Thursday, June 28, 2012

RG2011... ~~~Kebahagiaan Ada Pada Diri~~~

 


Punca yang menimpa kesingsaraan  kebanyakan orang adalah
disebabkan  mereka  tidak  memiliki tujuan yang ingin dicapai.
Ada  ketikanya  mempunyai  tujuan,  tetapi  tujuan  yang  tidak
mulia.  Oleh  itu  tidak  akan  merasakan kebahagiaan setelah
dapat mencapai tujuan.

Seseorang  yang  mampu  merealisasikan  kebahagiaan adalah
seseorang  yang  memiliki  matlamat  dan  tujuan  yang mulia.
Tujuan yang agung mampu menjadikan seseorang itu merentasi 
tentangan  yang  menghalangi  perjalanannya,  yang  mana
mampu menghasilkan dalam masa yang singkat, sesuatu yang
dilakukan orang lain dalam masa yang lama.

Hidup tanpa tujuan adalah orang yang kehilangan arah tuju.
Bayangkanlah sekiranya seseorang juruterbang menerbangkan
kapal terbang, namun tidak mempunyai tempat yang hendak
dituju dan tidak mempunyai peta yang dapat mengarahkan
ke sesuatu destinasi.

Kebahagiaan juga bergantung kepada hidup kita. Hargai 
tentang anugerah dari Allah swt dan sentiasa bersyukur
dengan apa yang ada. Kebahagiaan perlu diperjuangkan
bukan hanya dengan mengeluh dan mengharapkan pada
bantuan dari insan lain. Memburu impian dan jadikan
kenyataan demi meraih kemenangan untuk dunia dan
akhirat.  Sejauh  mana  mengejar  kebahagiaan  dan 
kesenangan perlu berlandaskan keikhlasan dan sentiasa
mengharapkan keredhaan dari Allah swt. Perlu ingat
yang mana hak orang lain juga ada pada kita. 


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment