Thursday, May 31, 2012

Re: RG2011... Re: RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

 



apa prob,
sprm siasat la,
kalau pihak PR, tak payah suruh sprm akan siasat
----- Original Message -----
Sent: Thursday, May 31, 2012 10:04 PM
Subject: Re: RG2011... Re: RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

 

Eh berat sebelah nampak....tak kira la cerita baru ke cerita lama ke, kalau dah korup takkan nak biar je....selagi belum meninggal, sempat lagi kalau nak pulangkan kepada rakyat. 

Banyak la alasan. Kata-kata awak ni macam kalau PR buat tak apa atau semuanya fitnah, tapi kalau BN buat semuanya benar belaka dan patut dihukum.

Kata sokong keadilan...., so kalau komen biar la adil. Kalau tak macammana nak pengaruhi orang atas pagar. 


From: fariz <d4rkn3555@yahoo.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, May 29, 2012 11:54 PM
Subject: RG2011... Re: RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

 
ini cerita zaman dahulu kala bro.takde ke cerita2 yg lagi baru? 2005 ke? 1995 dah tutup fail pun.knape dulu lagi xnak hebahkan benda ni? tu pun ntah sahih ke tak dokumen tu sume.kertas nampak mcm baru beli je kat book store.

cerita2 baru ada banyakk kat SPR.lebih2 lagi nama kak mah.cuba try cari.shopping kat australia.cincin.scorpene.handbag.gelang.kondo london.lembu2 kesayangan ijat.kondo bangsar, singapore..file kat SPR dah terr hilang kot?


From: shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, May 29, 2012 8:23 PM
Subject: RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

 


RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

Published by AIDC on May 29, 2012 | 4 Comments
AIDCNews – 29/05/12 – "Dokumen-dokumen membuktikan Azmin Ali adalah seorang korup", kata Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang melampirkan bukti-bukti dokumen menunjukkan Timbalan Presiden PKR itu seorang yang korup ketika masih berkhidmat dalam kerajaan pada tahun 1995.
Ketika itu, Azmin dikenali sebagai 'budak bermata biru' yang menjadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
"Bulan lepas, seorang pegawai SPRM yang telah bersara telah bertemu dengan saya di London untuk menyerahkan fail tebal yang mengandungi beratus-ratus dokumen," kata RPK dalam pendedahan terbaru di lamannya bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet"
Dokumen itu mengandungi kesalahan-kesalahan rasuah Azmin yang telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" di bawah arahan Anwar.
Anwar didakwa mengarahkan kroninya, Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya supaya menghentikan siasatan tersebut.
Salah satu dokumen itu menunjukkan Azmin menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM15, 000 daripada Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.
Dokumen lain pula menunjukkan Azmin memiliki saham, rumah dan kereta yang bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai. Cek tersebut dikatakan telah mengalir melalui Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin.
Shamsidar ketika itu dikatakan 'gundik' kepada Anwar.
Aset yang dimiliki oleh Azmin tidak sepadan dengan pendapatan yang hanya RM2,400 setiap bulan dan jika digabungkan dengan pendapatan isterinya, juga masih tidak sepadan iaitu kira-kira RM4,500 sebulan.
Aset tersebut termasuklah BMW 325i, kereta proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli, Proton Perdana 2.0 SE, 1000 lot saham di Hicom dan rumah seluas 8500 kaki persegi di No 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati bernilai RM210, 000.
Siasatan juga menunjukkan Azmin memiliki sebuah lagi banglo dua tingkat di Setapak yang berharga RM284, 118 dengan deposit sebanyak RM14, 181 dan ansuran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut mempersoalkan arahan untuk menghentikan penyiasatan walaupun mempunyai bukti pemilikan yang jelas untuk mengaitkan Azmin dengan kesalahan tersebut.
Salinan dokumen adalah seperti berikut :




















SOURCE   http://www.anwaraidc.com/?p=24785 &  http://www.bazookapenaka.com/2012/05/dokumen-skandal-jutaan-azmin-di-dedah.html






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment