Tajuk blogging kali ini agak keras sikit bunyinya. Tapi, pada aku...aku cuma memberikan peringatan kepada yang ingin ke India agar lebih berhati-hati apabila melawat sesuatu tempat di sini. Bukan niat aku untuk memperlekehkan akidah saudara Muslim aku di sini. Cuma kadang-kadang, aku berasakan penduduk di sini akan meletakkan adat dan budaya lebih tinggi dari tuntutan syarak. Sehinggakan beberapa perkara yang pada pandangan aku sudah terang boleh dianggap khurafat dan syirik masih diamalkan dalam kegiatan seharian mereka.
Salah satu tempat yang aku maksudkan dan aku ingin kongsikan pada yang sudi membaca adalah Dargah Shariff Hazrat Khwaja Muinuddin Chishti yang dianggap kawasan suci dalam bandar Ajmer. Ia adalah antara salah satu tempat yang dinggap paling suci untuk beribadat di India bukan hanya untuk umat Islam tetapi juga untuk orang-orang agama lain yang memegang kepercayaan ketuhanan (samada Hindu, Kristian, Jain, Bahai, dan lain-lainnya). Ajmer terletak 135 kilometer (84 batu) dari bandar Jaipur. Kalau naik kereta ambil masa dalam tiga jam. Sebenarnya pada suatu ketika dahulu, Ajmer ni adalah suatu negeri yang mempunyai pemerintahannya yang sendiri. Selepas India mendapat kemerdekaan dari British, Ajmer diletakkan dibawah memerintahan Rajasthan.
Apa yang buat Ajmer nie femes ?
Semuanya kerana pada suatu ketika dahulu di Ajmer nie ada seorang sufi (kalau tempat kita setaraf dengan insan yang diangkat sebagai wali) bernama Saheb (macam kita di Malaysia ada golongan Syed) Khwaja Moinuddin Chishti. Beliau berasal dari Chishti, Afganisthan (Moinuddin tu nama dia…Chishti tu tempat kelahiran die…) dan dikatakan berketurunan Muhammad Rasullullah melalui susur galur Jaafar as Siddiq. Beliau terlalu diagungkan kerana berpegang pada prinsip keIslaman 'semangat hidup aman dan harmoni, menikmati kehormatan sejagat dan ketaatan' sejak dari mulanya menetap di atas tanah Hindustan. Beliau juga dikatakan datang ke India selepas menerima mimpi (dari cerita rakyat tempatan mereka kata beliau bermimpikan Rasulullah datang dalam mimpinya) supaya mengembara.
Kehidupannya yang dikatakan simple…menyayangi anak yatim…sering mambantu penduduk setempat…malahan, dikurniakan kebijaksanaan sehingga mampu memberikan pandangan kepada pemerintah untuk mentadbir kawasan Ajmer dengan lebih baik. Penduduk setempat di Ajmer juga mengatakan bahawa, Moinuddin Chishti memiliki keajaiban (aku percaya dalam hal ini istilah sebenarnya adalah "karomah") dalam membantu penduduk setempat. Aku tak dapat pastikan apakah bentuk keajaiab yang dimaksudkan. Tapi, penduduk di sini cukup mengkagumi insan ini kerana sifat-sifat mulia yang ditunjukkan beliau. Tidak ketinggalan, orangnya warak dan berpegang teguh pada ajaran Islam.
Apabila, Moinuddin Chishti meninggal dunia…jasad beliau dikebumikan di sebuah kawasan yang dipanggil Dargah terletak di kaki hujung utara bukit Taragarh. Darjah nie lebih kurang macam kawasan tempat pemakaman kubur orang-orang yang penting dalam sejarah kawasan tu…Lebih kurang maksudnyalah.
Cuma apa yang aku nak bagi tau…dekat kawasan bersemadinya Moinuddin Chishti nie…ada lagi kubur lain yang disanjungi oleh masyarakat setempat. Kubur Buland Darwaza (korang googlelah sendiri), yang telah dibina dengan derma Sultan Ghyasuddin Khilji Mandoo yang memerintah daerah Ajmer pada 1469-1500 SM.
Okeylah...cukup-cukuplah kita cerita pasal insan sufi dan kubur nie...Aku cuma nak kata, kalau ada rezeki korang sampai ke sini...cukuplah sekadar dengan menyedekahkan surah al-Fatihah buat roh yang bersemadi di sini. Bersolat sunat di masjid yang ada berhampiran dengan makam nie. Kalau rasa nak menderma berilah seikhlas hati. Jangan lebih dari itu. Jangan terpengaruh dengan penduduk di sini. Korang pasti akan berjumpa dengan individu yang akan meminta korang ke makam tersebut dan nyatakanlah hajat korang. Tak lupa mereka akan minta korang bagi sumbangan duit kat tabung atau tabur jer dekat dengan kubur tu.
Aku paling terkejut dengan beberapa individu yang menggelar diri mereka sebagai muslim tetapi membenarkan amalan khurafat dan syirik berlaku berleluasa di sini. Aku tak der masalah kalau orang nak melawat kubur dan bersolat di masjid yang berdekatan dengan makam-makam yang berhampiran di dargah nie. Cuma bila dibenarkan sesiapa (tak kira siapa pun) yang nak bernazar atau membawa hajat atau berhajat dihadapan kubur...dengan cara dan kaedah agama atau ikutan masing itu yang aku tak boleh terima. Yang hindu berhajat cara mereka...yang muslim pun ada juga berhajat...yang kristian pun ada (siap tabur duit syiling banyak-banyak lagi) dan macam-macam lagi peel leh tengok di sini. Tak cukup dengan itu, ada yang bakal naik haji atau sebelum ke Makkatul mu Karramah pun akan memastikan mereka naik haji di Ajmer dulu sebelum mengerjakan rukun Islam yang kelima ini. Tepuk dahi kejap aku...
Sampai peringkat...ada kalangan ahli sukan (terutamanya yang main kriket) siap minta tolong dari kubur tu untuk memenangkan pasukan mereka dalam perlawanan besar yang akan mereka hadapi. Artis bollywood, jangan cakaplah...hampir setiap kali filem masing-masing nak kuar mesti ada muka femes yang muncul di Ajmer. Tak kira agama...semua muncul...kalau hajat mereka tercapai...siap datang lagi...nah...penjaga yang mengurus dargah pastinya kaya kalau ada VIP or VVIP or artis nie hajatnya tercapai. Na'uzubillah...
Aku kadang-kadang macam tak percaya mereka melakukan kerja kurafat di makam salah seorang waris Rasullullah...Tapi, hakikatnya itulah yang berlaku di sini. Paling sedih juga ada yang mengambil kesempatan. Jual tangkal...kain...buat azimat katanya. Tah mana-mana tali diorang amik pun aku tak tau...
Masalah di sini bukannya dah tak der ulama yang menegur...Tapi, mereka dah seakan tak mampu nak melarang kerana ada kuasa politik setempat yang menggalakkan aktiviti syirik nie. Ada yang kata kalau dihentikan segala amalan khurafat dan syirik ini...bandar Ajmer nie nanti tiada pengunjung dan sumber ekonomi setempat akan terjejas teruk. Ramai yang akan menganggur...ramai yang akan melarat...
Kubur menjadi punca rezeki mereka di sini...Yang paling penting kalau ada yang bercadang untuk ke Ajmer...harapnya beringatlah. Jangan sampai kita terpengaruh dengan dakyah penduduk setempat.
Aku hanya mampu mengingatkan saja...
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment