Saturday, June 30, 2012

RG2011... Aiskrim Strawberi Satu……

 



ice cream 


Ketahuilah penggunaan perkataan begitu penting dalam hidup kita. Ramai antara kita kurang sedar  mengenai kesannya. Kita selalu menggunakan perkataan-perkataan tertentu tanpa kita sedar kesannya pada sikap kita. Seterusnya perkataan itu memberi impak pada hidup kita.
 
Perkataan yang berkaitan emosi dan sering digunakan mampu membentuk sikap kita. Penggunaan perkataan amatlah penting. Saya namakan ianya 'kosa kata emosi'.
 
Pemilihan terhadap penggunaan kosa kata ini amat kritikal. Contohnya apabila kita berada dalam keadaan kurang menyenangkan. Kebiasaannya kita menggunakan perkataan 'tension'untuk mengambar keadaan ketika itu. Tanpa kita sedar ianya tersimpan dan telah terakam dalam minda. Jadi, apabila perkataan ini disebutkan mungkin secara sengaja atau tidak pada waktu yang lain, minda kita mula mengembalikan kisah lama yang berlaku berkenaan kosa kata tersebut. Kesannya kita mula berasa kurang menyenangkan.
 
Contoh lain adalah seperti perkataan 'aiskrim'. Mungkin ianya menjadi kosa kota emosi bagi sesetengah orang.Apabila dia menyebut aiskrim, tiba-tiba perasaannya berubah. Kesedihannya berkurang. Ini disebabkan mindanya tanpa sedar mengembalikan nostalgia kenangan lama. Hehe.. Jiwang pula dah :-P
 
Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam menyebut sesetengah perkataan yang mampu membangkitkan emosi sedih anda. Pemilihan yang betul mampu membuat anda positiff sepanjang hari.
Salam bakat dan inspirasi.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment