bagi warga lhdn itu memamg sangat dihajatkan bagi pembayar cukai kita pengguna kita pemacu ekonomi dan segala buat Malaysia kita juga di suruh bayar bukan satu cukai pe5gi mcd kfc dan macam macam lagi cukai kita yang bayar.
From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 16 January 2013 5:50 PM
Subject: Re: RG2011... LHDN jangan jadi lembaga hitam
From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 16 January 2013 5:50 PM
Subject: Re: RG2011... LHDN jangan jadi lembaga hitam
sekadar untuk renungan
wajarkah sebagai sebuah badan kerajaan
warga lhdn mendapat bonus 5.5 kerana
berjaya mendapat kutipan tinggi
apa kesannya kepada warga lhdn, dan
apa kesannya pula kepada pembayar cukai
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, January 12, 2013 7:02 PM
Subject: RG2011... LHDN jangan jadi lembaga hitam
Pada 28 Disember lalu, seorang peniaga ayam dari Klang telah membunuh diri setelah menerima lawatan daripada sekumpulan pegawai LHDN yang melakukan pemeriksaan berkala (lima tahun sekali) ke atas individu dan pemilik yang terbabit dalam syarikat kecil dan sederhana.
wajarkah sebagai sebuah badan kerajaan
warga lhdn mendapat bonus 5.5 kerana
berjaya mendapat kutipan tinggi
apa kesannya kepada warga lhdn, dan
apa kesannya pula kepada pembayar cukai
From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, January 12, 2013 7:02 PM
Subject: RG2011... LHDN jangan jadi lembaga hitam
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
SUKA atau tidak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah antara jabatan kerajaan paling tidak disukai oleh rakyat, terutama golongan pekerja. Dan suka atau tidak, jabatan ini juga merupakan 'cash cow' atau penjana tunai terpenting bagi sesebuah kerajaan, terutama seperti kerajaan Malaysia yang seolah-olah kesinambungan kewujudannya bergantung sepenuhnya dengan cukai yang dikenakan ke atas keringat dan titik peluh kumpulan pekerja.
Pada 28 Disember lalu, seorang peniaga ayam dari Klang telah membunuh diri setelah menerima lawatan daripada sekumpulan pegawai LHDN yang melakukan pemeriksaan berkala (lima tahun sekali) ke atas individu dan pemilik yang terbabit dalam syarikat kecil dan sederhana.
Dalam komennya mengenai tragedi yang dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa lembaga tersebut agar memberikan fokus lebih besar ke atas pengelak/pelari cukai pendapatan serta isu lebih besar dan bukannya menakut-nakutkan pemilik SME (perniagaan kecil dan sederhana) yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi dan terpaksa menghadai cabaran ekonomi.
Ramai berkongsi pandangan Guan Eng, juga Ketua Menteri Pulau Pinang, ekoran tragedi membabitkan LHDN ini. Sementara ramai rakyat Malaysia mengalu-ngalukan usaha LHDN bagi mempertingkatkan hasil percukaian menerusi keuntungan produktiviti dan meningkatkan lagi pematuhan cukai, ia bukan bermakna jabatan ini boleh melancarkan keganasan cukai atau 'tax terrorism' terhadap pemilik/pengusaha pernigaaan kecil dan sederhana, termasuk memburu mereka agar menjelaskan tunggakan cukai yang sudah tertangguh lebih daripada enam tahun.
Ketika menjelaskan mengenai tragedi peniaga ayam yang membunuh diri itu, seorang jurucakap LHDN memberitahu akhbar Sin Chew Jit Poh bahawa reaksi lazim pembayar cukai ketika didatangi oleh pegawai daripada lembaga berkenaan ialah sama ada menyusun semula dokumen mereka untuk ditunjukkan kepada pegawai atau 'mereka begitu bimbang sehingga tidak lena tidur malam'.
Persoalannya apakah LHDN akan memeriksa dokumen yang diserahkan kepada lembaga tersebut untuk mendapatkan taksiran yang saksama dan munasabah terutama apabila seseorang pembayar cukai sudah tidak lagi membayar cukai atau menghantar borang taksiran untuk sekian banyak tahun disebabkan kehilangan pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan tetapi tidak pernah berjaya.
Seorang ahli Umno yang berjawatan di peringkat Bahagian pernah memberitahu dia mendapat surat daripada LHDN meminta menjelaskan tunggakan cukai pendapatan lebih RM50,000. Jumlah ini dikatakan tunggakan cukai pendapatan selama 20 tahun yang gagal dijelaskan olehnya berdasarkan gaji terakhirnya pada awal 1990-an.
Dia menjelaskan selepas daripada gaji terakhir itu dia tak bekerja lagi dan cuba berniaga dan perniagaannya pula tak berjaya menyebabkan bukan sahaja dia tidak lagi mempunyai pendapatan tetap malah terpaksa berhutang pula untuk meneruskan kehidupan. Kepada LHDN ditunjukkan semua akaun banknya mengandungi baki dan urus niaga 'hidup segan mati tak mahu' untuk tempoh 20 tahun itu. Namun, menurutnya, dia terpaksa juga membayar tunggakan tersebut secara ansuran.
Ramai yakin kes ini bukanlah kes terpencil tetapi turut melibatkan ramai rakyat Malaysia terutama mereka yang berhenti kerja untuk memulakan perniagaan.
Dan mengapakah pula ada yang tak lena tidur malam setelah didatangi oleh pegawai LHDN. Jawapannya tentulah kerana mereka yang tak membayar dan mengisytiharkan cukai atau tidak memfail Borang Taksiran kini diklasifikasikan sebagai penjenayah. Maknanya sekiranya anda gagal membayar cukai disebabkan tidak ada pendapatan atau gagal mengisi borang taksiran atas apa jua sebab, maka status anda samalah seperti seorang perompak dan penyamun dan sebagainya.
Beberapa bulan sebelum tragedi yang menimpa ke atas peniaga ayam di Klang itu, LHDN telah pun mengumukan pendekatan barunya. LHDN akan memperkasakan usaha mengutip cukai termasuk memberi tumpuan kepada siasatan jenayah berbanding siasatan sivil terhadap pesalah cukai mulai tahun 2013.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Mohd. Shukor Mahfar berkata, langkah itu bermakna, LHDN akan mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat dan individu yang lewat atau tidak menyerahkan borang cukai.
''Kalau sebelum ini ada orang yang lewat atau gagal hantar borang, kita hanya mengambil tindakan sivil dan mengenakan penalti. Tetapi di bawah tindakan jenayah, kita akan bawa kes ini ke mahkamah jika seseorang itu gagal menghantar borang dalam tempoh yang ditetapkan, ini merangkumi semua kategori termasuk untuk 'e-filing'," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat LHDN di Cyberjaya, September lalu.
Nampaknya, ada kemiripan kerajaan BN begitu terdesak dalam memperbaiki aliran wang tunainya yang dikatakan sudah tidak lagi begitu mantap berbanding suatu ketika dulu dan dilatarbelakangi nisbah hutang negara kepada KDNK yang meningkat pada kadar yang cukup fenomenal. Oleh itu jelas mengapakah jabatan kerajaan seperti LHDN dipergunakan untuk tujuan tersebut.
Sementara LHDN terus memburu pekerja/pembayar cukai berpendapatan 'biasa' yang terpaksa berhempas pulas untuk mengimbangi pendapatan dan komitmen kewangan untuk terus hidup serta komitmen lain seperti penjelasan cukai pendapatan, ada pula pihak yang status kewangannya tidak dipersoalkan atau tidak pernah disebut oleh LHDN.
Sehubungan dengan ini, Guan Eng menyatakan, "LHDN harus membuktikan mereka berlaku adil dengan menjalankan penyiasatan ke atas sumbagan RM40 juta kepada Umno Sabah yang disampaikan kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, dan mereka yang terlibat dalam membelanjakan RM250 juta pinjaman National Feedlot."
Apapun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia secara amnya, mereka terus bersungut tentang cukai pendapatan ini. Bagi mereka sebahagian daripada hasil titik peluh mereka dipaksa dibayar kepada kerajaan sebagaimana yang dihuraikan oleh Robert Nozick yang mengibaratkan percukaian daripada pendapatan seperti buruh paksaan. Menurut ahli falsafah politik dan bekas profesor di Universiti Havard itu, sekiranya seseorang bekerja untuk memperolehi pendapatan dan membayar cukai berdasarkan kadar peratusan daripada pendapatan, maka kadar yang diterjemahkan kepada masa berkerja adalah kerja paksa yang dikenakan oleh negara."
Undang-undang cukai pendapatan di negara ini telah diperkenalkan oleh kerajaan penjajah British menerusi Ordinan Cukai Pendapatan 1947. Sejak itu, perihal cukai pendapatan di Malaysia sudah berubah daripada hanya sebuah jabatan kepada sebuah lembaga.
Begitupun, kita menerima hakikat kerajaan perlu mengutip hasil daripada pendapatan kita semua sebagai sumbangan kemasyarakatan dan negara. Apa yang kita tidak mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri menjadi lembaga hitam yang menghantui hidup kita semua.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (5) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment