Thursday, June 28, 2012

Re: RG2011... Fw: Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!

Ada susah sikit. Kena tunggu ada sejumlah yang kena bunuh atau dikorbankan masa berdemo. Masih ramai yang merasakan Najib tak la zalim macam Mubarak atau Ghadafi. Dengan pemberian insentif itu ini dan semakin rajinnya dia turun padang sekarang ni, lagi la susah. Tambahan pula ramai warga arab yang menetap di sini berpendapat PM kita ni okay, tak macam kat negara diorang. 

So camner?


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, June 28, 2012 11:44 PM
Subject: RG2011... Fw: Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!

 

 

Menunggu Detik Yang Serupa Berlaku Di Negara Kita!

Posted by greenboc
Ribuan rakyat Mesir melakukan sujud syukur di Dataran Tahrir selepas pengumuman Dr Muhammad Mursi menang sebagai Presiden Mesir.









"Kite Tekkk Mau amnu, Kite Tekk Mau Najib Razakkk"-- Arab Mesir Yang Pandai Berbahasa Melayu Di Dataran Tahrir -


Ulasan GB

Tak mampu untuk GB menahan air mata melihat rakyat Mesir yang begitu gembira sehingga mmereka sujud syukur tak kira di mana mereka berada sewaktu Dr.Mursi diumumkan sebagai Presiden baru mesir.

Percaya atau tidak, suka atau tidak, detik yang sama akan berlaku di negara kita, tidak berapa lama lagi. Rejim "Mubarak" di negara ini akan tetap hancur binasa! Ya, sepastinya dengan izin dan kuasa Allah swt! Kerana begitulah janjiNya di dalam Surah Al-A'raf :128

إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ


Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.

 
comments:
:
Anonymous said...
alhamdulillah..BN yang menindas rakyat perlu ditumbangkan PRU13 nanti
Anonymous said...
dgn izin Allah, kitapun akan merasa nikmat yg sama mcm rakyat mesir.
Anonymous said...
himpunan hijau ke PUTRAJAYA insyaallah akan jadi kenyataan
Anonymous said...
hasil perjuangan Hasan alBanna dapat dinikmati rakyat mesir...
Anonymous said...
kita tunggu hasil perjuangan ustaz Fadzil Noor biarlah dapat dilihat Mahathir
Anonymous said...
berdoa lah....semoga suasana sebegitu jadi realiti.......
dah tak sabor nih

kik kik kik
hussin said...
boikot produk iran?
Alias Bin Hasan said...
Salam semua...

Pengisian satu kesinambungan adalah lebih payah dari membinanya.

So kita naikkan islam dan isikan dengan jalan yang betul.
BaDiN said...
Awas!!!
Mungkin akan ada tali barut yahudi yang buat onar dan cuba memporakperanda kerajaan Islam Mesir ini sebagaimana yang berlaku pada Kerajaan PAS di Kelantan dan juga Kerajaan PR .
Ngah Phg asal Melaka said...
bukan setakat dgn sujud syukur tp nak menangis sepuas2nya kerana terharu sgt bila umno ditumbangkan nanti kerana bnyk sgt kerosakan yg telah umno dibuatkan diMalaysia ini dan menyusahkan rakyat kerana tamaknya dia
Anonymous said...
Tanda2 kejatuhan BN memang sudah amat ketara, lepas satu, satu isu yang mencemarkan sehingga pemimpin2 Umno/BN meracau untuk membetulkannya. Bersedialah beramai-ramai sujud syukur di dataran merdeka yang penuh sejarah.
Arrazzi Alhafiz Alattas said...
Ketika semua pintu tertutup rapat untuk kebenaran dan keadilan menunjang di bumi bertuah ini.

Jelasnya ada satu pintu yang terbuka.

Hadapkan wajahmu ke langit kerana itulah satu-satunya pintu yang terbuka buat kita.

Ya Allah wahai Tuhan...hanya ada-Mu. Menangkanlah kami atas mereka yang zalim dan mengkhianati Deen-Mu.
 
 

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir

Posted by greenboc
 
Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir

Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Medan-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk.

"Saya Tidak Mahu Rakyat Benci Saya Hanya Kerana Kenderaan Saya"- Mursi

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam.

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden."

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis.

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.
2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.
3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.


Jika dahulu tempat itu diletak gambar Presiden Husni Mubarak, namun selepas revolusi, ia diletakkan dengan kalimah yang Maha Agung Allah semulia-mulia nama.


Ulasan GB

Demikian sikap seorang "pemimpin Islam" lebih kurang sama kisahnya dengan MB Kelantan dan Kedah. Itulah "wasatiyyah".

Mungkin Najib, Jamil Khir dan lain-lain pemimpin UMNO perlu belajar lagi apa itu wasatiyyah dengan mengunjungi Presiden baru Mesir selepas ini jika malu dan enggan untuk belajar dari MB Kelantan dan Kedah.

 
comments:
:
Anonymous said...
puak umno mesti kata ini bertujuan politik.. dan mempergunakan agama utk kepentingan politik.. kepala hotak depa..
Anonymous said...
aku xde komen byk...tp allahuakbar...moga m'sia dpt juga pemimpin mcm ni...bukan tau berkate2 shj....teringat aku cerita dr st blog..ajaibnyer penjara mesir...sbbnyer nabi yusuf dipenjara dlm penjara mesir..bile keluar diangkat mnjd pemimpin...same juge ceritenyer dr.mursi....allahuakbar....segala pujian untukMu Ya ALLAH..
BaDiN said...
AllaHuakbar.
Tak sabarnya nak naikkan pemimpin semacam ini di TanahAirKu.
cepatlah woiii Najib umumkan PRU nanti kamu dan sekutu mu aku kerjakan.
Mesir akan berubah wajah . Lihatlah nanti apakata musuh-musuh Islam.
Sekarang ini ada 2 Pemimpin & 2 MB dalam dunia yg macam ni. Islam DiDaulatkan.
Anonymous said...
Aku sebak bila membaca artikel ni...alhamdulillah..
Anonymous said...
TAKBIR...TAKRIR... BILA NAK GANTI BN DAN UMNO DI MALAYSIA, KITA SAMA-SAMA MOHON PERTOLONGAN ALLAH
Anonymous said...
di Malaysia, saman ekor menjadi-jadi siapa nak bela rakyat????berjuta pengguna jalanraya Pakatan Rakyat patut perjuangkan hapus saman ekor
Anonymous said...
anwar patut umum juga langkah hapus saman ekor...
Anonymous said...
pemimpin yang mengetahui dan menjiwai betapa besarnya kuasa ALLAH sahajalah yang memandang dirinya sendiri kerdil... harta serta kekayaan bukan segalanya jika hendak dibandingkan dengan nasib rakyat...
Kak Uda ila said...
Alhamdulillah...
Saya menunggu, ianya juga mampir ke Malaysia..

Presiden ini percaya dengan Kuasa Allah. Jika sampai ajalnya, Walau beribu yang menjadi bodyguard, ALLAH jua tempat dia berserah..
zuhud said...
moga2 kegemilangan empayar Islam akan kembali gemilang iaitu bermula di Mesir..(teringat kembali sejarah empayar islam Othmaniah yg memerintah selama 400 tahun).Allahuakhbar!entah bila Msia pula...
Anonymous said...
Akhirnya, dunia akan melihat sendiri ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar bukannya pemimpin-pemimpin negara Islam yang akhlak mereka lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin negara bukan Islam terutamanya dari sudut rasuah.


No comments:

Post a Comment