Friday, June 29, 2012

Re: RG2011... 200 berdemo bantah roboh tempat berniaga

 

pernah atau kerap pergi BB?, cuba kira berapa biji kedai peniaga melayu ada kat situ..60% peniaga bumiputera? yg pasti lesen di ali baba, time protes baru muncul real owners blaming UDA Holdings. mengarut!
 
BB memang area lubuk duit, kalau sandar lesen ntah berapa ribu dapat duit sewa dgn duduk saja

--- On Thu, 6/28/12, yusof muhamad <white4clean@yahoo.com> wrote:

From: yusof muhamad <white4clean@yahoo.com>
Subject: RG2011... 200 berdemo bantah roboh tempat berniaga
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Thursday, June 28, 2012, 1:41 AM

 
 
Pelik juga, slogan "Sokong PM, UDA Pembohong". Sokong lagii....
Kan PM tu secara tak lansung pemerintah UDA jugaa...eee...
UDA dah declare macam tu sbb Najib dah beri "green light"...
 
Mana rakan-rakan group lain, tak demo sekali ke?
Terutamanya...PERKASA, BEDAI, VETERAN TONGGENG BUNTUT...Nilah perjuangan sebenarnya.
 
Mentaliti BN, hak mana milik dan tempat berteduh orang Melayu boleh dirampas sesuka hati. Milik bangsa lain dan warganegara asing jangan tak boleh sentuh. Lain cerita BN hanya berani buli bangsa Melayu sahaja.

Cuba kita study kawasan BB tu, banyak lagi boleh diroboh seperti kawasan Jalan Alor yg kotor bukan sahaja persekitarannya tetapi aktiviti kat situ, Wisma Cosway, Berjaya , etc milik kroni. Bangunan kedai 2,3,4 tingkat kat situ yang kebanyakkan milik warganegara Singapura. Taklah depa-depa ni lebih dipentingkan dari kaum Melayu tu. 
 
 
....................................................................................................................................................
 
200 berdemo bantah roboh tempat berniaga
Zulaikha Zulkiflli
1:11PM Jun 28 2012

Kira-kira 200 peniaga Kompleks Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) di ibu negara hari ini berdemonstrasi bagi membantah perobohan pusat membeli belah itu yang dijangka akan dilakukan awal tahun hadapan.

Perobohan kompleks itu bertujuan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek stesen Transit Pantas Massa (MRT).

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penyewa-penyewa BB Plaza Hassan Saad yang mewakili 167 peniaga berkata, pihaknya kecewa dan menuntut pembelaan serta campur tangan daripada perdana menteri berhubung perkara tersebut.

Katanya, mereka sedih dan kecewa apabila mendapat tahun agensi kerajaan Uda Holding Berhad mahu merobohkan tempat itu, seperti dilaporkan akhbar semalam.

"Mengikut perancangan asal pelan pembinaan stesen MRT itu, bangunan BB Plaza tidak terlibat.

"Tetapi semalam UDA secara mendadak setuju pengambilan tanah BB Plaza kepada MRT dengan tidak mengkaji kedudukan masa depan kami," katanya.

Hassan juga berkata, terhadap peniaga yang sudah berniaga hampir 30 tahun di bangunan itu.

Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan stesen MRT oleh MRT Corp Sdn. Bhd (MRT Corp).

'Sokong PM, UDA pembohong'

Menurut Syed Ahmad, perkara itu diumumkan oleh MRT Corp yang bertindak sebagai koordinator projek berkenaan. MRT Corp juga dilapor memberi masa sehingga akhir tahun kepada peniaga, termasuk kakitangan UDA untuk mengosongkan bangunan itu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang terkenal dengan penganjuran 'protes burger' depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada 10 Mei lalu.

Demonstrasi kira-itu diwarnai dengan sepanduk "BB Plaza periuk nasi kami, harap YAB PM bantu kami", "Kami sokong pembangunan, kami menentang penindasan", dan "UDA bantu ekonomi bumiputera bukan menjahanamkan ekonomi bumiputera"

Mereka juga melaungkan slogan "sokong PM'' dan ''UDA pembohong''.

Kumpulan itu juga bercadang menghantar memorandum kepada perdana menteri petang ini bagi memohon campur tangannya, kata Hassan pada sidang media selepas mengadakan demonstrasi di hadapan BB Plaza.

"(Seramai) 167 penyewa dengan 60 peratus bangsa Melayu ingin memohon ehsan dan pertimbangan berteraskan budi bicara dan kebijaksanaan datuk seri untuk bantu kami kerana kami sebulat suara tidak mahu BB Plaza di robohkan.

"Kami tidak tolak pembangunan dan pembinaan MRT tapi kami minta kaji semula di tempat lain dan tidak di BB Plaza. Kami sentiasa sokong kepimpinan datuk seri (Najib)," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment