MACAM PKR, DAP juga parti anak beranak pinak...so kalau ada masalah...biaralh anak beranak jer tahu....rakyat Malaysia pandang dna jahit mulut jer...takde kanggg saman 100juta...
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shreddervirtuoso
Sent: Thursday, 31 May, 2012 3:08 PM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Gambar panassss LGE dan kekasih gelapnya!!!!
PADA mulanya penulis agak keliru bila dimaklumkan dengan berita ini. Keliru kerana memikirkan apa masalahnya sehinggakan pergeseran peribadi antara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dengan seorang individu lain, perlu menjadi isu politik.
Perkara itu adalah masalah biasa yang berlaku kepada hampir setiap dari kita. Mungkin tidak sampai ke tahap bertepuk tampar seperti yang penulis dengar berlaku dalam hal ini, tapi masih lagi masalah itu dianggap biasa berlaku dikalangan masyarakat Malaysia kita ini.
Walaupun penulis mendengar tindakan YB Betty Chew (DAP-Kota Laksamana) itu ada kaitan dengancemburu dan skandal, penulis masih lagi berperasaan yang ianya adalah bersifat peribadi dan tidak mempunya kaitan dengan jawatan politik yang dipegang masing-masing.
Mengambil contoh bekas Menteri Kesihatan, yang juga Presiden MCA sekarang, Datuk Seri Chua Soi Lek. Penulis tidak perlu panjangkan soal itu kerana rasanya semua orang sudah tahu.
Yang penulis nak berkongsi disini ialah, bagaimana kes membabitkan Soi Lek tidak menganggu pun karier politiknya apabila masih dipilih sebagai Presiden MCA menggantikan Datuk Seri Ong Tee Kiat pada 2009 - walaupun setelah video seksnya terdedah pada 2007 sehingga memaksanya melepaskan jawatan Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, termasuk tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum 2008.
Tapi bila diterangkan bahawa parti yang diwakili kedua suami isteri tersebut adalah sangat berbeza dengan MCA, terutama dalam soal kredebiliti dan intergriti, barulah penulis nampak keperluan untuk pemimpin terbabit menjelaskan kepada rakyat dan penyokong partinya, benarkah dakwaan yang wanita tersebut menjadi orang ketiga dalam hidup Guan Eng suami isteri?
Ya tak ya juga, kalau dah semuanya sama, apa lebih memilih MCA dan apa kurang memilih DAP?
Justeru, atas prinsip tersebut, wajiblah untuk Guan Eng tampil ke depan, benarkah seperti yang dituduh bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan wanita tersebut yang dikatakan menjadi punca kepada pertelingkahannya dengan Betty Chew?
Kalau benar ada yang menampar dan ditampar, itu bermaksud pertelagahan yang awalnya dikatakan ‘biasa’, sudah melanggar undang-undang juga. Dan kita tidak mahulah pemimpin yang mengambil tindakan di tangan sendiri menjadi pemimpin masa depan Malaysia – sekali lagi, soal intergriti.
Lagipun penulis yakin soal ini serius kerana Guan Eng dikatakan bekerjasama dengan ‘orang penting’ dalam salah sebuah akhbar milik MCA untuk mengelirukan rakyat dengan identiti sebenar wanita di atas. Benarkah begitu?
Yang dituntut tidak semestinya pengakuan, tapi penjelasan. Benarkah semua cerita yang disebutkan di atas? Apa pun tindakan seterusnya akan ditentukan dari situ. Nak dipertahankan, dibiarkan atau bagaimana.
Sebagai seorang yang sudah sebati dengan sepak terajang politik negara, keluar masuk penjara, termasuk pernah menjadi tahanan ISA di Kamunting, penulis tidak rasa menjadi satu masalah yang besar untuk Guan Eng tampil dengan sidang media menjelaskan hal tersebut.
Lebih cantik kalau isteri beliau yang menjadi ‘pusat krisis’, dapat hadir dalam sidang media itu bagi mempertahankan suaminya dari serangan liar untuk menjatuhkan karier politiknya (kalau benar ianya satu fitnah). Atau menerima keadaan itu seadanya atas sebab-sebab yang bakal dijelaskan nanti (seperti mana dalam kes Soi Lek).
Yang perlu dielak ialah berdiam diri dan mengharapkan ia hilang ditiup angin. Apatah lagi bila ada ugutanuntuk mengambil tindakan Mahkamah kepada sesiapa yang membangkitkan soal ini.
Penulis tahu mulut orang boleh ditutup, tapi jari, keyboard dan internet, nak ditutup macam mana?
Source
"For Business, For Growth, For Life"
The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank’s letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank’s official position do not necessarily reflect the view of the Bank.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment