Thursday, May 31, 2012

RG2011... Di hadapan berdepan dengan pembangkang, di dalam bermusuh sesama sendiri

 

Oleh Aspan Alias.

UMNO bukan sahaja bermasalah untuk menentang parti-parti pembangkang, parti itu juga sedang berhadapan dengan masalah dalamannya. Masalah dalaman UMNO bukannya kecil. Ia melibatkan pergerakan dalam yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang veteran dan yang muda untuk menyusun kembali hiraki kepimpinan parti itu.

Dalam situasi menghadapi pilihanraya umum, UMNO juga sedang membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan agong parti dan perhimpunan kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan di setiap peringkat. Gerakan-gerakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam isu pemilihan kali ini amat besar ertinya dalam menentukan masa depan sesetengah pemimpin tertinggi parti dan pemimpin muda yang tidak sabar untuk menongkah arus dengan cita-cita besar menjadi pemegang tampuk kuasa suatu hari nanti.

Sejak akhir-akhir ini perkembangan dalam UMNO telah menampakkan bibit-bibit perpecahan kerana ada usaha untuk mengenepikan Muhyiddin agar kekosongan itu dapat diisi oleh pemimpin muda yang inginkan menjadi pelapis kepada Najib yang mereka jangka akan terpaksa mengakui bahawa beliau telah gagal dalam segala 'avenue' untuk terus memegang tampuk pentadbiran negara dan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengikut tradisi UMNO Timbalan Presiden merupakan orang yang akan mengambil alih tampuk kuasa itu, tetapi sejarah negara kita ramai juga Timbalan Perdana Menteri yang tidak kesampaian hajat mereka untuk menjawat jawatan PM. PM di Malaysia boleh memasukkan orang lain ke dalam penjara dan juga berkuasa untuk mengelakkan diri sendiri daripada dipenjara walaupun telah melakukan jenayah yang besar.

Najib khabarnya mahukan sepupunya yang 'kureng' sedikit itu untuk mengambilalih kedudukan beliau jika beliau bersara. Maka Muhyiddinlah yang menjadi sasaran dalam senyap untuk mengambil giliran untuk diketepikan. Jika ini berjaya dilakukan maka dengan mudah boleh menyusun untuk meletakkan seorang calon Ketua Pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menyusul dari belakang untuk mengambil tempat Hishamuddin  akhirnya.

Samada pemilihan parti atau PRU dahulu mempunyai impliksi besar terhadap parti. Jika pemilihan parti dilakukan dahulu maka muka-muka yang akan dicalonkan dalam PRU yang menyusul akan banyak berubah dari apa yang dijangkakan pada masa ini. Tetapi yang lebih munasabah ialah berlakunya PRU dahulu dan dalam persediaan untuk menyusun kembali hiraki parti selepas PRU itu maka masing-masing pemimpin tertinggi akan mengenengahkan calon-calon 'winnable' masing-masing.

Apabila senarai calon-calon UMNO diumumkan nanti maka bermulalah perpecahan yang besar kerana itu adalah budaya dan cara UMNO pada masa kini. Keadaan dan situasi kelam-kabut ini akan lebih serius lagi jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas kerana kali ini ialah pilihanraya penentu nasib masa depan mereka yang sedang berusaha untuk menerajui parti sebagai jalan ke arah kuasa yang besar itu.

Tetapi ramai di kalangan pemimpin UMNO juga merasakan apa-apa yang dirancang oleh setiap pemain politik besar di dalam UMNO itu akan gagal semuanya jika UMNO kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Seperti yang kita tersedia maklum rakyat pengundi sudah menunjukkan dengan jelas sikap mereka terhadap UMNO sekarang ini. Ramai rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti itu kerana isu berat yang menggunung sedang dihadapi olah parti itu di hadapan pengadil yang mutlak dalam demokrasi iaitu rakyat jelata.

Sebesar mana pun jawatan parti yang dipegang oleh seseorang itu, ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka jika parti kecundang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita semua tahu bahawa kebarangkalian UMNO tewas dalam pilihanraya kali ini adalah besar, malahan ada pihak yang berkeyakinan yang UMNO akan hanya memenangi kurang daripada 60 kerusi dalam PRU ke-13 ini. Sekarang UMNO hanya mempunyai 69 kerusi di dewan Parlimen.

Tetapi yang pasti menjadi tanggungjawab moral sebagai pemimpin, ialah dengan meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan jika UMNO memenangi kurang dari 69 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

14 comments:

Anonymous said...

Tak perlu dibicara dan dipikirkan lagi kerana umno dan bn pasti kecundang pada pru kali ini.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tun Mahathir terkenal kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang berani melawan hukum Allah.

Kerana beliau, maka SPR dan JPN bersekongkol memenangkan UMNO. Keputusan pilihanraya merupakan asas untuk menentukan kemenangan UMNO dan bukannya hukum Allah.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Adalah sesuatu yang jelas dalam permainan politik UMNO sentiasa terdapat percaturan politik. Sudah namanya ahli politik dan parti politik. Percaturan najib dan muhyidin seperti yg tuan ramalkan ini adalah logik kerana hieraki kepimpinan kerajaan BN amatlah terang dan nyata iaitu presiden UMNo menjadi PM dan Timbalan Presiden UMNO menjadi Timbalan perdana menteri. Yang tidak logik adalah sehingga hari ini adalah kecuali Perdana Menteri (anwar), PR masih tidak jelas siapa TPM nya. Itu belum lagi siapa menteri kanan dan barisan kabinet.

Saya setuju dengan pemahaman Tunku Aziz yg merasakan bila sahaja PR memperolehi kuasa nanti (seperti yg tuan yakini) perkara pertama yg menjadi pertelagahan adalah siapa TPM dan pembahagian kerusi kabinet. Hairan walaupun didesak bertalu talu, PR masih enggan menamakan kabinet bayangan mereka. Apakah menamakan kabinet itu lebih sukar dari mengadakan bajet bayangan? Ini nampak simple tapi inilah juga antara yang majoriti pengundi sedang amati.

rudi said...

Kepada ahli2 Umno yang menjadi pecacai dibawah tu tinggalkan saja parti tu. Yang sibuk nak jadi hero tu apa pasal.

Umno yang untuk segelintir pemimpin serta kroni saja. Yang dibawah ni, lebih sudu dari kuah ni apasal?

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tun Mahathir sendiri pernah berkata bahawa ajaran ulama yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persediaan untuk akhirat.

UMNO pada realitinya bertapak dalam dunia dan bukannya menghala ke akhirat. Jadi untuk survival UMNO, Allah telah merelakan segala kemungkaran berlaku.

Malah pemimpin UMNO akan menjawab kubur lain-lain. Kenapa menyibuk? Tanggungjawab saya kini di dunia ialah survival parti dan anak keluarga dan kroni.

Anonymous said...

Seperti Ibni Ismail telah komen bahawa politik ini adalah satu permainan untuk UMNO.

Jadi persoalan rudi siapa nak jadi hero tidaklah timbul. Dalam ertikata permainan, matlamatnya ialah untuk menang.

Tindakan Tun Mahathir telah mengambil kira cara untuk memenangi dalam pilihanraya.

Lihatlah walaupun sudah 3 perhimpunan BERSIH, UMNO tetap tidak mengalah. Apa yang boleh rakyat lakukan kalau UMNO tidak mahu berganjak dari menguasai negara?

Dari segi rule of law, mandat dua pertiga telah membolehkan perlembagaan diubahsuai sehingga mengikut acuan pemerintahan UMNO. Kerana itu rakyat digesa menghormati perlembagaan negara.

Rakyat tahu akan kerjasama SPR dan JPN dalam memenangikan UMNO. Dari segi undang-undang persempadan pilihanraya masih membenarkan UMNO ubahsuai tanpa bantahan.

Selama ini UMNO ada ikut hukum Allah? Apakah cara UMNO betul? Hakikatnya, UMNO tetap berkuasa.

Anonymous said...

Tuan,

Barisan kabinet bayangan Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang amat-amat dinanti oleh UMNO Baru. Barisan inilah akan menjadi pukulan maut yang sedang dinanti-nantikan oleh UMNO Baru bagi menghancur dan meleburkan Pakatan Rakyat.

2. Disini juga terletak strategi paling ampuh Pakatan Rakyat. Adalah buta jika UMNO Baru tidak nampak bakal-bakal calon Menteri yang mungkin akan dipilih kepelbagai jawatan menteri jika Pakatan rakyat menang PRU.

Calon-calon ini begitu terang bak disuluh dengan lampu limpah mega lagi. Tapi siapa yang layak memegang jawatan apa itu je yang tak nampak langsung tanda-tandanya.

Disinilah yang membuat UMNO Baru bagai rak nak gila. Operasi nak beli bakal menteri kabinet pakatan Rakyat tak boleh nak dijalankan. Disinilah bijak dan handalnya strategi Pakatan rakyat.

Kalau siang-siang lagi dah umum, maka sudah pasti UMNO BARU sanggup berbelanja besar untuk membeli individu-individu ini.

Bagi meringankan kekalutan UMNO Baru, moh aku bagi hint. Tony Pua akan memegang jawatan penting dalam Kementerian Kewangan. Mat sabu akan jadi Menteri penerangan. hahahaha....

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Agak kelakar jugak tuan panggil Hishamudin dengan perkataan ' kureng' tu. Macam ada maksud tersembunyi aje. Mungkin Tuan Aspan boleh huraikan? Adakah susulan salah satu headline Harakah pada tahun 2011 yang mana lebih kurang berbunyi ' Menteri kanan UMNO hadiahkan kereta mewah kepada penyanyi ....' . Oppsssss!

Anonymous said...

13:37

Apa you komen memang betul. Untuk mengalahkan Umno Barisan Nasional dalam pilihanraya hanya tinggal satu cara.

Umno Barisan Nasional boleh tipu. Tapi berapa peratus yang boleh mereka tipu? 10 peratus? 15 peratus?

Satu cara untuk Umno Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya ialah dengan hanya mendapat sokongan 10% ke 15% sahaja.

Bagaimana ini boleh berlaku kalau rakyat masih jahil tentang keburukan Umno Barisan Nasional?

Pakatan Rakyat perlu menggembelingkan kuasa seluruh rakyat bagi membantu dalam menyebarkan segala kejahatan Umno Barisan Nasional supaya rakyat akan keluar mengundi dalam pilihanraya yang akan datang.

Hanya dengan majoriti yang besar sahaja baru boleh melenyapkan penipuan yang berlaku dalam pilihanraya yang bakal menjelang dalam masa terdekat ini.

Berdoalah meminta kuasa dari Tuhan supaya menggerakkan hati rakyat untuk membuat perubahan.

Anonymous said...

Anon 14:41;

Dalam permainan politik manusia, kaki manusia perlu berpijak di atas bumi. Untuk UMNO memerintah, UMNO perlu menang 51% kerusi parlimen (222) iaitu hanya 112 sahaja.

Dengan hanya mengambil penambahan petugas SPR berjumlah sebanyak 240 ribu yang akan mengundi cara pos, ini menterjemahkan 112 kerusi akan mendapat penambahan 2,140 pengundi. (240 ribu bahagi 112)

Sekiranya UMNO dapat menang 50 kerusi sahaja (20%) bermaksud 62 kerusi perlu dimenangikan dengan hanya majoriti 3,870 pengundi (240 ribu bahagi 62).

Hakikatnya, sudah ada 40 ribu warga dari entah mana akan mengundi. Dengan mengambil kira undi pos polis dan tentera dan pengundi berulang kali, apakah realitinya Umno boleh dikalahkan?

Anonymous said...

Anon semua..

Ajaran madey la yang menghuru hara kan politik melayu.. dia bukan melayu apa kisah.. melayu nak mampus.

Anonymous said...

Salam,

Tuan Aspan,

Sekadar membetulkan fakta.

UMNO ada 78 kerusi di Parlimen :
75 Melayu/Islam
3 pribumi/non-muslim.

-MAKORANG-

Anonymous said...

Anon 00:41

Siapa cakap 75 kerusi parlimen dari melayu/islam,perlu diperbetulkan 75kerusi parlimen adalah dari kafir yang bertopengkan melayu olih kerana mereka ini dari gulongan yang menolak hukum allah yang di ketuai olih keturunan dari kerala yang mengaku melayu tak sedar diri di atas kertas S/O ....yang bodoh pengikut dari melayu UMNO totok.

Anonymous said...

PM dari umno berbangsa melayu

TPM dari umno berbangsa melayu

Pertahanan, agama, undang2, pelajaran, penerangan, dan banyak lagi portfolio, semuanya melayu dari parti umno yang pegang.....

TAPI,

Umat melayu dapat apa dari melayu2 ni?.....

Apa dah jadi dengan agama Islam di Malaysia kini akibat mainan politik LONGKANG melayu2 ni?.....

Mana lagi ketertiban...ketatasusilaan....amanah....ikhlas dan ehsan yang lama dikaitkan dengan budaya melayu????

ada yang tulis kat atas ni tak takut langsung untuk menyatakan bahawasanya umno boleh berada atas tampuk kuasa DILUAR kuasa Allah???....dengan mereka menunjukkan kemahiran bermain politik sekular TANPA BATASAN semata2!......

inilah RAGAM melayu akhir zaman.....yang berpusat dalam parti umno (BARU)....

gheng lama

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment