Tunku nih bukan turun padang tgk pun...biarlah..dier cari glamer camtu...bila lagi..kan...dah keluar tiba2 bercakap ...tabiat org keluar parti macam hasan ali..macam Tun Mahathir..
pada 28-05-2012 01:05 Ditulis Oleh Shuhaniza Said
[Dikemaskini]
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendakwa parti itu telah memutarbelitkan pendiriannya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.
Dalam sidang media khas di kediamannya di sini sebentar tadi, Tunku Aziz menjelaskan bahawa beliau tetap menyokong matlamat gabungan itu untuk memperjuangkan penambahbaikan sistem pilihan raya.
Namun beliau enggan bersetuju dengan pendekatan demostrasi jalanan yang dicadangkan sehingga membawa kepada kejadian rusuhan serta mengakibatkan keselamatan awam dan harta benda terjejas.
"Saya beri sokongan kepada kempen untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil. Itu memang saya sokong 100 peratus.
"Tetapi kalau mahu capai perkara tersebut dengan melanggar undang-undang saya tidak boleh sokong. Tetapi (kenyataan) dipusing bahawa saya menentang BERSIH, ini tidak betul," jelas beliau kepada media.
Beliau dalam pada itu turut menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan beliau tidak akan 'dihukum' berhubung pendiriannya yang menentang BERSIH, hanyalah separuh benar.
"Kebenarannya adalah disebabkan oleh kenyataan saya berhubung perhimpunan Bersih yang melanggar undang-undang, akan menyukarkan parti tersebut dan menyebabkan nama saya tidak dilantik semula," katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau telah berhasrat meninggalkan parti dua kali sebelum ini, namun membatalkannya atas dasar setiakawan.
Tunku Aziz sebelum ini dikecam kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyatakan pendirian di sidang Dewan Negara menolak himpunan BERSIH 3.0 yang ingin dilakukan di jalan raya.
Susulan kenyataan itu, DAP berterusan mengkritik Tunku Aziz dengan alasan pemimpin tertinggi parti dominasi Cina itu tidak sehaluan dengan pendirian parti.
Justeru DAP mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang berakhir Mei ini.
Ekoran keputusan itu Tunku Aziz dalam sebuah wawacana khas bersama NTV7 awal bulan ini mengumumkan keluar parti kerana kesal dengan sikap kepimpinan DAP yang menyekat kebebasan bersuara.
Source antarapos
--
Xstream-BOP
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment