"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (Surah Az-Zukhruf: 58)
Ini serupa yang membangkang dengan mengetuk meja di dewan parlimen....tak boleh tahan buat kecoh...pas tu keluar dewan bila dah tak boleh argue...
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of amri el wahab .
Sent: Wednesday, 27 June, 2012 6:55 PM
To: RG09 group
Subject: RE: RG2011... Debat… oh… debat
(Dari blog Fitrah Islami Online)
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan mereka yang sering berdebat dan bertelingkah supaya "seboleh-bolehnya tinggalkan perdebatan kerana ia boleh membawa kepada riak, hasad, takbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan, maka hendaklah ikhlas niat di hati bagi menzahirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui dua tanda iaitu pertamanya, kamu tidak membezakan sama ada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu atau lidah lawan debatmu. Keduanya, kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai
Dalam isu berdebat dan bertelingkah ini, didapati bahawa mereka yang suka berdebat bukan bertujuan menyampaikan kebenaran tetapi untuk membantah hujah pihak lawan seperti firman Allah yang bermaksud,
"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (Surah Az-Zukhruf: 58)
Menjadi seorang Muslim yang baik bukan saja terletak pada keupayaan membaiki diri sendiri bahkan berupaya mengukuhkan ummah melalui anjuran perdamaian seandainya berlaku sebarang pertelingkahan. Apatah lagi kalau ia membabitkan tokoh ulama dan ilmuan agama. Barangkali ramai di kalangan kita yang membiarkan pertelingkahan yang berlaku sesama kita atas dasar seronok untuk melihat pertarungan hujah tetapi tidak berupaya melepasi garisan bahaya perpecahan yang sedia menunggu.
Justeru, menangani konflik yang berlaku di kalangan umat Islam juga perlu dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap agama. Namun begitu kita banyak diajar dan dididik oleh agama akan cara-cara menangani konflik kalau ia berlaku. Islam menggariskan kaedah yang tepat dalam menangani sebarang konflik peribadi atau kumpulan. Konflik yang dihadapi perlu ditangani secara berhemah demi kepentingan maruah Islam.Jawapannya dengan cara mendamaikan mereka secara adil demi maruah dan kepentingan agama mendahului pertembungan peribadi.
To:
From: mohroslan@gmail.com
Date: Mon, 25 Jun 2012 09:09:35 +0800
Subject: RG2011... Debat… oh… debat
Oleh Markus Lim
Adakah anda seorang yang suka meluahkan perasaan? Beranikah anda untuk meluahkan hujah-hujah terhadap sesuatu isu yang dekat dengan hati anda dan yang melibatkan kepentingan nasional?
Sanggupkah anda memperjuangkan sesuatu yang betul di mata rakyat tetapi tidak disenangi dalam kalangan pihak atasan yang berkepentingan?
Jika anda mempunyai kesemua ciri yang dimaksudkan tadi, maka platform terbaik untuk anda ialah berdebat. Sejak akhir-akhir ini, debat sudah menjadi suatu acara yang berkesan dalam menyampaikan isi hati pihak tertentu. Tidak kiralah pihak tertentu yang dimaksudkan itu adalah orang politik, orang-perseorangan mahupun tokoh korporat.
Di Malaysia umpamanya, biarpun budaya berdebat masih di peringkat permulaan atau dalam istilah Bahasa Inggeris disebut sebagai “infancy” namun nampaknya lewat kebelakangan ini ia semakin mendapat tempat.
Bermula dengan debat Datuk Seri Shabery Cheek dengan Anwar Ibrahim pada 2008 hinggalah debat Saifuddin Abdullah-Salahuddin Ayub dan selepas ini Chua Soi Lek-Lim Guan Eng 2, debat dijangka menjadi trend tetap dalam budaya politik negara.
Segala tohmahan yang mendakwa kononnya debat tidak membawa sebarang kebaikan hanya pemikiran sempit oleh pihak berkepentingan. Debat membolehkan sesuatu isu berbangkit dirungkaikan. Debat juga memberikan ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri isu yang dibangkitkan.
Kegusaran yang berbangkit itu sebenarnya merupakan cetusan diri sendiri yang hanya menonjolkan pihak anti debat sebagai pihak yang kurang yakin kepada dirinya sendiri.
Mendakwa penganjuran debat memberi peluang kepada pembangkang menyerang kredibiliti kerajaan adalah satu hujah yang cukup lemah. Ketika berdebat, bukankah mereka yang terbabit harus membuat persiapan yang rapi?
Tidakkah mereka yang datang berdebat terdiri daripada tokoh yang benar-benar arif terhadap isu yang dibincangkan? Jika kesemua perkara berkenaan dapat diiuruskan dengan baik, barangkali tidak akan timbul soal bersedia atau sebaliknya.
Itu hanyalah satu alasan yang tidak munasabah melainkan pihak anti debat itu tidak berani berhadapan dengan cabaran yang dilontarkan. Siri debat yang membariskan dua tokoh politik terkemuka iaitu Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub awal minggu ini untuk membahaskan isu Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi? menjadi contoh terbaik kepada isu yang kita bincangkan ini.
Ia jelas membuktikan bahawa pemimpin dinamik seperti Saifuddin mampu menidakkan segala persepsi dan kebimbangan pihak tertentu terhadap manfaat penganjuran debat. Secara adil dan jujurnya, timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berjaya mempamerkan prestasi yang tampak menyakinkan dalam debat tempoh hari.
Bukan sahaja pelbagai hujah Salahuddin berjaya dipatahkan beliau, malah Saifuddin turut berupaya mengesan kesalahan hujah yang dilontarkan Naib Presiden PAS itu. Saifuddin seolah-olah sudah tahu apa yang ingin dilontarkan oleh Salahuddin.
Pujian juga harus diberikan kepada Salahuddin kerana berjaya berhujah dengan tenang lagi profesional walaupun ada kalanya hujah beliau diselang-seli dengan kritikan sinis terhadap BN.
Begitu juga dengan audiens di lokasi acara. Mereka bukan sahaja mendengar dan menerima hujah-hujah yang dilontarkan dengan baik, malah berjaya mengawal perasaan tatkala ada hujah yang dilontarkan mungkin tidak begitu sedap untuk didengar.
Justeru, siapa kata debat memudaratkan? Siapa kata debat itu tidak membawa sebarang manfaat? Jika tajuk yang dibahaskan adalah kontroversi tetapi keperluan untuk mengetahui adalah mustahak, maka apa salahnya?
Tidak adil untuk pihak tertentu untuk memberi gambaran secara umum sahaja tanpa melihat perkara itu secara mikro dan makronya. Sudah tentu dalam debat tidak ada dua pandangan yang sama. Yang adanya hanyalah kepelbagaian pendapat. Cumanya, bagaimanakah kita boleh mencari titik persamaan?
Persoalannya, apakah pihak yang menentang debat itu bersedia menerima pandangan orang lain atau memilih untuk terus berada dalam sindrom penafian?
Tidak salah dan bukanlah dosa untuk kita berbeza pendapat kerana itulah naluri manusia. Malah manusia sendiri dicipta oleh Tuhan kepada beberapa ras, agama dan bangsa.
Jika logik semudah ini pun tidak dapat difahami, maka apa harapan yang tinggal untuk cucu-cicit mendatang? Jika berdebat pun dianggap memudaratkan, maka apakah ini bermakna bahawa acara bersyarah dan berpidato di bangku sekolah juga boleh dianggap sebagai memudaratkan?
"For Business, For Growth, For Life"
The information in this e-mail and any attachments is confidential and may be legally privileged. It is intended solely for the addressee or addressees and any disclosure of the contents of either is unauthorized and may be unlawful. If you are not the intended recipient, please delete the message and any attachments and notify the sender of miss-delivery. No undertaking, guarantee or other obligation contained in this e-mail will be binding on the Bank or the individual officers of the Bank unless it is confirmed via letter on the Bank’s letterhead signed by an Officer of the Bank. Any views expressed by an individual within this e-mail which do not constitute or record the Bank’s official position do not necessarily reflect the view of the Bank.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment