Saya copy & paste artikel Ustaz Mad : www.slanboru.blogspot.com
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
وبعد, يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي رب إشرح لي صدري و
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Saya mendoakan agar Allah Swt. sentiasa menerima semua amalan kita seterusnya melimpahkan segala rahmat dan keampunanNya di hari dan bulan yang mulia ini, InsyaAllah. Saya memohon perlindungan, rahmat dan bimbingan dari Allah Swt. dari sebarang kesilapan dalam menuliskan nukilan ini.
Saya ada menerima 11 permintaan untuk membicarakan serba sedikit mengenai Bersih 3. Semuanya, meminta saya menyentuh langsung mengenainya. Jawaban ringkas saya disini : kedua-dua pihak ada kurang dan lebih, setiapnya ada dosa dan pahala, sangat percaya bahawa mereka sahaja yang serba betul dan orang lain salah belaka, setiapnya mempunyai justifikasi, memiliki hujjah, ada bukti sama ada benar atau ciptaan, cuma mereka terbelenggu dalam paradigm, perspektif dan kepentingan mereka sendiri. Lain dari itu, agama, bangsa, darah, negara, syahadah dan ibadah mereka adalah sama sahaja. Jelas sekali yang mereka ini tidak sama dalam fahaman politik.
Lantaran Bersih 3 ini adalah totally political motivated and initiative, biarlah PRU 13 yang bakal menjelang memberikan keputusannya. Dek kerana semua mereka telah berjanji setia, mempersetujui dan mengimani bahawa demokrasi dan pengundi lah yang menjadi kiblat kebenaran, bukannya Allah Swt. dan rasulNya, maka akan ketara nanti demokrasi memberitahu siapa yang straight As atau pun straight Es. Dan saya pula sangat tidak layak menjadi hakim atas apa yang mereka lakukan. Mari kita pakat-pakat tunggu dan lihat. Harapnya tidaklah nanti, pihak yang kalah akan berdemontrasi pula dengan slogan : demokrasi pun tak betul.
Lagi pula, diyakini sungguh, sebanyak mana pun saya penulis marhaen ini menukil kata dan rasa, tiada siapa jua yang akan ambil peduli, malah tidak akan memberikan impak apa pun selain meletihkan otak sendiri. Telah ternyata, nasihat para alim ulama' pun tak siapa ambil pusing apatah lagi nukilan saya yang serba dhaif ini. Masing-masing sudah ada berhala sendiri-sendiri yang mereka senantiasa akan tunduk patuh kepadanya, tanpa soal dalam keadaan apa pun, dengan penuh semangat tanpa perlu diperiksa lagi, bersalut hasad, sentimen kebencian dan serba prejudis, tanpa soal lagi tentang fakta benar atau salahnya. Trend politik semasa sememangnya menunjukkan begitu.
Dari semua 11 itu, hanya ada 3 yang melahirkan rasa sedih, terharu dan prihatin tentang apa telah terjadi kepada ummat muslimin, yang menerusi Bersih 3 ini menyerlahkan betapa rosaknya ukhuwwah dan silaturahim, telah hilang adab sopan dan segan silu, fitnah dan sebaran aib sesama sendiri sangat berleluasa, bergaduh sesama sendiri, malah disebutkan juga beberapa hal lagi yang menunjukkan betapa perpecahan ummah begitu ketara. Dan dalam artikel kali ini, perkara inilah yang menjadi maudhu' perbicaraan saya. Bakinya bernada sinikal, menyeru halus supaya berpihak kepada mereka.
Tiada apa yang peliknya hal demo bantahan sebegini dalam kamus alam politik, sehinggakan ia menjadi trademark politik dan tanpanya pula tidak dikatakan berpolitik. Ini sudah jadi hal biasa dan rutin sahaja, tiada apa pun yang nak dikalutkan. Sejak puluhan dan mungkin ratusan tahun dulu lagi tak pernah ada apa pun yang kena diantara orang-orang politik. Hatta hal keselamatan, sejarah dan kedaulatan negara pun mereka ada versi sendiri-sendiri. Walhal sekiranya terjadi perang, mereka inilah yang pastinya duluan lari menyelamatkan diri disebalik kata-kata kesat bahawa semua orang tak setia melainkan dia sahaja. Buatlah apa pun sentiasa saja ada yang membangkang dengan tanggapan bahawa pihak lain semuanya bodoh tolol, jahat, bengong dan tak betul belaka, melainkan dia saja yang betul.
Sedikit mengenai Bersih yang mahu saya bicarakan.
1. Alim ulama' kini hanya menjadi bahan umpat caci dengan ungkapan-ungkapan jijik amat tidak layak diguna manusia dan dihina sesedap mulut, Subhanallah! Ini perangai syaitan yang sudah dijadikan budaya. Paling menjengkelkan adalah pertimbangan (al mizan) kepada perlakuan itu bukannya penetapan syara' tetapi kepentingan politik, matlamat kuasa dan hawa nafsu.
2. Hukum hakam syari'at Allah Swt. dan as sunnah rasulNya yang hakikinya adalah Ad Diin, kini digunapakai secara berpilih-pilih bukan kaffah, sebagai justifikasi untuk menghalalkan apa dibuat sendiri dan menghitamkan apa saja yang dibuat orang lain. Setakat itu saja nilai dan kegunaan syari'at Allah Swt. rupanya.
3. Ideologi Dualisme sudah menjadi tonggak keimanan. Yang dikatakan syara' itu tinggal hanya pada solat, puasa, zakat, haji dan munakahat. Dalam hal akhlak, perangai, undang-undang, maslahat keduniaan, tazkiyatun nafs dan tingkah laku, ada kiblat lain yang sedang disujudi selain ketetapan syara' sebenarnya.
4. Kedaulatan undang-undang dan kemurnian mahkamah sudah tidak berguna lagi. Selayaknya dihumban ke rimba buat mengadili masalah beruk dan monyet sahaja. Manakan tidak, segala macam perundangan dan keputusan mahkamah pun tiada siapa peduli malah penuh bangga pula diingkari. Bukanlah pelik kalau yang ingkar itu sekumpulan orang awam yang pastinya jahil, kini yang ingkar itu bukannya calang-calang orang tetapi pelajar, pengamal dan institusi undang-undang sendiri. Lantaran salah satu hujjah undang-undang yang diterima pakai dalam sistem keadilan negara adalah precedent cases, maka berdasarkan precedent cases di atas ini, marilah kita pakat ramai-ramai jangan pedulikan undang-undang dan mahkamah, buatlah sesuka hati.
5. Menyerlahkan kepimpinan yang ada sekarang terdiri daripada golongan Penyelak Kain dan Kain Terselak. Inilah rupa pemimpin yang asyik dipuja puji dan disanjung, dicium tangannya dimana-mana, dimuliakan, dikelek jaja merata ceruk rantau kononnya pembawa perubahan kepada negara dan amat mulia. Entah jampi serapah apalah yang dipakai sehingga mampu membutakan matahati orang banyak, yang menutupi kebenaran bahawa manusia sebegini sudah hilang kelayakan sebagai pemimpin, apatah lagi untuk membawa agenda perubahan sebegitu besar sedangkan untuk mengubah diri sendiri pun tak mampu. Lebih parah lagi, tak reti-reti pula mereka ini meletak jawatan.
6. Budaya dan gejala fitnah, benci membenci, kata mengata, hina menghina, biadab, kurang ajar dan kebinatangan begitu menjadi-jadi hinggakan tiada lagi rasa segan silu untuk menyelak dalam kain orang pun. Sudah menjadi biasa hal maruah, aib dan harga diri individu dibicarakan dimana-mana sahaja. Ini memang budaya manusia tiada kitab. Malangnya, manusia yang dikurniakan Al Kitab yang lengkap dengan petunjuk dan kebenaran pun, sudah seronok mengikut sekali. Malah pastinya menjadi lebih teruk lagi, kerana senghaja mengingkari, meremehkan dan menyembunyikan perintah Al Kitab.
7. Negara sudah rosak kerana telah berjaya membuktikan bahawa Polis sudah jadi penjenayah dan penjenayah sudah jadi Polis. Sudah jadi sama dan serupa.
8. Budaya dan gejala keta'suban kepada berhala dan firqah masing-masing begitu menebal dan subur membiak sehingga menutup terus cahaya kebenaran. Sokongan dijana dan dimomokkan tanpa ada sedikit pun keraguan, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Diterima bulat-bulat tanpa soal. Maka bertembunglah golongan yang mahu mengekalkan kuasa dengan golongan yang mahu merebut kuasa, dan masing-masing menghalalkan apa jua cara demi matlamat untuk mendapatkannya. Jelas sekali, ini ajaran mazhab Nicolo Machiavelli yang sekarang penuh semangat diimani, bukan mazhab Syafi'ie.
Sedikit kesimpulan : semua matlamat Bersih sudah pun tercapai dengan penuh jayanya. Semua liputan, sensasi dan popularity telah diperolehi dengan gilang-gemilang, kecuali satu, pilihanraya yang bersih. Dan secara jelas juga mahu saya sebutkan, tiada satu pun matlamat itu yang menguntungkan ummat Islam. Entah apa nak jadi dengan Islam dan negara, diperintah dan dieksploit oleh sekumpulan manusia korup, bongkak dan pentingkan diri disebalik sekumpulan lagi yang tergila-gila mahukan kuasa, yang meletakkan semua hukum dan peraturan mengikut hawa nafsu sendiri, belum pun memerintah sudah beraja dimata bersultan dihati.
Justeru itu, saya ingin bertanya, yang mudah-mudah sahaja, apa sudah jadi dengan sekarang ini dengan : Kesetiaan kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan Dan Kesusilaan. Tidak perlu dijawab pertanyaan ini, simpan sahaja di dalam hati. Allah Maha Mengetahui.
Seruan : Ummat Mukmin Bersatulah!
Sukar sungguh sebenarnya untuk membicarakan hal penyatuan ummah sekarang ini, di saat berada seumpama seekor tikus terkepit ditengah-tengah 2 gajah sedang naik minyak. Segalanya menjadi serba tak kena. Namun dengan keimanan setipis kulit bawang dan serba dhaif ini, saya mahu serukan juga Kalamullah :
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh kepada yang ma'ruf (berbuat perkara baik) dan mencegah dari yang munkar (berbuat perkara buruk dan keji), mereka itulah orang-orang yang beruntung".
Surah Ali Imran (3) : ayat 104
Situasi perpecahan dalam komuniti Muslimin sekarang ini tidak lebih daripada siaran ulangan epilog kehancuran ummat terdahulu. Sesungguhnya ummat-ummat terdahulu, kalau pun dikurniakan agama samawi (langitan) yang diwahyukan dan diredhaiNya, tetap juga hancur musnah lantaran mereka menyelisihi Kalamullah dan sunnah (peraturan) yang dibawakan oleh para rasul mereka. Paling menjengkelkan, segala kerumitan itu berpunca daripada hasad dengki dalam segala hal sesama mereka sedangkan amat jelas al Bayaan (penjelasan) dan al Furqan (pembeza) telah pun terhidang di depan mata.
"Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang berlaku) diantara mereka. Dan barang siapa yang kufur dengan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya".
Surah Ali Imran (3) : ayat 19
Sesungguhnya seruan Allah Swt. kepada semua ummat manusia supaya bersatu di dalam satu sistem persaudaraan mulia bermula sejak dari penciptaan moyang asal kita lagi, Nabi Adam Ahs. Seterusnya kepada kita ummat Muhammad Saw. Allah Yang Ma'bud telah menurunkan pula kalamNya, 1400 tahun dahulu yang memerintahkan supaya berpegang kepada Islam sebagai satu-satunya cara untuk persatuan seraya menafikan segala macam isme ciptaan manusia. Islam itu merupakan ni'mat paling besar kurniaanNya untuk ditaati dan dipatuhi, yang dengannya ummat manusia beroleh petunjuk kebenaran serta menjauhkan kita dari jurang neraka.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk".
Surah Ali Imran (3) : ayat 103
Sikap menyelisihi Al Qur`an dan meremehkan as sunnah nabawiyah tetapi berkiblatkan isme buatan hawa nafsu manusia merupakan punca utama terjadinya perselisihan dan perpecahan. Lantaran meninggalkan ketetapan syara' inilah para ummat terdahulu membesarkan hawa nafsu dan akal mereka sendiri sehingga berhasad dengki dalam segala hal. Mereka telah meninggalkan hujjah kebenaran syara' kalau pun telah jelas tertegak di atas mereka. Demikianlah susur galur perpecahan ummat terdahulu yang telah menghancurkan mereka. Dan perbuatan mereka ini amat dicela oleh Allah Swt. Seterusnya Allah Azza wa Jalla melarang ummat Muslimin dari berpecah dan berselisih seperti mereka menerusi kalamNya :
"Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksaan yang berat"
Surah Ali Imran (3) : ayat 105
Imam Al Hafiz Ismail bin Umar Ibnu Katsir rh. menafsirkan : Allah Tabaraka wa Ta'ala melarang umat ini untuk menjadi seperti umat-umat terdahulu (dalam) perpecahan dan perselisihan mereka, serta ditinggalkannya amar ma'ruf nahi munkar di antara mereka, padahal telah tegak hujjah atas mereka.
Tafsiir ul Qur'an ul Adziim (Tafsir Ibnu Katsir) Jilid 1 halaman 419
Lihatlah ayat dan ucapan imam Ibnu Katsir rh. di atas dan bandingkan dengan ucapan firqah-firqah hari ini yang menganjurkan untuk bertindak apa saja mengikut tafsiran dan pendapat sendiri demi kepentingan firqah mereka, yang hakikatnya mengkesampingkan prinsip amar ma'ruf nahi munkar. Atau menyatakan agar hal perpaduan ummah berdasarkan syara' ini tidak perlu lagi dibicarakan kerana menganggap ini adalah perkara ilmu masail yang enteng dan titik bengek semata, dengan segala kuasa politik yang ada semuanya mudah diselesaikan, sedangkan realitinya setelah ribuan orang berkuasa silih berganti puluhan tahun di pihak mana pun, hasilnya ukhuwwah ummat muslimin makin memburuk.
Padahal, justeru meninggalkan perbicaraan dan usaha ke arah penyatuan secara yang haq, bukannya beralaskan kepentingan dan hawa nafsu, merupakan penyebab terjadinya perpecahan. Dan pasti sekali, hakikat meneruskan sikap begitu berarti mereka telah membiarkan diri mereka berpecah-belah dan redha dengan perpecahan tersebut demi mencapai kepentingan dan matlamat mereka yang tersembunyi. Sesungguhnya sikap begini dilarang keras oleh Allah Swt. menerusi firmanNya :
"……. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (musyrik), yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka".
Surah Ar Ruum (30) : ayat 31-32
Berkaitan dengan ayat ini, imam Ibnu Katsir berkata : Bahkan jadilah kamu Muwahhidin (orang-orang yang bertauhid) yang mengikhlaskan ibadah hanya untuk-Nya (Allah) semata-mata dan tidak menginginkan dengan ibadahnya kecuali Dia. Kemudian beliau berkata : (memecah-belah agamanya) yaitu mengganti-ganti dan merubah-rubahnya (yaitu melakukan bid'ah) serta beriman kepada sebahagian (syariat agama) tapi kufur (ingkar) pada sebahagian yang lain. Bahkan beliau menambahkan : …dan kerananya umat ini pun (akan) berselisih. Di antara mereka ada yang menjadi aliran-aliran (sekte) yang seluruhnya sesat kecuali satu, yaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Karena hanya Ahlus Sunnah wal Jama'ah-lah yang berpegang dengan Al Kitab dan sunnah Rasulullah Saw. dan apa yang ada pada generasi pertama (Salaf) dari para sahabat, tabi'in, dan para imam-imam kaum Muslimin (yang mengikuti mereka) dari dahulu mahu pun sekarang."
Tafsiir ul Qur'an ul Adziim (Tafsir Ibnu Katsir), Jilid 3 halaman 477
Allah Swt. berpesan lagi supaya mentaatiNya dan rasulNya sebagai wadah persatuan dan dengan tanpa ketaatan menurut cara itu ummat muslimin akan hilang kekuatan. Juga melarang mengikut segala macam jalan (ideology, isme, doktin, berhala, sistem) yang lain lantaran itu hanya akan membawa kepada perpecahan dan kehancuraan ummah. Tidak cukupkah peringatan Allah kepada kita sehingga perlu diremehkan?
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
Surah Al Anfaal (8) : ayat 46
"Dan inilah jalan Ku yang lurus (Al Qur'an dan As Sunnah), maka ikutilah akan dia, dan jangan kamu mengikut jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu supaya kamu bertaqwa."
Surah Al An'aam (6) ayat 153
Penjelasan tentang ayat ini terdapat dalam riwayat yang sahih dalam musnad imam Ahmad rh. dan lainnya, dalam hadis dari Abdullah Ibnu Mas'ud Rhu. yaitu setelah Rasulullah Saw. menggambarkan garis-garis di kanan dan kiri dari garis yang lurus, baginda bersabda :
"…. Dan ini adalah As Subul (jalan-jalan), tidak ada satu jalan pun daripadanya kecuali ada syaitan (thogut) yang mengajak kepadanya".
Hadis sahih riwayat imam Amad rh. imam Nasaaie rh. imam Darimy rh. dan imam Hakim rh.
Juga junjungan mulia Rasulullah Saw. turut memberikan wasiyatnya tetang hal persatuan ummah. Masih kurangkah sabda sang Rasul Allah sehingga perlu diabaikan?
"Dari Nu'man bin Basyir Rhu. ia berkata , aku mendengar Nabi Saw. bersabda : Berjama'ah adalah rahmat sedangkan berpecah-belah adalah adzab."
Hadis sahih riwayat imam Ahmad rh. (Jilid IV no. 278) dan imam Ibnu Abi 'Ashim rh. (no. 93). Syaikh Muhammad Nasiiruddin Al Albani rh. mengesahkannya dalam kitab Silsilatul Ahaadiis As Sahiihah (no. 667).
Dengan kalamullah dan wasiyat rasulNya di atas, sudah cukup jelas bahawa sikap kita ketika menghadapi perpecahan umat bukan berfikir untuk mempersatukan mereka dengan manhaj dan aliran yang berbeza-beza, akan tetapi sikap kita adalah bagaimana kita kembali dan mengembalikan kaum Muslimin kepada Allah dan Rasul-Nya, yaitu kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Saw. dengan pemahaman para sahabatnya, khususnya para khulafa`ur rasyidin (khalifah-khalifah) yang lurus dan mendapatkan petunjuk, serta para ulama pengikut mereka dahulu mahu pun sekarang.
Sesungguhnya modal kita untuk bersatu sangat sederhana, mudah dan murah. Telah pun bermula disaat kita sepakat untuk mengucapkan " أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله " yang dilafazkan 2 kalimah tayyibah ini dengan dengan hati penuh iman, redha dan tawadhu', juga waras untuk mengambil semua tanggungjawabnya serta fahami akan segala kesannya. Pada hemat saya, ketika seseorang menyatakan komitmennya untuk taat pada Allah dan Rasul-Nya, cukuplah itu menjadi titik permulaan untuk mencari kesepakatan seterusnya. Soal fiqh, furu', cabang-cabang, ijtihad, pendapat, salah fahaman malah apa jua perbezaan, mari kita bicarakan, mari kita diskusikan, mari kita perdalamkan, mari kita selesaikan. Bukankah niatnya sama-sama mahu masuk syurga kan!, lantas kenapa harus lempar batu sembunyi tangan?
Cukuplah penderitaan dan kehancuran ummat terdahulu, dek kerana perpecahan menjadi iktibar kepada kita. Cukuplah kehancuran ini menjadi pembelajaran, cukuplah hikmah para Salafus Solih dalam berukhuwwah mengajarkan kita atsar kepada saudara se aqidah. Allah Swt. telah memerintahkan, Rasulullah Saw. pun telah menyampaikan, lantas apa yang kurangnya?
Syukurilah ni'mat Islam sebagai Ad Diin dengan senantiasa tunduk dan patuh kepadanya. Segala ni'mat dan kebesaran itu terpampang jelas di depan mata, tidak perlu disembunyikan apa-apa, hanya perlu dipatuhi bagi mendapatkan kebenarannya.
"(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al-Qur'an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya), di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'.
Surah Ar Rahmaan (55) : ayat 13
Akhirul Kalam : Tulisan kecil ini sangat disedari tidak pun akan mampu mengubah apa-apa apatah lagi untuk mempengaruhi kelompok yang hebat-hebat dan terkemuka belaka. Tambahan pula, rujukannya hanyalah kepada kitab lama dan bukannya kitab-kitab moden dan gah aliran ideology Liberalisme kontemporari. Tentu sekali ia berlawanan arus. Namun cukuplah sekiranya ia mampu memberi peringatan dan pedoman kepada sesiapa yang mahu mengambil iktibar darinya. Lantaran telah menjadi kewajiban kepada sesiapa sahaja dikalangan ummat Muslimin ini untuk berlaku adil dan berperilaku dengan sewarasnya. Janganlah kerana sentimen kebencian, keta'suban dan taqlid buta terhadap firqah sendiri menjadikan kita penegak kezaliman ke atas sesuatu firqah lain. Dan yang paling parah lagi meningalkan sunnatullah. Demikianlah perintah Allah Swt. :
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".
Surah Al Maaidah (5) : ayat 8
Dan Allah telah berpesan juga bahawa Islam adalah agama wahyu, yang diturunkan dan dimenangkan dari semua agama. Begitulah kepastian dari Allah dan sesungguhnya Allah Maha Menepati Janji.
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi".
Surah Al Fath (48) : ayat 28
Tanyalah diri, tanya iman dengan waras dan insaf : kenapalah agaknya ummat Muslimin ini tak menang-menang melainkan menjadi penumpang belakang sahaja, sentiasa saja ketingggalan dan diadu-domba, sesudah begitu lama syi'ar mulia Islam berdiri tegak di alam ini. Jawabannya telah ada, ternyata dengan jelas di dalam ayat di atas tadi.
Memang tidak dapat kita lari dari politik lantaran politik (siyasah) itu sendiri adalah satu juzuk dari Islam. Namun sistem dan amalan politik yang saya bicarakan ini amat pelik dan hampir-hampir sekali terkeluar dari landasan Al Haq. Jadikanlah alam politik untuk kita mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga, juga sebagai wadah kita tunduk patuh (ta'bud) kepadaNya dan rasulNya, bukan membawa kita ke neraka.
Maka saya seru sekali lagi, ummat Muslimin! bersatulah.
والله اعلم
Yang benar itu datang dari Allah Swt. dan Rasul-Nya, semua yang tidak benar itu dari saya yang amat dhaif ini.
سكيان
والسلام
والسلام
From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, May 30, 2012 11:57 PM
Subject: Re: RG2011... Fwd: Insan inilah yang kau caci maki
Inilah fitnah-fitnah lama yang dijaja semula (re-cycle) oleh orang-orang yang kununnya boleh terlepas dari dosa.
2012/5/30 Judge <hairulndt@gmail.com>
tapi dia juga menghina hukum hudud dengan mengatakan hukum hudud itu
lapuk, dan menghina sunnah Rasul yang mengatakan janggut seperti
kambing dan hina lagi hukum hudud dengan mengatakan kalau nak makan
sup tangan pergilah ke kelantan........
semua orang boleh mengaku Islam tapi ramai juga yang menolak syariat
Islam.......
Islam bukan dengan solat sahaja, Islam menyeluruh bukan memilih apa
yang kita selesa dan menafikan apa yg kita tak suka atau setuju.....
On 28/05/2012, shreddervirtuoso <shreddervirtuoso@gmail.com> wrote:
> [image: Inline image 1]
> *
> *
> *
> *
> *Muslimin & muslimat*
> *
> *
> *Insan ini bukan ulamak,namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban
> seorang muslim.*
> *
> *
> *Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang mengerakkan
> negara islam yang lain untuk membantu ketika umat islam disana disembelih
> oleh pengganas Serb.*
> *
> *
> *Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser
> Arafat di Palestine.*
> *
> *
> *Insan ni digelar MahaFiraun,dan dia jugalah yang lantang mengutuk
> kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata
> dunia.Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.*
> *
> *
> *Ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan
> untuknya.Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.*
> *
> *
> *PALING UTAMA*
> *Seumur hidupnya,dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha
> menyelamatkan negara Israel*
> *
> *
> https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=oFy-lIt5i1s#!
>
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment