Friday, June 29, 2012

RG2011... Menolak digelar sebagai 'First Lady of Egypt'

 

 
Ini sudah tentu berbeza dgn isteri seorang tu...dalam negara kita...
 
 
......................................................................................................................................................

Isteri Mohamed Mursi menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'


Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai  Ummu Ahmed.

Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.

Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.

"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.

Nayla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.

"Dan jika sekarang saya harus mempunyai sebutan, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama Mesir'."

Jilbab Mahmoud telah menjadi agenda perdebatan yang mendedahkan di Mesir ketika ia akan menjadi ibu negara.

"Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta."

Setelah suaminya dengan rasmi terpilih, Najla melakukan lawatan rasmi ke kediaman bonda Mahmud Sulaiman, seorang yang gugur sebagai syahid dalam peristiwa revolusi 25 Januari lalu.
 
 
..............................................................................................................................................................
 
Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari
Posted on Thursday, June 28 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Luar Negara Oleh: halimislam

"Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

 
 
 

Pembaca yang diramati Allah sekalian. 90% artikel & berita di blog ini adalah hasil usaha penulis sendiri. Telah di ambil & diterjemahkan daripada laman blog & berita-berita Antarabangsa. Sekiranya anda ingin mengambil artikel dari blog ini, Penulis mohon jasa baik dan ikhlas anda untuk "LIKE" artikel ini terlebih dahulu & meletakkan link "SUMBER" dari blog ini. Kejujuran anda adalah penting dalam berdakwah demi mencari keredhaan Allah swt. untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Terima Kasih Kerana Sudi "Like" Pada Berita Yang Anda Baca!

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment