Aku heran tol ler...
Org mintak wat amal jariah pun pelik..
Tah pape tah dorang nih..
Org ajak terkinja-kinja dengar k-pop buat dosa tak pelik ye..?
Hadeh.. Pelik.. Pelik..
Ellooo yg 'berkenaan'
Dah kalo 'korang' yg pegang duit kerajaan pusat..
'Korang' mmg ler banyak duit nak salurkan kat negeri yang 'korang' kuasai..
Sbb tu jugak wujudnya korupsi dan salah guna duit dari kerajaan pusat tu ke kroni2..
Kira ada bagusnya juga TGNA tu, mintak cara baik tanah rakyat utk diwakafkan..
Sbb itu takde paksaan, tapi meminta secara berhemah.. Atas rakyat gak nak bagik ke dak..
Cer 'korang' paham molek maksud 'wakaf' tu..
Bermaksud, kalo beri secara ikhlas tu tujuan kebaikan dan perkongsian rakyat dapat ler pahala selama mana harta yang diwakafkan tu, dimanfaatkan..
Biar pewakaf tu mati sejuta tahun pun, pahala itu akan terus berjalan tanpa hijab kepada dirinya semula...
Saham kekal tu beb.. Korang tak nak ke wey..?
Pelik kot pada korang yang memang tolak pahala tu...
Tapi aku nak tambah sket..
Kalo kita anjur majlis maksiat pun dapat bahagian jugak arh...
Tapi yg ni korang tak pelik pulak
Hadeh.. Pelik.. Pelik..
sama je ngan umno.... buat lebuh raya ada tol... tak kena nama nya mintak duit dekat rakyat......
kelantan mintak sekali je.. kena tol berkali kali.. fikir fikirkan lah.
From:
Sent: Thursday, May 31, 2012 3:10 PM
To:
Subject: [chainz_of_frenz] Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya
Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya
Oleh: Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah
Share on facebookMore Sharing Services
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hasrat kerajaan PAS Kelantan mahu membina lebuh raya dari Machang hingga ke Kuala Krai secara bergotong royong, dan meminta rakyat mendermakan wang ringgit atau bahan-bahan binaan untuk kegunaan pembinaan lebuh raya tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang amat pelik dan luar biasa.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, PAS sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah mampu untuk membina lebuh raya tanpa meminta bantuan pusat, apatah lagi dengan meminta derma daripada rakyat.
“Bagi saya, tindakan PAS meminta derma daripada rakyat dalam usaha membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang agak luar biasa sekali. Rasanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia yang berbuat sebegitu terhadap rakyat di negara atau pun di negeri mereka.
“PAS sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk membina lebuh raya tersebut tanpa meminta-minta sumbangan daripada rakyat. PAS sebagai kerajaan yang memerintah, tidak patut menyusahkan rakyat dengan meminta derma seperti itu,” tegasnya kepada UMNO-Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Berbanding dengan kerajaan BN yang diterjui oleh UMNO, sejak dari mula memerintah sehinggalah ke hari ini, segala projek pembangunan dan infrastruktur yang dibangunkan di negara ini berada dibawah tanggungjawab kerajaan BN sepenuhnya.
Selama ini, menurut beliau lagi, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.
“Biarpun
“Jelas dalam hal ini, kerajaan PAS tidak mampu menjadi pentadbir negeri yang baik, apatah lagi mahu mentadbir negara, kerana sudah 22 tahun memerintah pun masih lagi meminta-minta derma dari rakyat,” ujar beliau lagi. – MediaUMNO
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment