Monday, August 27, 2012

RG2011... SEHIRIS PERIA SERUAS TEBU

 



Kalau nak baiki dunia, Kena baiki manusia. 

Kalau nak baiki manusia, Kena baiki hatinya. 

Kalau nak baiki hati, Kena baiki solatnya. 

Setiap jentera perlu diservice oleh manusia, 

Setiap manusia perlu diservice oleh solat. 

Solat adalah menjaga hubungan dgn Allah 

When Allah is your friend, who is your enemy?. 


Bila mati anak adam putuslah semua amalanya, kecuali 3 perkara: 

1.Ilmu yang memberi manfaat 

2.Sedekah jariah 

3.Doa anak yang soleh 

Pesanlah anak2 hantarkan doa dan al-fatihah setiap hari bila kita telah tiada. 


Usahlah dipinta mudahkan urusan, tp pintalah besarkan ketabahan. 

Usahlah dipinta kecilkan ujian tp pintalah besarkan iman. 


Dosa yang menyebabkn kita menangis, 

lebih baik dari amal yang menyebabkan kita ketawa. 


Mampukah memaaf, melupa dan menyayangi 

Orang yang pernah melukai kita? Itulah kehebatan Allah. 

Siapalah kita yg hina sanggup mengatakan tiada maaf bagimu. 

Hinanya kita kerana terbentuk dari benda jijik yg keluar dari saluran najis. 

Dan dibentuk pula disebelah tong najis. 

Tidak masuk syurga siapa yang ada sebesar zarah sifat sombong. 


Hidup tak selalu indah, disitulah indahnya kehidupan. 

Kita bukan tuan, apabila berlaku perkara yang kita tak suka, 

Kita akan sabar dan redha kerana kita peminjam bukan pemilik. 


Kita milik Allah, apa saja yang terjadi kita redha. 

Jgn pertikaikn kenapa kita, 

Allah lebih tahu yg terbaik untuk kita. 

Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan ubat. 

Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut, 

Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki. 


Jangan jadi kelawar bukan tak Nampak kerana gelap, 

tapi tak Nampak kerana terlalu terang. 


Dosa itu suatu yang meresahkan hati, timbul penyesalan 

Dan ada keinginan untuk bertaubat. 


Tiadalah setiap perkataan yang kita keluarkan melainkan dicatat oleh malaikat, 

Kita akan bertanggung jawab atas apa yang kita perkatakan. 

Sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah pedih. 


Janganlah kamu mengejek orang lain, mungkin mereka lebih baik dari kamu. 

Jauhilah banyak sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa, 

Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati. 


Ada orang kerana mulut masuk syurga, 

Ada orang kerana mulut masuk neraka. 

Ada orang kerana hati masuk syurga, 

Ada orang kerana hati masuk neraka. 


Apa yang baik dtg dari Allah, jika ada kelemahan harap dibantu. 

Bersama-samalah kita mencari keredhaan Ilahi. 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment