Thursday, June 28, 2012

Re: RG2011... RE: [MalaysiaNews] Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi

 

Oooooo....
Tak takut kat Allah ke?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 28 Jun 2012 11:54:30 +0800
To: <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; <jarum_emas@yahoogroups.com>; <respeks_group@yahoogroups.com>; <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; <pakbelang@yahoogroups.com>; <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... RE: [MalaysiaNews] Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi

 

Malaysia Adalah Negara Sekular Bukan Negara Islam

KUANTAN, 12 Januari 2011 - Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan Negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini.

"Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan Negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam."

"Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik."

"Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan Negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya.

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

-----------------------------------------------------

Jelas dari kenyataan pemimpin Barisan Nasional ( BN ) bahawa Malaysia ini bukan Negara Islam yang masih lagi belum menjadi kenyataan.

Sedarlah wahai umat Islam, Islam sudah tiada negara. Malaysia ini bukannya sebuah negara yang mendaulatkan Islam itu sebagai pemerintah negara. Malaysia adalah sebuah negara yang Neo-sekular.

Undang-Undang Islam yang sangat terhad yang dipegang oleh negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia hanyalah kosmetik lakonan puak-puak kebangsaan untuk terus mengabur dan menipu bulat-bulat umat Islam agar mereka yang jahat ini terus memerintah negara.

Hukum Hudud yang sepatutnya menjadi ASAS kepada undang-undang sudah menjadi begitu asing kepada umat Islam sendiri akibat dari sindrom-sindrom pendidikan yang diserap kepada umat Islam agar lupa dan jahil tentang undang-undang asas ini. Hudud dan puasa, ianya satu pelengkap dalam surah Al-Baqarah diduduki bersebelah-belahan di dalam Al-Quran menunjukkan kewajiban untuk melaksanakannya adalah sama. Tiada yang lebih utama. Sama-sama ianya utama.

Jadi adakah dengan adanya Jabatan-Jabatan Islam di negeri-negeri Malaysia, akan membuatkan negara Malaysia ini menjadi sebuah
Negara Islam. Jawapannya mudah sahaja, ianya hanya sebagai kosmetik puak-puak sekularis dan kebangsaan, untuk menipu dan mengabur mata umat Islam.

Agar sentiasa tidur dan lupa bahawa umat Islam sudah tiada Khalifah untuk memimpin umat, sejak dari 3 Mac 1924 dahulu.

 

 

From: MalaysiaNews@yahoogroups.com [mailto:MalaysiaNews@yahoogroups.com] On Behalf Of sharom.musa@akersolutions.com
Sent: Thursday, June 28, 2012 11:12 AM
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; pakbelang@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: RE: [MalaysiaNews] Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi

 

 

MALAYSIA NEGARA ISLAM BERJAYA ????

 

Keadaan kita pada hari kini, di mana kita dapat melihat bagaimana pemimpin yang tidak menerapkan sistem Islam dan sekadar pandai bermain kata-kata untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya demi meraih undi.  Apa yang lebih malang adalah terdapat di sekelilingnya para ulama’ upahan dan murahan yang hanya bercakap demi kepentingan politik pemimpin yang membelanya sahaja. Para ulama ini dijadikan mata tombak oleh para pemerintah sekular sedia ada untuk membenarkan apa sahaja yang mereka lakukan.

Oleh itu, dalam perkara ini ingin di nyatakan beberapa hal: 

Pertama, Najib harus sedar bahawa kekuasaan yang dipegang ketika ini akan menjadi fitnah yang besar dan akan menjerumuskannya ke dalam siksaan yang amat pedih, kecuali jika beliau berusaha untuk menerapkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan dengan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan dan panduan. Najib harus menjauhi sikap mencintai dunia, dan takut hanyalah kepada Allah SWT semata-mata. Janganlah dihalang golongan yang berdakwah yang menyerukan manusia ke jalan kebenaran dan kebaikan.

Kedua, para ulama’ perlulah menyedarkan umat dan pemerintah agar segera bangkit memahami Islam. Pemahaman tersebut perlu diterapkan dan dijadikan sebuah pegangan dalam kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Para ulama’ yang dekat dengan pemerintah  pada hari ini perlu insaf dan kembali ke dalam saf yang benar, dan tidak mudah ‘dibeli’ dengan harga yang sangat murah sehingga menjadi kuda tunggangan. Ingatlah bahawasanya siksaan Allah amatlah pedih jika ingkar. Namun jika melakukan sebaliknya, maka Allah pasti membeli pengorbanan kita di dunia ini dengan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Ketiga, umat Islam seluruhnya perlulah sedar, bahawa tanggungjawab untuk meninggikan syiar Islam bukan hanya terletak di atas bahu para ulama’ dan umara’ sahaja. Namun ia juga terletak di bahu semua manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya. Ketahuilah bahawa tanggungjawab untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar tidak akan pernah berhenti sesaat pun sehinggalah kita dipanggil untuk menghadap Allah SWT kelak di hari pembalasan.

Wallahu’alam


From: MalaysiaNews@yahoogroups.com [mailto:MalaysiaNews@yahoogroups.com] On Behalf Of shreddervirtuoso
Sent: Thursday, June 28, 2012 9:18 AM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; pakbelang@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [MalaysiaNews] Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi

 

Malaysia negara Islam berjaya, patut dicontohi

NAJIB (kiri) bersalaman dengan Conde di Dataran Perdana, Putrajaya semalam.


 

PUTRAJAYA - Presiden Republik Guinea, Alpha Conde tertarik dengan Malaysia dan menyifatkannya sebagai negara Islam yang patut diteladani.

Katanya, Malaysia banyak terlibat dengan Kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama dalam kalangan negara Islam.

"Guinea sebuah negara Islam dengan 90 peratus rakyatnya menganut agama itu. Bagi kami, Malaysia merupakan contoh negara Islam yang berjaya.

"Kami berkunjung ke sini untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang kami dapat di sini," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat dua hala Malaysia-Guinea di Kompleks Perdana Putra di sini semalam.

 

--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com




 

--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com



This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this e-mail and any attachments permanently from your system.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment