Apakah yang dimaksudkan dengan "unsur agama lain diserapkan dalam agama suci kita" tolong jelaskan?
Thanks and Regards
###########( )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
08000 Sungai Petani
Kedah.
###########( )##########
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of rio hirowati
Sent: Wednesday, 23 January, 2013 5:49 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Sukalah kamu jika unsur agama lain diserapkan dalam agama suci kita . Tolong jangan putar belitkan bagi mempertahankan akidah kamu yang tercalar. Sila rujuk kepada ustaz pakar akidah. Kalau ya pun kamu membela dan membelai PR, jangan sampai akidah kamu turut tercalar atau rosak sama sekali
rhirowati - rhirowati
From: Mohd Shukri <shuk277@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 23, 2013 12:12 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
sekadar pendapat.. sekurang-kurangnya yang nak pegi sambut tahun baru yg bnyk hiburan melalaikan tu, tergerak hatinya utk ke majlis perkongsian ilmu... usaha ini perlu konsisten.. berhubung kenapa ia dibuat pada masa yg sama dgn sambutan tahun baru masehi, kalau buat hari lain, maknanya pada malam 1 januari tu ramai la anak2 muda yg hanyut ke sambutan tahun baru dgn hiburan melalaikan.. yg penting niat tu utk ke arah kebaikan..
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, January 20, 2013 6:32 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Ini soal akidah. Kalau perayaan pada tahun baru Cina tidak lah begitu menyalahi kerana ianya reunion, maka umat Islam boleh bersatu pada hari itu setelah lama berjauhan. Masa tahun baru Cina lah masa untuk bersama keluarga, kaum keluarga, kerabat sekampung, bla...bla....Sempena tahun Masehi itu menyalahi akidak dan kita guna Islam sebagai acara untuk kaum Nasrani-amat bertentangan dengan akidah kita
rhirowati - rhirowati
From: nie feng <badai272@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 15, 2013 3:11 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
ni kes cerita kaldai la ni
kalau dgr ckp org tak habis semuanya salah
naik keldai salah, tak naik salah, sorang naik salah, dua2 naik salah
yg penting ada alternative utk menyambut tahun baru
kalau kau tanya aku, perayaan dlm islam ada dua aje, Aidilfitri dan Aidiladha
yg lain takyah sambut
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 15 January 2013, 8:04
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Mengapa pada tahun baru Kristian? Mengapa tidak buat pada hari lain. Lain kali buat pada 25hb Dis setiap tahun atau pada hari Deepavali atau hari Thaipusam atau pada hari Hungry Ghost
rhirowati - rhirowati
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, January 4, 2013 12:00 AM
Subject: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2013 Dataran Kemerdekaan Shah Alam
mohamadazhan.com
Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah, 2013 pintu tahun baru sudah dibuka...bukan dengan kehendak siapa tetapi tetap yang semakin tua akan merasainya. Sambutan Ambang Tahun Baru 2013, aku, adik aku dan sahabat2 lain sempat sertai Sambutan Ambang 13 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Difahamkan jumlah kehadiran malam tu 120K, pergggh! kalau muatkan Stadium Bukit Jalil ni ngam2 penuh tempat duduk dan padang. Aku balik malam lepas program tu memang jalan sesak, itu cilok dengan motor ja cepat sikit...kalau yang kereta silap-silap 4 pagi baru sampai rumah.
Tahniah! Program yang hebat, warna warni pengisian ilmu dan hiburan yang dekat dengan jiwa anak2 muda terutamanya. Jom pakat usha2 sekejap gambar yang aku sempat snap kat bawah...maaflah kalau ada gambar kualiti rendah, aku guna lens cap ayam saja...tak mampu nak bagi impak sangat. Layan...
Sekitar gerai jualan pada petang 31 Disember 2012. Sempat pekena nasi arab petang tu...
Kak Abby(Insp Haliza) dan Diana Amir sembang santai bersama Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.
Moderator, Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.
Lepas sahaja solat maghrib, aku disapa oleh seseorang...
"Azhan....?" Soal seorang anak muda.
"Ya..." sambil angguk2 saja hulur tangan bersalaman.
"Azhan...? Hang kenai dak aku ni...?"
Begitulah lebih kurang, aku memang tak dapat ingat rupa dia...yaloh dah dekat 10 tahun tak pernah jumpa. Akhirnya program ilmu ni jumpa semula sahabat yang pernah duduk satu dorm dan satu sekolah dulu. Dulu2, pernah jugak aku dok teringat2 member sorang ni...Alhamdulillah sekarang dah jadi doktor gigi dah sahabat aku ni, bertugas di Kota Kinabalu.(Ayin) Dr. Ahmad Zhafri Mohamed. Tahniah bro! khabarnya baru melangsungkan perkahwinan 2 bulan lepas. Apa pun selamat diperantauan! InsyaAllah.
Lepas solat Isyak di khemah utama, syukur jugak dapat tempat yang ok...senang nak shoot walau lens cap ayam =)
Exco Pendidikan Negeri Selangor, YB Dr Halimah...orang kuat program Ambang 13. Makna 13 tak cukup sekadar 2013 tetapi PRU13! Kekalkan!
Wan Zack Haikal Wan Nor, pemain Harimau Malaya. Bergandingan dengan seorang srikandi motor...aku pun tak ingat nama adik tu. Umur 17 Tahun dah naik podium race cub prix! Dasat!
Wan Zack nampak malu2 sikit...adik perempuan tu stedy ja....haha
Abang Aziz M. Osman, usia cecah 50 tahun tapi masih muda. Gandingan bersama Ust Halim sebagai juruacara.
Ali XPDC, stedy lagi...vokal masih mantop!
Diana Amir deklamasi sajak.
Syeikh Ali Soubuni, Ketua Ulama Syria! Allahuakbar. Nasihatnya ringkas tetap padat dengan ilmu. Sudah berumur 83 tahun tetapi mohon dipanjang usia kerana takut masih tak cukup bekalan akhirat....banding dengan aku ni langit dan bumi...
Ustaz Nazmi Karim penterjemah.
Ni motor adik perempuan tu...set2 mat rempit makan asap ja la...
Suka adik ni, dia terpilih oleh UAI untuk dapat hamper besar! hehe
UAI bersama dua artis terkenal. Kamal Adli dan Pierre Andre
Lakonan pendek antara tiga tokoh di atas menghiburkan!
Ustaz Haslin Bahrin, UAI dan Dato' Malek Nor, bual bicara sambil penuh dengan pengisian ilmu.
Penutup majlis dengan Asma' Ul Husna dan Bacaan Doa oleh UAI! Alhamdulillah.
Aku dan sahabat2 yang hadir.
- TERIMA KASIH MEMBACA - MOHON SHARE ENTRI -
comments:
ahsfantasy Ryu said...
Alhamdulillah..
Selamat tahun baharu,
semoga tahun ini memberikan kita jutaan rahmat buat kita semua :)
new hope said...
Suhami Ahmad said...
alhamdulillah...ini pembaharuan yang kita mahukan..... :)
diana said...
wah..selebriti pun ada..tapi yang ni tak masuk berita tv..heheh
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (10) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment