaikan masalah pemilikan rumah tetapi untuk memperbaiki kehidupan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gelanggang Seni Silat Tari Tongkak di sini pada 27 Mei lalu.

Haji Mohamad Fatmi berkata, usaha untuk membina perumahan rakyat sukar untuk menjadi kenyataan sekiranya BN tidak mengambil alih negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

"Tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi sukar untuk Kerajaan Pusat untuk mendapatkan lokasi yang baik untuk rakyat.

"Kalau nak bina rumah rakyat lokasi mesti berpatutan, kalau bina lokasi berjauhan di tempat yang tidak ada infrastruktur tidak ada makna kerana ia hanya sekadar bina rumah tetapi tidak menyelesaiakn masalah rakyat," katanya.

Tambahnya, ini hasrat murni untuk membantu rakyat Kelantan dan bukannya cakap-cakap kosong sepertimana yang sering dilakukan oleh pemimpin pas walaupun diberi tempoh yang lama oleh rakyat untuk membuktikannya.

–khabar kb



Read more: http://www.khabarkotabharu.com/janji-bn-bina-rumah-rakyat-secepat-mungkin-selepas-menang-di-kelantan/#ixzz1wWR4AmOx

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment