Salam,
Betul bro xstream ,
Kalu sapa nak extend period untuk simpan duit, bleh isi borang lain. Sapa tak mau tak payah isi. Senang skit. Sbb dah tua nak rasa jugak duit bila pencen/bersara
2012/6/26 xstream <pejal71@gmail.com>
Macam2 cara nak lipat maut duit kita.. biarlah org keluar duit tuh umur 55...siapa nak simpan lagi isi borang lain..kerajaan boleh sahaja membantu merancang bagaimana duit tersebut boleh bertambah2 bukan menyekat selama 5 tahun... 55 tahun dah kira tua la..macamlah kita nih Tuhan yang pandai2 tahu purata org mati bila.. lagi lambat dapat duit tuh lambat ler ke mekah..lambat ler..membuat amal jariah dihujung2 usia..kenapa yer?? nak guna duit kita tuh ker?? ini masuk tahap zalim..bukan baik hati..
2012/6/26 <Sharom.Musa@akersolutions.com>
From: "-::eS
Subject: Fw: Pengeluaran KWSP Swasta Dilanjut Ke 60 Tahun
Had Pengeluaran KWSP Swasta Dilanjut Ke Umur 60 Tahun untuk Kepentingan Kroni?
telokbakong.blogspot.
50 tahun kekal
Oleh Syed Azwan Syed Ali
Dari Berita Hairan
Pelarasan hanya babit pengeluaran penuh usia 60 sejajar pelaksanaan Undang-Undang Umur Persaraan Minimum
KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Dua ketika mencapai umur 50 tahun walaupun umur persaraan minimum pekerja swasta ditingkatkan kepada 60 tahun mulai tahun depan.
Pada masa sama pengeluaran penuh hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang.
Peraturan itu selaras dengan penetapan umur persaraan minimum kakitangan swasta menerusi Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen kelmarin dan berkuat kuasa mulai Januari 2013.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, bagaimanapun berkata pihaknya memberi tempoh peralihan kepada 13 juta pencarumnya merancang kewangan persaraan mereka ketika menyelaras had umur pengeluaran
55 tahun kepada 60 tahun.
Kita akan mengambil kira semua maklum balas, namun memandangkan objektif umur pengeluaran 55 tahun bagi membiayai per-saraan, KWSP perlu menyelaraskannya dengan umur persaraan minimum berkenaan.
Dalam menguatkuasakan sebarang perubahan dalam umur pengeluaran, notis diberikan lebih awal bagi membolehkan pencarum merancang dan menyesuaikan persaraan mereka sewajarnya, katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata penetapan umur persaraan minimum itu memerlukan pindaan dan penyelarasan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Katanya, penetapan umur persaraan minimum 60 tahun akan membabitkan lebih 10 juta pekerja swasta yang sebelum ini tidak ada umur persaraan minimum.
Peningkatan umur persaraan minimum akan meningkatkan jaringan keselamatan sosial pekerja swasta yang bergantung kepada KWSP untuk faedah persaraan dan PERKESO. Caruman mereka bertambah lima tahun dengan simpanan lebih banyak. Kebajikan ketika persaraan lebih terjaga, katanya.
Maznah berkata, penetapan umur persaraan minimum itu juga sejajar dengan perubahan jangka hayat rakyat Malaysia yang meningkat kepada 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi perempuan.
Secara purata, jangka hayat penduduk Malaysia adalah 74 tahun dan angka ini jauh lebih tinggi daripada purata jangka hayat sebelum ini, katanya.
Msinc TBO-Musti ada sebab kenapa ianya dilanjutkan..cuba fikir..sapa yang mengaut keuntungan dari langkah ini??..yang jadi mangsa kita..kin lama kin susah..nak pakai duit sendiri pun macam minta sedekah...ooohh Tuhan...
Posted by Telok Bakong
This email and any attached files ("Message") may contain confidential and/or privileged information. It is intended solely for the addressee(s). If you receive this Message in error, inform the sender by reply email, delete the Message and destroy any printed copy.
Any unauthorized use, distribution, or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Emails are susceptible to alteration. Neither Technip nor any of its affiliates shall be liable for the Message if altered or falsified nor shall they be liable for any damage caused by any virus that might be transmitted with this Message.
This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this email and any attachments permanently from your system.
--
Xstream-BOP
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment